Tuesday, January 12, 2010

kerepek NGAKU

orng cina panggil "NGAKU", kebiasaannya menjelma ketika menjelang sambutan tahun baru cina....... tak tau bagaimana rupanya!!!!!!!!!.... jangan risau, tokchik tepekkan gambarnya

ini le rupanya buah ngaku,

untuk membuat kerepek NGAKU, sediakan bekas, isikan dengan air, tambahkan garam secukup rasa, buang kulit luarnya...nipis sangat kulitnya.......

siap mengupas kulit luarnya.......dah tak reti2 nak menyagatnya....takkan nak digoreng seketul2, nanti jadi mcm cempedak goreng pulak........ hahahaaaaaaaaaaaaaaa

dah habis menyagat kesemuanya, biarkan NGAKU terendam sekitar 30 minit - sejam, kemudian bolehlah ditoskan sebelum proses menggoreng bermula


petua daripada tokchik....kalau nak kerepek yag garingnya sekata...... semasa menggoreng, tindihkan aja kerepek tersebut dengan jaring supaya kerepek tersebut terendam, tak perlu asyik nak mengodeh, tak perlu asyik nak membalikannya....kalau menggoreng karipap pun bagus guna cara begini, masaknya sekata, jimat masa dan kerja, kerja2 memasak ni kena juga ada tricknya.........baru lebih syok



ini le hasilnya......... ngaku ni rasanya ada seakan2 keladi tetapi rasa NGAKU ni lebih lemak, kalau dah mula mengunyah...... memang susah nak berhenti.

cuba2 le

Sunday, January 10, 2010

puteri mandi

cuma menggunakan tepung pulut dan air, kuahnya macam biasa le ..santan, gula merah dan gula pasir

masa menuang air tu, tuang sedikit2, kalau tak cukup baru tambah

tokchik bahagikan kepada 3, letak le pewarna....... konon2 nak kasi cantik


sediakan air rebusan yang bercampur daun pandan (ini cara shortcut) arwah mak dulu buat, semuanya digentel siap2, susun atas tudung periuk, selepas tu baru dimasukkkan kedalam kuahnya untuk proses rebusan..

bila semua dah siap direbus, sediakan kuahnya, santan, gula pasir, gula merah juga sagu biji jgan lupa secubit garam

dah pun siap, jemput makan semua

kete pun nak mandi juga

ahad 10/01/2010......... tokchik kepanggung, menonton cerita "OLD DOGS". syok..... gelak sakan ........ siap menonton meronda2 sekejap di jusco bukit tinggi klang.... tak ada apa nak dibeli.......chowwwwwwwww le........nak tunggu apa lagi.

semasa diparking, tokchik menyedari....."alamak.....comotnya kete aku......tak pa, lepas ni aku hantar kau gi mandi ya"

menyinggah ketempat cuci kereta, kebetulan hanya ada sebuah kereta aja yang sedang dibersihkan, jadi tak perlu menunggu lama, ......... my turnnnnnnnn




sekejap sahaja dah siap, almaklumlah kereta kecil, harga yang dikenakan rm 8.00 untuk cuci dan vacuum........ boleh lah.........

sambal hijau aka sambal gila

jangan le terkejut / takut bila dengar namanya, nama sambal gila ni diberiklan oleh long yus. sebabnya setiap kalai masak, masa menumisnya pasti akan terbersin....... kaw-kaw punya bersin.

bahan2nya mudah, campuran cili padi, bawang merah, belacan, ikan bilis, kisar halus (tokchik gunakan blender kering aja........mudah sebab masa menumis tak lama)
tumis bahan2 yang dikisar sehingga garing, masukan air asam jawa/ asam keping, tambahkan garam dan juga gula....... bila semua dah sebati ,.........matikan api, masukkn kedalam bekas...........

apa lagi..........makan le.......sedap dimakan dengan nasi panas, ulam petai/jering, ada pula ikan masin, sayur bening.. pucuk manis campur keledek

