kalau nak berbelanja dikota medan, pergi lah ke jalan pasar ikan lama, popular dengan deretan kedai yang menjual fabrik terutamanya untuk wanita, kalau yang nak bertunang, menikah atau bersanding.......... pilihan sememangnya banyak, telekung beranika corak, nak yang murah ada, nak yang mahal juga ada, tergantung kepada budget kita, yang penting harus pandai "menawar" harga yang diberikan oleh peniaga,
tips daripada tokchik, tanya harga dulu, penawaran hendaklah 50% daripada harga asal, kalau tak dapat setelah tawar menawar dilakukan pura2 angkat kaki dan blah daripada lokasi tersebut, insyaallah.........mereka akan memanggil kita semula dan yang penting, jangan kelam kabut, sebab ada banyak lagi kedai dikawasan tersebut,
satu lagi tips untuk dikongsi bersama, semasa membelibelah, kebiasaannya terdapat beberapa orang yang akan mengekori kita menawarkan barang dagangan mereka, tak usah terpedaya, tak usah dilayan, cari sendiri dan juga, janganlah mengada2 nak jadi baik hati kepada peminta sedekah, kita hulur kepada seorang, berderet lagi yang datang menyerbu.
jalan dibelakang tokchik ni menempatkan deretan kedai menjual fabrik dimedan, ada satu lorong yang menempatkan puluhan kedai kecil terletak disebelah kiri .
deretan gerai yang menawarkan pelbagai pilihan fabrik yang mempesonakan
tokchik sedang memilih kain untuk dibeli
di medan plaza / medan mall (keliru pula tokchik) disatu tingkat ni khusus menjual kasut, sandal, selipar, pilih aja le, mereka susun dilantai aja, jika ditempat kita pasti ada rak yang tersedia
sempat mencuba songkok jawa.......masalahnya saiznya kecil,kepala tokchik pula besar, pinjam kejap untuk bergambar
jika menyusuri merdeka walk kita pasti akan ketemu gerai2 yang menjual buku2 baru dan terpakai
persaingan sesama peniaga untuk merebut pelanggan cukup ketara, yang menarik perhatian tokchik semasa ke salah satu shopping mall di medan ni, petugas yang memakai selepang "customer service" berdiri di pintu masuk mangalu-alukan kedatangan kita
dimana jua kita menyinggah semasa berbelanja, jurujual dengan ramah menyapa kita, tak kiralah digedung membeli belah ataudigerai2 keecil, pasti kita akan terdengar ungkapan sebegini :
"belanja lah abg" - mula2 tokchik ingat mereka nak minta belanja, rupanya mempelawa kita masuk
"masuklah abg, tengok2, tak beli tak apa"
"abg handsome, belanjalalah" perasan sekejap tokchik, ada juga yang kata aku handsome.
yang pasti, jurujual yang bertugas sememangnya ramah.
No comments:
Post a Comment