setiap negeri/daerah dimalaysia ni pasti mempunyai bahasa slanga masing2, tokchik berasal daripada labis johor. Dalam dok mengelamun,tetiba tokchik teringat bahasa2 slanga / daerah yang mungkin payah nak dijumpai, apa yang nak tokchik kongsikan lebih merupakan bahasa setempat kelahiran tokchik
gebor = selimut
gerobok = almari
semangka = tembikai
kemering = sombong
ayatnya lebih kurang macam ni.... bukan main kemering lagi anak sidolah tu, mentang2 dah keja kuala lumpur
gonjol = sewel / tiga suku
mentel = mengada2
ojol = getah segerap
ndot = anak/adik / panggilan kepada orang yang lebih muda
ayatnya begini ; nak kemana tu NDOT?
menyesap = menebas / memotong ... biasanya dikaitkan dengan rumput rumpai
ayatnya: "aiii pak long, dah petang baru nak menyesap rumput"
memerut = buang air besar
lesing = tumbuk
ayatnya : "budak ni nak kena lesing dengan aku, memandai ja jual nama aku" maksudn nya, budak ni nak kena tumbuk dengan aku, memandai ja jual nama aku.
menebeng = menempel/tumpang menyibuk
berendut = bercinta
ayat : "si ain tu kan tengah berendut dengan siwan", maksudnya, ain sekarang ni sedang bercinta dengan wan
ngelat = menipu
bauk = berjambang bermisai
tangan pengkar/pengkor = tangan tak lurus biasanya digunakan bila kita tak dapat membuat balingan yang tepat
momok = hantu
gembeng = suka menangis (pengaruh bahasa jawa)
belebas = jenang tingkap / bahagian atas bingkai tingkap
kecebur = terjun......... "anak sapa le yang asyik kecebur dalam sungai tu" bermaksud....anak siapa yg asyik terjun kedalam sungai
cengkadak = banyak soal / banyak tanya/jangan menyibuk (maksud berbeza bergantung pada ayat yang digunakan)
banyak songeh = banyak soal/ cerewet
lempeng batak = lempeng tepung yang tebal dan agak liat, yang hanya mengguna kan air garam dan tepung sahaja
kena titik = kena belasah
ayatnya......" siap kau feqah, aku dapat kau, aku titik cukup2" maksudnya, aku dapat kau, aku belasah cukup2
deras = cepat
" amboiiiiii ......... derasnya berjalan maklang ni, macam dikejar hantu"
sudu camca = sudu makan
berteromba = berkejar-kejaran
bigor = gila2
birah = gatal / miang - merujuk kepada perlakuan individu
debik = pukul
gedoboh = pakaian yang lebih besar/terlalubesar dari saiz badan pemakainya
kematon = keras yang amat sangat
ayat = " kuih apa ni leha, keras kematon, patah gigi aku"
kebelai = lapar / kebuluran
ayat : " dah naik kebelai aku menunggu angah masak, dari jam 12 tadi sampai jam 2 tak siap2 lagi"
kele'sa = pemalas
kemamar = gelabah
ayat : " aikkkkk ,... kau ni dari tadi kemamar tak tentu pasal mengapa"
tak semenggah = tak senonoh
kememer / kememeh = suka menangis
ketetel = lintang pukang / laju
ayat = " tau takut, ketetel sincan lari bila nampak bai janggut lalu"
lintang kedak = tunggang langgang
longkah = mudah lekang / mudah tanggal
meladung = banyak /berlambak/bertakung
ayat : " anak dara apa ni, meladung2 air kat lantai, sorang pun tak nak mengelap"
pakkal = nasib baik / disebabkan
ayat : "pakkal kau tu adik aku, kalau orang lain dah lama aku halau pergi"
perun/merun = bakar
ayat " merun sampah maklong, hati2 kang terbakar kampung"
banyak lagi sebenarnya tapi masa menaip coretan ni...leh terlupa lak tokchik
No comments:
Post a Comment