Tuesday, January 26, 2010

daging masak bawang goreng

semasa ditempat keja tokchik mengira2 apa menu malam ni,teringin nak makan soto, tetapi bila dah sampai kewarung yang menjualnya....tutuplah pula.

teringat dalam peti sejuk masa ada kira2 sekilo daging lembu, keluarkan daging, masukkan kedalam peressure cooker.....rebus selama 20 minit, sambil mata melilau mecari bahan untuk memasak

dapat idea.... gulai daging bawang goreng
sediakan


rempah penumis, bawang merah dan bawang putih untuk menumis

daun ketumbar dan daun pudina ( daun pudina ni dari taman mini tokchik)

bawang goreng (untuk sekilo daging 250gram bawang dimayang dan dibuat bawang goreng)

bawang merah, halia, bawang putih juga 3 batang serai dikisar (serai tak ada dalam gambar)


tomato dan juga kentang

yougart tanpa perisa

jom kita mula memasak



panaskan minyak sapi sehingga cair, tumiskan bawang hiris dan rempah penumis sehingga naik baunya atau bawang nampak kekuningan

ss
masukkan bahan yang dikisar, tumis sehingga garing


masukkan rempah... tokchik gunakan rempah beriani, tumis sehingga pecah minyak

masukkan air, kentang dan juga daging



bila daging dan kentang sudah separuh masak, masukkan tomato, daun pudina dan daun ketumbar serta bawang goreng


bila kuahnya dah mula memekat daging dan kentang dah empuk, masukkan yougart, tambah garam, sedikit gula, masak sehingga kuahnya pekat..... ketika ini api jangan terlalu besar nanti hangus dan hendaklah selalu dikacau.

No comments:

Followers