orng cina panggil "NGAKU", kebiasaannya menjelma ketika menjelang sambutan tahun baru cina....... tak tau bagaimana rupanya!!!!!!!!!.... jangan risau, tokchik tepekkan gambarnya
ini le rupanya buah ngaku,
untuk membuat kerepek NGAKU, sediakan bekas, isikan dengan air, tambahkan garam secukup rasa, buang kulit luarnya...nipis sangat kulitnya.......
siap mengupas kulit luarnya.......dah tak reti2 nak menyagatnya....takkan nak digoreng seketul2, nanti jadi mcm cempedak goreng pulak........ hahahaaaaaaaaaaaaaaa
dah habis menyagat kesemuanya, biarkan NGAKU terendam sekitar 30 minit - sejam, kemudian bolehlah ditoskan sebelum proses menggoreng bermula
petua daripada tokchik....kalau nak kerepek yag garingnya sekata...... semasa menggoreng, tindihkan aja kerepek tersebut dengan jaring supaya kerepek tersebut terendam, tak perlu asyik nak mengodeh, tak perlu asyik nak membalikannya....kalau menggoreng karipap pun bagus guna cara begini, masaknya sekata, jimat masa dan kerja, kerja2 memasak ni kena juga ada tricknya.........baru lebih syok
ini le hasilnya......... ngaku ni rasanya ada seakan2 keladi tetapi rasa NGAKU ni lebih lemak, kalau dah mula mengunyah...... memang susah nak berhenti.
cuba2 le
No comments:
Post a Comment