Wednesday, March 24, 2010

bahulu kukus

semasa ahli keluarga datng bertandang kelmarin, sepapan tokchik beli telur, kesudahannya tak habis dimasak, masih banyak bersisa, menbelek tarikh luputny......

"alamak....... tinggal seminggu lagi, telur masih banyak lagi, apa aku nak buat dengan telur2 ni, takkan nak buat berlangir pula"

jeng---jeng--------jeggggggggggg.......... idea sudah mari, buat aja bahulu..... cuma ada sedikit ubah suai dan di kukus bukan dibakar

1 cawan telur - asing kan kuning dan putihnya
(tokchik guna mug, boleh isi 10 biji telur)

1 cawan tepung
1 cawan gula - kurangkan sedikit..... jika nak mudah, kisar dahulu
1 sudu teh daouble action baking powder
2 sudu teh ovelet
pewarna ikut suka

asingkan kuning dan putih - pukul kuning telur sehingga kembang - ketepikan


campurkan gula yang telah dikisar kedalam putih telur, pukul sampai kembang.. kalau ada bekas tembaga lagi bagus sebab putih telur akan bertindakbalas dengan bekas tembaga dan cepat kembang. tujuan gula dikisar terlebih dahulu adalah bertujuan memudahkan proses - tak perlu nak "pukul" putih telur lama2 sebab gula dah sebati.



campurkan putih telur dan kuning telur yang dipukul secara berasingan tadi, gaul sebati, masukkan baking powder dan juga ovelet, masukkan tepung sedikit semi sedikit, gaul rata. bahagikan kepada 2 bahagian, warnakan 1 bahagian dan 1 bahagin lagi dibiarkan kosong, tuang selapis demi selapis berselang seli warnanya, hasilnya akan jadi macam dalamgambar dibawah ni

kukus selama 45 minit, api kukusan hendaklah kuat, ini le hasilnya, gebu macam tokchik...akan dengan teh o kosong sedap


No comments:

Followers