Sunday, June 13, 2010

sup ekor


teringin nak makan sup ekor
singgah pasaraya beli sepeket ekor lembu yang dah siap dipotong
boleh tahan harganya--- sepeket rm 22.85, tak pasti berapa beratnya, rasa nya lebih sekilo, balik kerumah, masukkan dalam pressure cooker, sekejap aja dah lembut (bila dah mula mendidih, biarkan selama 20 minit) tutup api. pasti lembut, jimat masa jimat gas bila menggunakan pressure cooker nie

nak resepinya????
tak ada masalah, resepi tokchik ni jenis main agak2, tak ada sukatan khusus, jadi pandai2 le ya mengagaknya

bahan2nya
rempah penumis
halia, bawang putih, bawang merah - dikisar
ketumbar, jintan kasar, jintan halus - DIGORENG, ditumbuk kasar dan dibungkus dengan kain - kiranya macam buat sup punjut
daun sup
bawang goreng


cara-caranya

panas kan minyak,
tumiskan rempah penumis,
masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing
masukkan air
masukkan ekor lembu yang dah direbus
biarkan mengelegak
tambah garam secukupnya

bila dah masak, sendukkan kedalam pinggan, taburkan daun sup/daun bawang yang dihiris dan juga bawang goreng
sedap dimakan bersama sambal kicap

nota:
kalau tak nak menggunakan ketumbar, jintan yang digoreng, gantikan sahaja dengan rempah sup jenama faiza, sedap rasanya, kalau menggunakan rempah sup dah jadi macam sup mamak,
resepi diatas tu sup melayu

sambal kicap tokchik



ini resepi asal kak tam ke kak ita, jiran satu blok wak emon di felda ulu dengar.

katanya, lada dan bawang goreng dahulu, baru kisar, jadi tak sakit perut kalau makan
lepas goreng, kisar aja pakai blender kering, campurkan aja dgn kicap manis cap kipas udang ....semestinya yang tersedap dipasaran

kuih bakar labu / bingka labu

mudah sangat nak buat kuih ni
yang penting perlu ada loyang bulat yang berlubang ditengahnya

bahan2nya

1 kg labu - di kukus dan dilenyek

13 senduk tepung gandum
7.1/2 senduk gula
2 biji telur
esen vanilla - i sudu teh
750 ml santan dari sebiji kelapa
sedikit pewarna kuning

cara2nya
satukan kesemua bahan2 yang diatas, adun sebati
tuang kan kedalam acuan
bakar sehingga masak (gunakan dapur gas aja)


ini le hasil nya


inilah senduk yang digunakan sebagai penyukat

Sunday, June 6, 2010

chekhup -KING- white coffee


Kopi 3 in 1 jenama ni dah sebati dengan tokchik, ada 2 variasi lain dengan bungkusan yang berbeza, putih dan biru, yang warna kuning ni dikira "strong"

kalau mengantuk, kena sepeket, segar mata jadinya, hampir 3 minggu terputus bekalan, ke jusco dicari, carefour tak ada, di-giant langsung tak nampak jenama ni.

petang tadi, hati ini seperti dipanggil untuk ke tasco......dalam hati berkata...PASTI ADA.

alhamdulillah, dapat apa yang dihajat, terus beli 4 peket,

carot cake

bahan2nya

200 gram parutan lobak
100 gram kismis - warna kuning lebih sedap
250gram gula kastor
3 biji telur dipukul sedikit
180 ml minyak sayuran - tokchik guna minyak jagung
250 gram tepung berserbuk penaik
2 sudu teh rempah campuran ( rempah kek)
2 sudu teh serbuk halia - pilihan. tak suka jangan letak
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 camca teh bikarbonat of soda


parutan lobak merah


tepung berserta bikarbonat of soda, rempah kek serta sebuk kulit kayu manis


180ml minyak jagung

pukul telur seketika dan campurkan dengan minyak jagung



cara-caranya:
sediakan loyang, lapis dengan kertas minyak

didalam bekas, satukan gula kastor, parutan lobak, kismis


masukkan telur yang telah dipukul dan dicmpurkan dengan minyak jagung, masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk rempah dan juga bikarbonat of soda, gaul rata

tuangkan kedalam loyang pembakar, bakar dengan suhu 180 celcius selama 45minit... harus kepanasan oven berbeza diantara satu sama lain, setelah 45 minit, cucuk dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak sepnuhnya atau tidak

inilah hasilnya, rupa nampak macam tak cantik...... tetapi rasanya ...........sodap bah itu

Friday, June 4, 2010

sterika arang



terjumpa sterika ni distor tempat tokchik keja, yang lain masih ok, yang rosak cuma tangkainya ---- patah.

teringat memori lama sewaktu tokchik sekolah rendah, inilah sterika yang digunakan untuk menggosok baju sekolah, didalamnya kkami letakkan bara arang, ya.,.... arang yang kita gunakan untuk membakar sate tu

kalau tak ada duit nak beli arang, kami gunakan bara tempurung kelapa, selalunya arwah bonda akan sediakan daun pisang sebagai pelapik untuk meletakkan sterika ni, tujuannya untuk mengurangkan kepanasan, almaklumlah.... mana ada pelaras suhu pada sterika ni.

kemahiran yang tinggi diperlukan semasa menggunakan sterika ni, kalau tak pandai, alamat rentunglah kain yang digosok

kuih bakar durian


750 ml santan daripada 1 biji kelapa
2 biji telur
7 senduk gula (sila cari dalam post terdahulu tokchik, gambar senduk yang digunakan)
12 senduk tepung
pes pandan
5 senduk isi durian

cara2nya
satukan kesemua bahan kedalam blender, kisar sehingga halus/sebati
masukkan kedalam bekas pembakar yang berlubang di tengah, letakkan didapur gas, gunakan api kecil, bakar selama 1 jam/sehingga masak

Followers