jangan pelik kalau ada beberapa post semuanya kisah makanan........saja nak kongsi2 dengan sesiapa sahaja yang menjenguk blog tokchik ni
ini juga merupakan kueh yang arwah emak selalu buat,
santan
tepung pulut
sedikit tepung beras
gula merah
gula pasir
kaau arwah mak buat.....gula merah dan gula pasir tu dimasak terlebih dahulu, tokchik pula...........kisar aja, cepat dan jimat masa, kalai dimasak nak kena tunggu sejuk baru boleh dicampur dengan tepung
sedikit santan dicampurkan kedalam air gula, masukkan tepung pulut dan sedikit tepung beras, kisar sebati. kukus sehingga lapisan bawah masak
untuk lapisan atas (arwah mak panggil "kepala kueh"), campurkan tepung beras dan tepung jagung serta secubit garam - cair aja bancuhannnya.apabila lapisan bawah dah masak tuang kan lapisan atas, kukus sehingga masak
dah siap masak dah kuehnya
ini le rupanya kueh tu.......sedappppppppppppppp
bila makan kueh ni..tetiba rsa rindu yang amat angt kat arwah mak........... tapi kena kontrol, nanti anak2 sedara pelik pula......ngapa pula pakcik aku nangis
No comments:
Post a Comment