Sunday, March 21, 2010

kuih talam tepung pulut

jangan pelik kalau ada beberapa post semuanya kisah makanan........saja nak kongsi2 dengan sesiapa sahaja yang menjenguk blog tokchik ni

ini juga merupakan kueh yang arwah emak selalu buat,

santan
tepung pulut
sedikit tepung beras
gula merah
gula pasir

kaau arwah mak buat.....gula merah dan gula pasir tu dimasak terlebih dahulu, tokchik pula...........kisar aja, cepat dan jimat masa, kalai dimasak nak kena tunggu sejuk baru boleh dicampur dengan tepung

sedikit santan dicampurkan kedalam air gula, masukkan tepung pulut dan sedikit tepung beras, kisar sebati. kukus sehingga lapisan bawah masak

untuk lapisan atas (arwah mak panggil "kepala kueh"), campurkan tepung beras dan tepung jagung serta secubit garam - cair aja bancuhannnya.apabila lapisan bawah dah masak tuang kan lapisan atas, kukus sehingga masak

dah siap masak dah kuehnya

ini le rupanya kueh tu.......sedappppppppppppppp

bila makan kueh ni..tetiba rsa rindu yang amat angt kat arwah mak........... tapi kena kontrol, nanti anak2 sedara pelik pula......ngapa pula pakcik aku nangis

rempeyek





petang sabtu lepas hujan lebat, nak tidur mat tak nak lelap ... kesudahannya ........ jom kita buat rempeyek, check didapur....semua bahan2 ada.

1/2 kelapa diambil santan anggaran 750ml
1 peket tepung beras
3 sudu tepung pulut
3 sudu tepung jagung
2 sudu ketumbar
1 sudu jintan kasar
1 sudu jintan halus
1 biji telur
udang kering
garam secukup rasa
secubit kapur sirih
kacang tanah

blend kan kesemuanya hingga sebati,panaskan kuali, cara tokchik mudah aja........bila kuali minyak dah panas, kita siramkan tepi kuali tu dengan minyk panas sebelum proses mengoreng bermula

dalam bekas kecil ambil sedikit adunan, campurkan dengan kacang tanah

simbah2kan aja adunan tu ditepi2 kuali, bila nampak tepun mengering, simbahkan minyak panas diatas tepung tu supaya lekang, goreng sehingga garing

asam rebus daun kesum ikan sungai

arwah emak tokchik sememangnya suka memancing, salah satu masakan ikan sungai arwah emak yang mejadi kegemaran kami adik beradik adalah asam rebus daum kesum....... mudah dan simple.....

orang dulu2 kalau memasak...rencah2nya samada digiling atau ditumbuk, zaman berubah, lesung batu dah dok penjuru dinding sampai bersawang, kita blend aja........

bahan asas masakan ni cukup mudah, cili padi atau cili merah, bawang, belacan, juga kunyit segar dikisar halus, daum kesum dan asam keping
petua arwah emak, kalau nak mengulai ikan, letakkan ikan dan bahan sampingan kedalam periuk sebelum dimasukkan kuah,

masukkan bahan yang telah dikisar halus, dapat ditambah tempoyak dan belimbing buluh .........fuhhhhhh ....terangkat beb

siap untuk disajikan

Thursday, March 18, 2010

kuih abok2 mak lang

"kak....... macam mana nak buat kuih abok2, teringin nak makan, ingat masa kenduri kahwin ujang ari tu"
"buat macam ni cik..........." lancar aja wak emon mengajar cara2 menyediakan kuih abok2

basuh/rendam seketika sagu biji, toskan

kemudian gaul kan sagu biji yang dah kembang tu dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan garam

sediakan gula merah/gula melaka dan juga daun pisang yang telah dilayur


buatkan kelongsong, masukkan sagu yang bercampur dengan kelapa parut, letak kan gula merah diatasny, kemudian letakkan sekali lagi sagu diatasnya, tutup kelongsong tersebut




tokchik gunakan stapler aja untuk memastikan daun pisang /kelongsong tu tak terbuka, rupanya tak semenggah, tak secantik yg kakak tokchik buat

apa lagi kukus le....agak2 selama 25 minit

dah siap..jom makan......sejujurnya...........memang sedappppppppppp

Wednesday, March 17, 2010

penunggu tebing

tokchik tak balik kluang kali ni, tetapi.....sekejap2 dapat sms, sekejap2 dapat mms.....budak2 ni segaja nak "bakar" tokchik

gambar mereka sarapan pun di hantar.tapikan .....macam best aja makan ramai2


dapat lagi mms..."kami gi memancing cik", kak ojie, cik sal, asri, yang berselubung katin batik tu si cumi rasanya


along bibi pun dah pandai pegang jorang sekrang nie


ni le hasil yang mereka dapat, lumayan juga kan

yang ini ikan patung kalau tak silap

rugiiiiiiiiiiiiii tokchik tak dapat ikut

selamat ulang tahun buat wak sir

petang sabtu (13-03-2010) tokchik tel le wak sir....abang ipar tokchik......ucapkan selamat ulang tahun buat dia, tergelak besar dia bila tokchik tanya ulang tahun yang keberapa....... 26 tahun katanya....... alah......dah macam artis le pula waksir ni...62 dikatanya 26...nasib baik dia tak reti nak pergi buat botox, kalau tak ada meraung wak emon...hehehehe

petang tu mereka dah sambut ulang tahun kelahiran waksir di KFC kluang mall, along dah beli kek......bulat aja kek tu .macam muka along..hehehe


sambil nak motong kek tu wak sir bercakap dalam hati agaknya "cukup ke kek ni"
wak emon dah telan air liur, along bibi kontrol ayu sambil dalam hati cakap......"cepat le sikit abg ni potong kek nya, terliur dah nie"

sekali lagi wak sir kena potong kek, kali ni L dan ojie pula belanja,


yang bebaju oreng tu pun menyibuk, takut tak merasa agaknya.
"happy birthday to me..10X"penuh semangat nampak gayanya waksir nyanyi sendiri lagu "happy birthday" tu

Tuesday, March 16, 2010

lontong style johor

diklang ni bukan tak ada orang menjual lontong, dikawasan tempat tinggal tokchik pun ada gerai yang menjual.........tetapi tak menepati citarasa tokchik. tak taulah samada tokchik yang cerewet tapi yang pasti memang tak menepati sepenuhnya kehendak dan kemahuan tokchik. demi kepuasan hati dan tekak.... kena masak sendiri...

ada soon, tauhu kering (pucuk), tauhu yang digoreng tak ketingglan tempe (wajib), sayuran seperti kacang panjang, bunga kobis, lobak merah juga kobis, jangan lupa......sambal kacang.........ini kemestian dalam hidangan lontong johor.

slurpppppppppppppppp....sedap..........blurrrrrrrrppppp...kenyang

Followers