Monday, November 21, 2011

tapai ubi goreng



tapai ubi ni selain dimakan begitu sahaja juga sedap bila digoreng.
kalau tak percaya cuba le.....
tepung untuk menyadur sama seperti yang digunakan untuk menggoreng pisang,sedap dimakan bersama kopi o panas

onde-onde / buah melaka



buah melaka atau onde-onde kebiasaanya berwarna hijau dan perisa pandan tetapi kali ni tc lari daripada kebiasaan tersebut. tc tambahkan oren emulco semasa mengadun.

nota:
untuk 250gram tepung pulut, tc tambahkan 1 sudu besar tepung gandum

apam beras lagi



buat apam beras lagi
kali ni tc tambahkan perisa oren dan keladi....
setelah dibancuh dan diperap adunan semalaman, sebelum mengukus tc campurkan 1/2 sudu teh eno kedalam 1-1/2 cawan bancuhan tepung baru dikukus selama 10 minit

Sunday, November 13, 2011

asam pedas ikan kembung



maska asam pedas lagi
cuma kali ni selain daripada daun kesum tc ada tambahkan beberapa helai daun limau purut

sup tulang



bahan2nya
1 kg tulang lembu

2 sudu makan ketumbar - digoreng....angkat dan diketepikan
rempah penumis
bawang goreng
daun sup
garam secukupnya

kisarkan:
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang puteh
1-1/2" halia

panaskan minyak
tumiskan rempah penumis
masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing
tuangkan kedalam periuk tekanan ("PRESSURE COOKER")
masukkan tulang yang telah dibersihkan, air secukupnya
masukkan ketumbar yang telah digoreng tadi

kunci rapat penutup periuk tekakanan,letakkan didapur, apabila terdengar bunyi berdesir kecilkan sedikit api dan biarkan ianya mendidih selama 20 minit...
kemudian bolehlah dimatikan api.
sebelum menghidang, tambahkan garam secukupnya
taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng

tapai ubi


kalau tapai beras (nasi), tapai pulut sememangnya tak menjadi masalah kepada tc untuk menyediakannya...sebab dah banyak kali buat dan ianya menjadi.beberapa hari lepas sewaktu menyinggah kekedai terpandang tc longgokan ubi kayu yang masih segar, beli lah 3 ketul...dalam hati berkata, " aku nak cuba buat tapai ubi"yang menjadi sedikit kekalutan difikiran adalah "ubi ni nak kena rebus setakat mana, adakah perlu betul2 empuk atau sekadar 3/4 masak"seorang saudara tc merupakan antara penjual tapai ubi yang terkenal dipasar2 malam sekitar johor bahru. Berpandukan ingatan sewaktu melihat beliau memproses ubi kayu sehingga menjadi tapai, tc nekad mencuba sebab kalau tak dicuba sampai bila pun kita tak tau.siap membersihkan ubi, tc merebusnya, setelah ubi benar2 sejuk maka proses meragi pun bermula, siap meragi, ubi2 berkenaan tc masukkan kedalam bekas plastik untuk proses penapaian yang mengambil masa antara 2 - 3 malam sebelum tapai itu betul menjadi disebabkan tc meraginya pada sebelah malam (khamis malam) maka tc jangkakan ubi tu akan "masak pasa sbtu petang. Alhamdulillah.... terbang kerisauan didada...tapai tc menjadi.

Monday, November 7, 2011

lemang segera



bahan yang diperlukan
daun pisang - dicelur dalam air panas/dilayur
aluminium foil

700 gram pulut - direndam 4 jam
600 ml santan (tc beli 300ml santan pekat dan campur dgn 300ml air)
garam secukupnya sedikit gula (gaulkan kepada santan dan rasa kemasinannya)

campurkan santan dan pulut, kukus sekitar 30 minit/ sehingga pulut masak

bentangkan daun pisang, letakkan pulut diatasnya dan bentukkan seperti silinder
padatkan pulut dan bungkus sepenuhnya dengan daun pisang, ikat kedua hujung daun pisang
bungkuskan dengan aluminium foil
masukn kedalam oven dan masak selama 45 minit dengan api 180celcius
jikalau hendak pulut sedikit garing dibahagian tepinya, buangkan aluminium foil dan panggang lagi selama 10 minit diddalam oven

Followers