Monday, May 10, 2010

pasukan silat gayong kampung tengah segamat

bagi memeriahkan majlis persandingan ain dan wan, tokchik and the gang telah sepakat untuk mengundang pasukan silat gayung kampung tengah segamat untuk membuat persembahan.

pasukan silat gayung kampung tengah segamat ini menawarkan tiga pakej persembahan dengan harga yang berbeza, tokchik memilih untuk mengambik pakej ke3, caj yang dikenakan sebanyak rm 250 untuk 10 persembahan.antara persembahan yang terkandung didalam pakej ke3 ni:
1. permainan keris
2. kombat
3. sembat
4. bunga tanjung
5. pecah genting
6. permainan parang

cikgu shakir dan cikgu ipin membuat demo permainan parang, ini parang betul tau,
tak percaya????????????? cuba tadahkan leher........minta ditetak, kita tengok luka ke tidak....heheheh



seramai 25 orang persilat telah hadir untuk membuat persembahan semasa hari persandingan ain dan wan
cikgu2 buat demo........ anak murid dok ditepi memerhati

pesilat berbaris dihadapan pintu masuk dewan menantikan kedatangan pengantin


pasukan kompang juga bersedia dibelakang

cikgu shah membuat persembahan menyambut pengantin


beberapa gambar persembahan silat dah juga rakaman video yang sempat dibuat






video persembahan silat :



AL-FATIHAH NUR ILLIYA IBRAHIM




selesai majlis persandingan ain dan wan, kami menerima berita nor illiya aka nyah (gelaran diperah untuk anak perempuan kedua dalam keluarga) dimasukkan ke unit kritikal hospital sungai buluh. untuk pengetahuan, nur illiya merupakan anak kedua abg tokchik. sejak kecil nyah telah dikenal pasti menghidapi penyakit thalasmenia.

berdasarkan maklumat yag ada, beliau terjatuh dibilik air, akibatnya nyah dikejarkan kehospital, koma dan meninggal dunia pada jam 11.05 malam hari ahad 09-05-2010.

jenazah dimandikan dan dikafankan serta disembahyangkan lalu dibawa menaiki van jenazah kerumah abg tokchik di Pengkalan Hulu Perak pada malam itu juga, sekitar jam 1.35 pagi

semuga Tuhan mencucuri rahmat dan semuga roh beliau ditempatkan bersama2 insan2 yang mendapat rahmat yang esa.

alfatihah

Friday, May 7, 2010

tapai pulut

ada orang kata, nak membuat tapai ni cerewet, kalau orang tua dulu2, banyak betul pantang larangnya semasa nak membuat tapai/ semasa proses meraginya.kena dok jauh2 dari orang, dah diragi,bungkus dengan kain letak atas peran...... jangan ternampak jangn tersentuh dikhuatiri menyeman atau tak menjadi


refresh semula memori silam, tokchik cuba membuat/meragi tapai, hajat hati nak dibawa balik kejohor, nak dikongsi menjamahnya bersama sanak saudara semasa majlis kenduri ain.

ini bukan biskut tetapi ragi


tanak pulut, kemudian sejukkan..... kena betul sejuk baru boleh meragi

dah siap diragi, masukkan aja dalam plastic container, diperam selama 2 malam.

ini le hasilnya, wangi betul baunya, berair dan manis, ragi sebenarnya memainkan peranan penting dalam proses penyedian tapai, untuk sekilo pulut, tokchik gunakan separuh sahaja ragi yang tokchik tepekkan gambarnya diatas tu. sebab ragi tu besar

Thursday, May 6, 2010

telur pindang




tokchik buat telur pindang untuk dimakan sesama ahli keluarga semasa majlis persandingan ain nanti, tokchik rebus sebanyak 140 biji. sementara nak menunggu betul2 "jadi" entah berapa biji yang dah tokchik ngap.

mula merebus pada petang ahad, hari khamis baru siap, tapi bukan le direbus secara berterusan, rebus selama beberapa jam disebelah malam, matikan api dapur, tutupkan periuk, biarkan telur2 tu terendam dalam rempah,bangun pagi, pasangkan api dapur, rebus lagi sehingga sampai waktu tokchik nak keluar bekerja, matikan api,

ini le hasilnya. patut le mahal dijual orang, payah dan rumit kerjanya, mana nak mencari daun2 kayu untuk direbus bersama, nak menunggu siap, tapi memang sedap, orang johor pandai le makan telur pindang nie

mesin jahit kecil



tak mahal...... rm10 aja, dah lama tokchik beli, simpan kat tepi aja, bila menyedari poket seluar koyak, nak menjahit tak pandai, kalau dibuat juga tak cantik, cuba lah menggunakan mesin jahit ni, memula tu terkial2 sebab salah cara penggunaannya, bila dah ok, cantik jahitannya. sememangnya patut disimpan satu

gulai lemak jeruk maman dengan ikan kembung

masih ingat posting tokchik tentang jeruk maman? selepas 5 hari dijeruk, maman tu dah sedia untuk digulai.

balik kerja, menyinggah kekedai, tokchik beli 5 ekor ikan kembung, kalau arwah bonda tokchik, ikan tu dipanggang dahulu, baru le sedap bila digulai. tokchik panggang juga, panggang menggunakan kuali tak melekat, jadi le walaupun tak seperti yang asli, tetapi ...........boleh lah

bahan2nya
ikan kembung
cili padi
kunyit segar
bawang
sedikit belacan
santan

kisar kesemua bahan diatas, tuangkan kedalam kuali, pastikan api sederhana supaya tak pecah minyak


dah pun siap gulai tokchik, sedap.......... taka caya meh le makan sama

nasi panas2, ada ulam petai/jering, sambal tempoyak....berjurai peluh, bertambah nasi

Tuesday, May 4, 2010

daging salai masak lemak cili padi

terlalu lama rasanya tokchik tak menjamah hidangan daging salai. adalah hamba allah ni yang dah bercerita kepada tokchik........ nenek dia biasa buat daging salai.
kecur air liur mendengarnya, apa lagi...... tokchik pun mengendeng le .... mana le tau ada rezeki untuk merasa. dapat sekali menggulai jadi le.

alhamdulillah, baiknya hati hamba allah tu, merasalah juga tokchik daging salai.
yang bestnya, dia siap mms kan beberapa gambar proses penyediaan daging salai tu



ini le rupanya daging tu selepas disalai

tokchik masak lemak cili padi aja daging salai ni, mudah sangat menyediakannya (resepi asal tokchik)

bahan untuk dikisar
cili padi
kunyit segar
bawang merah

3 batang serai - dititik
beberapa biji belimbing buluh - kalau nak masam letak lebih

1 sudu kerisik
1 sudu campuran ketumbar, jintan kasar dan jintan halus yang disangrai dan dikisar
garam secukupnya
secubit gula


cara memasak

satukan kesemua bahan dalam kuali atau periuk KECUALI KERISIK, tokchik suka memasak menggunakan kuali kerana mudah untuk membalikkan lauk kalau di kampung tokchik istilah yang digunakan "menembok" ..... dalam bahasa yang mudah memastikan santan tak pecah minyak

masak dengan api sederhana sehingga kuah pekat, masukkan kerisik apa bila kuah sudah pekat (kalau tak ditambah kerisik pun tak apa)

dah siap pun...jom le makan

Followers