Tuesday, May 4, 2010

daging salai masak lemak cili padi

terlalu lama rasanya tokchik tak menjamah hidangan daging salai. adalah hamba allah ni yang dah bercerita kepada tokchik........ nenek dia biasa buat daging salai.
kecur air liur mendengarnya, apa lagi...... tokchik pun mengendeng le .... mana le tau ada rezeki untuk merasa. dapat sekali menggulai jadi le.

alhamdulillah, baiknya hati hamba allah tu, merasalah juga tokchik daging salai.
yang bestnya, dia siap mms kan beberapa gambar proses penyediaan daging salai tu



ini le rupanya daging tu selepas disalai

tokchik masak lemak cili padi aja daging salai ni, mudah sangat menyediakannya (resepi asal tokchik)

bahan untuk dikisar
cili padi
kunyit segar
bawang merah

3 batang serai - dititik
beberapa biji belimbing buluh - kalau nak masam letak lebih

1 sudu kerisik
1 sudu campuran ketumbar, jintan kasar dan jintan halus yang disangrai dan dikisar
garam secukupnya
secubit gula


cara memasak

satukan kesemua bahan dalam kuali atau periuk KECUALI KERISIK, tokchik suka memasak menggunakan kuali kerana mudah untuk membalikkan lauk kalau di kampung tokchik istilah yang digunakan "menembok" ..... dalam bahasa yang mudah memastikan santan tak pecah minyak

masak dengan api sederhana sehingga kuah pekat, masukkan kerisik apa bila kuah sudah pekat (kalau tak ditambah kerisik pun tak apa)

dah siap pun...jom le makan

No comments:

Followers