Monday, April 5, 2010

persiapan persandingan hurul ain

dalam waktu terdekat ni tokchik, herman dan kak ojie agak sibuk dengan persediaan untuk majlis persandingan ain dan wan yang dijangkakan pada 09-05-2010,almaklumlah, sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan semua persedian majlis persandingan tersebut tak semudah yang disangka,
menyediakan senarai pekara2 yang perlu dibuat, apa yang perlu dicari, ditempah, dibeli, dibebel......pening kepala dan ada ketikanya jadi stress. hajat dihati nak mencari yang terbaik,nak menjadikan majlis berkenaan meriah dan seronok,nampak gayanya tokchik and the geng dah boleh jadi wedding planner lah lepas nie

saudara mara terdekat dah dimaklumkan, alhamdulillah......... rezeki anak yatim ni murah rupanya, ada sahaja sanak saudara yang terbuka hati untuk menyumbangkan sesuatu bagi memeriahkan majlis berkenaan. meminta tidak, tetapi rezeki yang datang jangan ditolak, syukur kehadrat Illahi atas rahmat yang diberi.

berjam2 kami dikedai barangan pengantin ni


yang berbaju hitam tu merupakan tauke kedai tu, yang kelakarnya dia MELATAH, kali pertama tokchik terjumpa orang cina yang melatah.... tokchik apa lagi..... kita kasi latah lagi kaw2...lpas tu kita gelak kuat2



insyaallah, astafirullah, minta halal ya....... tak lekang disebut, yang lebih kelakar, jika lelaki yang masuk ke kedai tu....dipanggilnya ABANG IPAR, orang perempuan pula...... KAKAK IPAR,
tokchik tanya.......... 'BILA MASA PULA AKU KAHWIN DENGAN AKAK KAU".....HAHAHA

QC sedang memeriksa barang yang dibeli....... ada rosak kita terus tukar

No comments:

Followers