orang medan ramah2 belaka, sepekara yang menarik perhatian tokchik,mereka berpegang pada janji. medan pengangutan utamanya beca motor, angkut, teksi, bus serta keretapi,
pengangkutan tak jadi masalah dikota medan ini
susah nak mencari yang percuma disini, semuanya harus dibayar
kat sini, kalau keluar dari hot/pejabat, nak masuk kejalan yang sibuk tak perlu risau, sebab ada yang tolong menahan kenderaan yang datang, yang penting....wangnya
isi selagi boleh, beca ni dinaiki 4 orang, nak tau berapa tambangnya ---- rp10 ribu
nak hantar penumpang dilapangan terbang pun kena bayar,
nota kaki
sampai dimedan, kami mencari tempat makan yang menyajikan hidangan nasi padang, tokchik tahan sebuah teksi, memberitau tempat yang nak dituju dan berbincang tentang tambang teksi. persetujuan dicapai, rp35 ribu sehala, sampai ditempat makan, pemandu teksi tersebut bersungguh2 nak menunggu dan membawa kami pulang semula,
" ga usah belanja saya makan / minum, bapak makan aja, usai makan cari saya"
lebih 30 minit juga kami makan, pemandu tersebut masih sabar menunggu diluar restoran, tiada sebarang rungutan atau sebarang charge tambahan dikenakan, hal sebegini tak akan kita jumpa kalau dinegara kita.
pegemis ramai ditempat tumpuan awam, jangan jadi baik hati mengulur sedekah, nanti akan datang lebih ramai yang mengerumuni, jangan dilayan,
begitu juga penjaja jalanan, cakap sahaja tak mau untuk membeli barang dagangan mereka, jika kita tidak berkeras, mereka atak terus mengekori, ada juga yg agak kasar caranya. perkiraan mereka, kita yang datang ni banyak duit
medan makanannnya sedap
No comments:
Post a Comment