balik kerja singgah kekedai, dalam kepala ligat memikir........"apa aku nak makan malam ni"
ternampak ikan caru......sambar 2 ekor,...... "bakar, cicah kicap"
tokchik lumurkan asam jawa pada ikan kemudian rendam sekejap dengan sedikit air , maka proses membakar/memanggang bermula......cara tokchik, ikan dibakar/dipanggang begitu sahaja..panggang kosong, tanpa garam kunyit dan sebagainya
kuali pembakar/memanggang tu tokchik beli diIKEA, rm 75 kalau tak silap, mudah menggunakannya senang pula nak mencucinya
untuk pencicah....bahan-bahannya........ kicap, cili padi, bawang yg dihiris serta perahan air limau kasturi.......... kalau nak buat air asam......... cili padi, air asam jawa,belacan, bawang yang dihiris,garam secukupnya
dah dicampur ni le rupanya
jom makan.....
No comments:
Post a Comment