Sunday, March 21, 2010

berkelah di air terjun sungai gabai (kajang)

sambil dok sarapan pagi tu masa dirumah angah, kami bincang2 le aktiviti untuk hari tu..........semua dah setuju.pakat2 nak berkelah di air terjun sungai gabai kajang.
cuba tengok....seriusnya masing2 dalam mencari kesepakatan, kemana nak dituju

ojie, along dan angah dah senyum bila "kepala" dah setuju nak pergi berendam

sincan dan adiknya dah melompat kegirangan "air terjun, air terjun"

dah kemas semua barang yang nak dibawa, perjalanan pun bermula. along, angah, asri dan am, naik sau kereta, tokchik, herman, ojie dan sincan satu kereta, kreta yang dipandu asri bergerak dahulu, kami menyusul dibelakang.baru bergerak 300 mtr tokchik perasan tayar belakang kereta asri yang sebelah kiri agak kempis, jenuh beri isyarat suruh asri berhenti...baru dia menyedari..kami berhenti ditepi jalan untuk menukar tayar.



along bibi ingat boleh main cabut macam tu aja agaknya.hehehe

jom.......kita tengok pakar yang buat







ini le punca tayar tu pancit....sebatang paku terbenam


muka sedih "sigadis litar"......terbang lagi duit aku............


meneruskan perjalanan setelah selesai proses menukar tayar. sampai juga kami ketempat yang dituju


ramai orang pada ketika kami sampai....





layan kan budak2 2 orang tu mandi, sekitar jam 3 kami balik.....

No comments:

Followers