ntah mengapa semasa balik segamat kelmarin, dalam minda ni asyik teringat nak makan kek kukus buah2an.......mana nak cari ya........ tak ada cara lain....kena selongkar resepi...... kena buat sendiri...... yang membuatkan kek ni sedap adalah......... rasa masam2 manis buah2an yang dicampurkan dan juga kek ni tak kering, lembab2 gitu
mengagau mencari bahan2 yang diperlukan, operasi pun bermula.......
resepinya
225 gram mentega
5 biji telur gred A
400 gram gula kastor - tokchik guna gula pasir biasa, tetapi tokchik kisar guna
blender kering.
250 gram gula - dibuat gula hangus (guna kan 150ml air )
600gram tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat of soda
1 sudu teh baking powder
250gram buah2an campur (buah kering)
150 gram gula perang
cara2nya
sediakan gula hangus terlebih dahulu, tokchik gunakan kuali tak melekat, jadi proses menyediakan gula hangus tu menjadi amat mudah.


pukul mentega dan gula sampai kembang

tambahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sampai kembang

masukkan gula perang, gaul rata, masukkan tepung yang telah diayak bersama2 dengan soda bikarbonat dan juga bakin powder..... gaul rata

masukan buah2an kering

kukus selama 2.5 jam, tutup kukus tu diikat dgn kain/tuala untuk mengelakkan wap daripada menitik diatas kek yang dikukus


2 comments:
biar benar TC...kena kukus 25 jam...;)...bila nak tido ....
noraizam,
2.5 jam le bukan 25jam
kalau 25 jam mau habis seetong gas
mcam mana titik perpuluhan tu tak kelihatan dengan jelas ya
sebenarnya...kalau mengikut resepi asal nak kena kukus selama 4 jam
tapi 2.5 jam dah memadai
pernah sebelum ni, untuk gula hangusnya tc buat dengan mencampurkan air..hasilnya kek yang dimasak tu rasa seperti tepung mentah....
Post a Comment