Thursday, January 7, 2010

eon bank - mata ganjaran

tokchik buat penebusan mata ganjaran kredit card tokchik di EON Bank, borang pesanan di-faxkan kepada mereka pada 14-09-2009, pada 07-10-2009, mata ganjaran sedia ada telah ditolak ......... tunggu punya tunggu...sebulan berlalu, tak sampai-sampai juga barangnya. tokchik menghubungi bahagian khidmat pelanggan bertanyakan tentang barangan yang ditebus, tokchik dijanjikan akan mendapat barang tersebut dalam waktu terdekat.......... bulan kedua menjelma.........barang tak tiba lagi......... sekali lagi tokchik menghubungi............ encik tunggu ya, minggu depan sampai le barnag encik......... hampehhhhhhhhhhh........ bulan ketiga / bulan disember dah pun habis, dah masuk tahun baru, barang yang ditebus tak juga sampai........ tahap kesabaran tokchik semakin terhakis
tokchik dail no khidmat pelanggan....... 03-26161133
"good morning sir, can i help you" suara wanita menjawab.....
setelah berbasa basi...... tokchik menerangkan hajat tokchik
"can you give me your card no sir",selesai sessi "minta no" ada pula sessi soal jawab untuk memastikan pemanggil adalah pemilik sebenar kad tersebut, kenalah pula memberikan beberapa butiran peribadi.....darah dah mula mendidih.. "sabar, cool down" tokchik memujuk hati.
"i just go trough your account sir, we already process your request on 07/10/2009"
amboiiiiiiiiii....sedap aja dia menjelaskan macam tu kalau dah diproses semuanya mengapa sampai berjanggut tokchik kena menunggu.
tokchik dah mula geram, lain ditanya, lain dijawab,
"sir...can you give me your contact number, i'll ask them to call you shortly"
"when!!!!!!!!!" dengan nada marah tokchik bertanya.
"within 30 minutes sir"
tokchik menunggu le, dahm lebih 40 minit, langsung tak ada panggilan daripada mereka,
tokchik menelefon semula, terus tokchik minta untukk bercakap dengan penyelia atau pengurus bertugas, itupun setelah berbalah seketika baru tokchik dapat bercakap dengan penyelia bertugas, tokchik tak banyak cerita....tokchik "skru" cukup2.......
"i'll check for you sir, i call you back"
"i'll hold the line, becouse your people always saying will call back but never do that" tetapi memang jenuh nak menunggu dah hampir 10 minit pun tak ada ada apa bunyinya, tokchik matikan talian
20 minit kemudian handphone tokchik berbunyi...... " hello sir, mila here, just to let you know that you'll receive your good within 3 days from now, if you didn't received you can call me"
boleh ke aku percaya............

07/01/2010......... "hello, saya nak confirmkan alamat untuk penghantaran barang"
" ya...betulah...........itu le alamatnya"
jenggggggggggg.......... jengngggggggggggg......sampai juga kau ya ........ pesan 2009..terima 2010........... kalau diikut setahun ya...hehehehehe



ini le rupanya barang yang ditebus, ingatkan kecik aja, rupanya besar, hajat hati nak buat bekas bawa bekal pergi kerja......kalau macam ni punya besar....... harus jadi bahan sindiran kawan......... dah le badan besar...bekas makanan pun besar gedabak........bekas ni sesuai untuk berkelah

Wednesday, January 6, 2010

mabuk judi

betul lah kata orang tua2, kalau dah ketagih judi, kalau dah mabuk judi........ papa kedana jadinya, semua pun habis tergadai, dimana letaknya akal, dimana letaknya kewarasan, hilang pertimbangan. ada yang gila berjudi "tikam nombor ekor".... toto, magnum, kuda.semua dibelasahnya, ada yang kemaruk main judi "mesin kuda", yang kemaruk berjudi digenting, dan macam2 lagi le jenis judi yang ada nie...nak sebut semua tak tau sebab tokchik bukan kaki judi.

kalau kita yang bukan kaki judi, habis rm 10.00 untuk benda mengarut tu dah rasa rugi sangat2, tapi bagi kaki judi ni...... mereka macam tak kisah pulak.

ini kisah benar yang tokchik nak kongsi untuk jadi renungan bersama, sekurang2nya kita tak jadi seperti mereka, bukan nak mengaibkan orang, cuma niat hati untuk dijadikan ikhtibar buat kita bersama.

