Monday, April 5, 2010

telur pindang

hajat hati, semasa majlis persandingan ain nanti nak gunakan telur pindang untuk bunga pahar. tetapi terpaksa dibatalkan apabila warna telur pindang dan bunga pahar yang dah dibeli tak selari,

tokchik rebus juga, sebab teringin nak makan, cuma menggunakan ramuan asas sahaja disebabkan daun2 yang sepatutnya direbus bersama tak dapat dicari.

resepinya begini

30 biji telur ayam- dibersihkan

secekak daun jambu batu
secekak daun bebuas
secekak daun lengkuas
4 helai daun limau purut
secekak daun salam
15 batang serai

lengkuas - 150 gram
halia - 150 gram
lada kering - 20 tangkai

1.1/2 peket garam kasar (yang harga sepeket 0.70sen)
100 gram ketumbar
100 gram jintan kasar
100 gram jintan halus

cara2nya
lurutkan daun2 dari tangkainya
halia, serai, lengkuas - dihiris nipis

susun daun2, taburkan garam, ketumbar jintan
susun telur
susun daun2 diatas telur, taburkan garam dan ketumbar jintan
ulang proses yang sama sehingga selesai

rebus dengan api yang perlahan, selama 3 hari






telur pindang ni rupa tak cantik tetapi rasanya sedap, orang johor sahaja yang tau menikmatinya


nota

nak mudah....... kisar aja serai, lengkuas, halia, lada kering dan ketumbar jintan

merebus cara tokchik...... nak tidur, tokchik matikan api dapur, tutup periuk rapat2
ulangi proses yang sama beberapa kali -- kasi cukup anggaran 3 hari merebus

No comments:

Followers