Friday, April 8, 2011

pulut serunding



tanak pulut terlebih dahulu, kalau nak mengkukus pun boleh cuma kalau nak dikukus, pulut hendaklah direndam sekurang2nya 4 jam

apabila pulut telah masak, cetak dalam acuan atau kepalkan aja, kemudian letakkan serunding kelapa diatasnya

bahan2 untuk serunding:

kisarkan - lada kering, bawang merah, bawang puteh, serai, ketumbar dan seikit jintan kasar

tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan kelapa parut, tambahkan garam dan gula secukupnya, masak sehingga kering

lempeng kelapa



lama tak makan lempeng kelapa, dulu2 masa dikg, arwah bonda kalau nak buat lempeng kelapa, kait kelapa - cari kelapa yang "kemantan", parut dan buat lempeng...fuhhhhhhh sedapnya
sekarang ni beli kelapa yg di kedai, kelapa tua, jadi rasanya kurang ummmph....tapi boleh le kalau nak lepaskan kempunan

gaul sebati:
tepung gandum
kelapa parut
air garam

panaskan kuali....lenserkan sedikit minyak, tuangkan sesenduk bancuhan tepung tadi, masak anggaran 3 minit
sedap dimakan dengan sambal tumis

asam pedas ikan keli



kisarkan:
belacan
bawang merah
bawang puteh
halia
kunyit
lada kering

daun kesum
bunga kantan
asam keping/asam jawa

panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing
masukkan air berserta asam keping / perahan air asam jawa (air jangan terlalu bnyak)
masukkan ikan
masukkan daun kesum dan bunga kantan
didihkan sehingga ikan masak

nota:
kuah asam pedas ni jangn terlalu cair

ayam goreng ketumbar




bahannya:
ayam

ketumbar - ditumbuk kasar

kisarkan:
bawang putih
halia
bawang merah
kunyit segar (nak pakai kunyit serbuk pun boleh)

bahan lain:

serbuk cili
garam secukupnya

tepung beras
sedikit tepung jagung dan tepung ubi

gaulkan rata ayam dengan bahan kisar, ketumbar yang ditumbuk kasar, cili serbuk dan juga garam
perapkan sekurang2nya 1 jam
sebelum menggoreng, gaulkan dengan tepung beras, tepung jagung dan tepung ubi

apam gula merah



bahan2 yang diperlukan
bahan A
100 gram gula pasir -
120 gram gula merah
150ml air

bahan B
250gram tepung gandum
1/2 sudu teh bikarbonat of soda

1/2 sudu teh yis - dibancuh dgn sedikit air suam

1 biji telur
100ml minyak masak


cara2 menyediakan:
blender bahan A sehingga semuanya hancur, kemudian tapis

masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan bikarbonat of soda kedalam larutan gula (bahan A).... gaul rata

masukkan telur, yis yang telah dibancuh dan juga minyak masak...gaul sebati
tuangkan kedalam acuan...kukus anggaran 15 minit atau sehingga apam masak

hidangkan dengan kelapa parut

puding roti





mudah dan senang menyediakan puding roti ni, rasanya pun sedap

bahan2 yang diperlukan :

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
200ml susu cair/susu segar
1 peket agar serbuk (10 gram)
1/2 cawan gula
2 sudu makan butter/majerin
775 ml air
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu makan serbuk koko/cokelat emulco (nak guna kan pewarna lain pun boleh)

cara2nya....
tc gunakan cara express.....tc blenderkan kesemua bahan diatas (kecuali serbuk koko) sehingga hancur

didihkan diatas api sehingga adunan kelihatan agak pekat
bahagikan adunan kepada 2 bahagian (nak bahagai 3 atau 4 bahagian pun boleh- ikut suka)
campurkan 1 bahagian dengn serbuk koko (kalau dah dibahagi4...ikut suka le nak letak warna apa)
mulakan melapis berselang seli...tuang aja adunan diatas
biarkan sejuk diluar sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk...
puding ni sedap dimakan sejuk

kisah telur palsu


sekarang ni kecoh dengan cerita telur palsu daripada china, mungkin ada diantara kita yang sebelum ni dah terkena cuma tidak menyedarinya sahaja.

apa yang tc paparkan disini adalah artikel yang tc "copy dan paste" daripada ...www.cari.com.my....sekadar berkongsi pengetahuan dengan semua orang


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya

sumber ----http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=536372&extra=page%3D1&page=1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya

sumber ----http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=536372&extra=page%3D1&page=1
.

teknik pembuatan telur palsu :

’Putih telur’ dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan kelihatan seperti cair yang kental dan sukar membezakannya dengan putih telur yang sebenarnya.


’Kuning telur’ dibuat dengan memasukkan dalam suatu bekas dengan pigmen kuning dan mengabungkan cecair-cecair tersebut ke dalam larutan kalsium klorida


Akhirnya, ‘putih telur’ dan ‘kuning telur’ dibungkus ke dalam ‘kulit telur’ yang dibuat dari kalsium karbonat.

Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada ‘kuning telur’ tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir sama dengan telur yang sebenarnya.

Followers