kisah pertama

ini terjadi 10 tahun dahulu, semasa tu tokchik menetap ditaman perling johor, ada sorang budak ni, kemaruk main judi mesin kuda, menang tak banyak mana, melingkup yang lebih, kesudahannya berhutang dengan along/ceti haram...... bila hutang tak dapat dibayar.......terpaksa melarikan diri balik kampung dikelantan, hidup jadi bercelaru, anak bini jadi haru.

kes kedua
rakan sekerja tokchik, umur awal 50an, menggelapkan duit syarikat, kali pertama sekitar rm 20k, pihak syarikat memberi peluang kedua, selang beberapa lama, buat hal sekali lagi, pihak syarikat dapat mengesan penyelewangan beliau apabila pihak syarikat menghantar surat meminta pelanggan menjelaskan hutang mereka, tetapi pelanggan memberitahu, semua bayaran telah dijelaskan kepada wakil syarikat, beliau telah menggunakan resit palsu dan meminta cek dikeluarkan dalam bentuk cek tunai... keseluruhan wang yang digelapkan oleh beliau hampir rm 60k. boss tokchik memang baik, beliau diminta melepaskan jawatannya dan tiada sebarang tindakkan undang2 diambil.

kes ketiga
membabitkan wakil syarikat juga. ini yang masih panas lagi ........ yang ini pula, kalau tengok muka ........ nampak macam orang baik2 aja........ tak nampak muka kaki judi, muka kaki pompuan, muka dajal atau yang sewaktu dengan nya.... dia ni pula tak belajar dari kesilapan,

kali pertama dia kantoi dengan masalah hutang akibat judi seingat tokchik sekitar tahun 2006......... semasa itu beliau meminta pertolongan pihak syarikat untuk menjelaskan hutang dengan along sebanyak rm 60k, konon2nya hutang tersebut dibuat oleh ibunya,

usai denga hutang tersebut, dia buat hal lagi...... penghujung 2008..... kali ini kalah judi digenting, habis semua kad kredit yang ada digunakan sehingga had yang dibenarkan, hutang lagi dengan along....... jumlah keseluruhan mencecah rm 110k...dengan muka sedih, muka orang berdosa, muka nak bertaubat konon2nya berulang alik kebilik boss memninta bantuan.........akhirnya boss bersedia membantu..........sebagai tukarannya.........rumah milik beliau bertukar tangan kepada pihak syarikat...... muka yang muram bertukar ceria.

kelmarin tokchik dengar cerita, kes berulang kembali, tetapi kali ini pihak syarikat tak mahu membantu, sebab peringatan telah diberikan semasa terjadinya kes kedua, cuma kali ini tokchik tak tau berapa jumlah hutang yang ditanggung oleh beliau. kali ini beliau memilih untuk berhenti kerja, muka pun moyok aja........kalau dibolehkan bertanya/bercakap sesuatu kepada beliau, tokchik cuma nak bertanya........MENGAPA KAU TAK PERNAH SERIK........ kesian kat anak bini dia, berita terkini, isteri beliau memilih untuk bercerai. . . padan muka dia........... ada otak tak nak guna.......

Sunday, January 3, 2010

bubur gandum

dahulu tokchik pernah makan bubur gandum ni........ bukan dibuat daripada tepung gandum tetapi daripada biji gandum........... kuahnya putih, tapi kalau orang johor, bila buat pengat/bubur lebih suka mencampurkan dengan gula merah, pada perkiraan tokchik, warna yang terhasil lebih membangkitkan selera.

semasa kekedai, dalam meninjau2 rak jualan, tokchik terpandangkan bungkusan gandum ni, jadi tokchik beli le sebungkus. balik kerumah.operasi pun bermula


dah basuh bersih, tokchik rebus dulu gandum ni sehingga kembang, nak mudah guna aja pressure cooker-jimat masa, hasilnya pun lebih memuaskan. jika menggunakan pressure cooker,


bila gandum tu dah kembang, masukkan santan, gula pasir, gula merah serta secubit garam dan daun pandan, dan ini lah hasilnya.sedappppppp

Followers