masih ingat posting tokchik tentang jeruk maman? selepas 5 hari dijeruk, maman tu dah sedia untuk digulai.
balik kerja, menyinggah kekedai, tokchik beli 5 ekor ikan kembung, kalau arwah bonda tokchik, ikan tu dipanggang dahulu, baru le sedap bila digulai. tokchik panggang juga, panggang menggunakan kuali tak melekat, jadi le walaupun tak seperti yang asli, tetapi ...........boleh lah
bahan2nya
ikan kembung
cili padi
kunyit segar
bawang
sedikit belacan
santan
kisar kesemua bahan diatas, tuangkan kedalam kuali, pastikan api sederhana supaya tak pecah minyak
dah pun siap gulai tokchik, sedap.......... taka caya meh le makan sama
nasi panas2, ada ulam petai/jering, sambal tempoyak....berjurai peluh, bertambah nasi
No comments:
Post a Comment