selesai check-in, kami keluar untuk makan, almaklum masa tu perut dah pun memainkan irama dangdut....... lapar beb........ dalam penerbang hanya disajikan segelas jus dan kacang goreng, nasib baik naik mas, kalau air asia....... telan air liur aja le.
kami makan direstoren nasi padang yang agak popular disini,konsep restoren nasi padang, mereka akan sajikan kita dengan semua lauk pauk yang ada, pelanggan hanya perlu membayar hidangan dimakan sahaja, baki lauk yang ada (sekiranya tak terusik) akan disimpan semula.
untuk makanan dibawah ni, kami hanya dikenakan bayaran rp350 ribu....makanan berserta minuman, jus yang hijau tu avocado, ynag merah tu jus martabe (markisa + terung belanda)
ini le rupa buah terung belanda, jikalau di sini dikenali dengan nama buah cinta
yang ini semasa makan di brastagi, kami hanya dikenakan bayran sebanyak rp 55 ribu, +/- rm 43.00 termasuk minuman
semasa dijalan pasar ikan lama (tempat membeli belah-- terkenal dengan fabrik dan telekung) tokchik tercium baum yang cukup wangi, zasssssssssss.......... zoooommmmmmmm..... rupa2nya ada orang menjual goreng pisang, tokchik rasa pisang emas, bukan dicelup dalam bancuhan tepung seperti ditempat kita tetapi dibungkus/dibalut dengan tepung yang seakan2 kulit karipap...wangi, sedap dan memang unik
malam kedua kami mencuba makanan yang dijual diwarung tepi jalan,
sate kerang. kerang yang direbus digaulkan dengan serunding kelapa
mencuba bakso.. ada bakso petir.... nama tak mau kalah, ada juga yang kena sambar petir nanti
mee rebus medan, tetapi tak boleh lawan mee rebus haji wahid/ lan janggut yang terkenal di johor bahru, tak pun mee jawa yang di jual dipasar makan depan bangunan shaw centerpoint klang
ayam penyek..... nasi putih, ayam goreng yang dipenyekkan/dihempuk dengan antan lesung, sambal belacan, sedikit sayuran seperti kacang panjang dan kobis serta terung goreng celup tepung
seakan satu kemestian disini, pasti ada taburan keropok berwarna warni dan juga lada jeruk,
setiap pelanggan akan diberikan mangkuk kecil berisi air basuh tangan dan nasi tambah.
medan terkenal dengan bika ambon, jenama yang popular disini adalah zulaika.
kalau tak salah info....bika ambon ni diperbuat daripada tepung sagu rumbia
No comments:
Post a Comment