refresh semula memori silam, tokchik cuba membuat/meragi tapai, hajat hati nak dibawa balik kejohor, nak dikongsi menjamahnya bersama sanak saudara semasa majlis kenduri ain.
ini bukan biskut tetapi ragi

tanak pulut, kemudian sejukkan..... kena betul sejuk baru boleh meragi

dah siap diragi, masukkan aja dalam plastic container, diperam selama 2 malam.

ini le hasilnya, wangi betul baunya, berair dan manis, ragi sebenarnya memainkan peranan penting dalam proses penyedian tapai, untuk sekilo pulut, tokchik gunakan separuh sahaja ragi yang tokchik tepekkan gambarnya diatas tu. sebab ragi tu besar

No comments:
Post a Comment