Thursday, September 30, 2010

keli salai gulai lemak cili padi belimbing buluh



nama masakan ni panjang betul
hahahahaha

bahan2
ikan keli salai
cili padi
bawang merah
kunyit segar
sedikit belacan
belimbing buluh - dibelah dua atau dititik
santan
garam secukupnya

penyediaannya

kisar bawang merah, cili padi, kunyit segar
didalam periuk, satukan bahan kisar, ikan keli salai, belimbing buluh serta santan
didihkan dengan api sederhana, pastikan jangan sampai pecah minyak, tambah garam secukupnya, matikan api apabila kuah sudah masak atau apabila,buah belimbing dah bertukar menjadi kekuningan

Tuesday, September 28, 2010

ayam goreng tokchik



bahan2 perap- dikisar

bawang merah
bawang putih
halia
kunyit segar
ketumbar
jintan kasar

gaulkan bahan kisar dengan ayam, tambah garam secukupnya, serta serbuk cili mengikut kesesuaian / citarasa sendiri
perapkan sekurang2nya 2 jam

panaskan minyak, menggunakan teknik mengoreng secara rendamam (ayam tenggelam sepenuhnya - nak mudah gunakan periuk untuk menggoreng)goreng ayam sehingga masak

ikan rebus



siapa pernah makan ikan kembung rebus?
dipasar ada orang menjualnya, masa tc kecil2 dulu pernah lah makan, tetapi kemudiannya disebabkan proses penyediaannya yag kurang bersih....dimana ikan direbus bersama perutnya, ketika itu (tahun 70an) keluarlah fatwa yang tidak menggalakkan orang islam memakannya
setahu tc, ikan ni sedap dimakan dengan bub ur atau nasi panas2, goreng ikan ni terlebih dahulu, perahkan asam limau, patahkan lada,
ada juga yg mengajar, ikan ni dijemur sehingga keriang kemudian baru digoreng
agak2nya ......... jika di buat gulai lemak cili padi tentu sedap kan

nasi goreng pedas tokchik



teringat nasi goreng arwah bonda yang berwarna kekuningan, rupa2nya arwah bonda mencampurkan sedikit minyak goreng ikan semasa menggoreng nasi tersebut. rahsia tersebut tc dapat tau beberapa bulan sebelum arwah meninggal, teringat cerita arwan nur illissa aka nyah (bukan mak nyah ya.....kalau di johor ngah, diperak lelaki dipanggil ngah, perempuan dipanggil nyah)

hari ini tc masak nasi goreng lebih kurang seperti menyediakan nasi goreng kampung,
tc kisar kan cili dan bawang, masukkan belacan, ikan goreng yang bersisa tc leraikan isi daripada tulangnya
panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing, masukkan isi ikan, gaul seketika, masukkan nasi, gaul rata, tambahkan garam...... dah pun siap nasi goreng tc

asam pedas ayam dengan sawi jeruk



sediakan
ayam
sawi jeruk
daun limau purut


kisar:
cili kering
halia
bawang puteh
bawang merah
lengkuas
kunyit segar
buah keras

caranya
panaskan minyak
tumis bahan2 kisar sehingga garing/pecah minyak
masukkan ayam gaul seketika
tambahkan air secukupnya, masukkan air asam jawa
didihkan sehingga ayam agak empuk, masukkan daun limau purut dan sawi jeruk
didihkan beberapa minit, tambah garam secukupnya, matikan api

ayam kampung masak lemak kerisik



bahan2nya
ayam -

cili padi
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
kunyit segar
serai - dititik
ketumbar, jintan - disangrai dan dikisar
kerisik
santan
asam keping / perahan aira asam jawa secukupnya

cara2nya
kisar cili, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit
panaskan minyak, tumis bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing, masukkan ayam gaul seketika,
masukkan santan cair,serai serta ketumbar jintan yang telah dikisar, asam keping /perahan aiar asam jawa, biarkan sehingga ayam agak empuk.
masukkan santan pekat, biarkan mendidih seketika, tambahkan kerisik, tambahkan garam dan sedikit gula,biarkan mendidih selama 2 minit, matikan api

kueh wajik



lama tak makan wajik,dulu2 kalau hari raya senang nak jumpa kueh tradisi ni,setahu tc nak menyediakannya caranya lebih kurang begini:

pulut kena dikukus -
santan, gula pasir, gula melaka dimasak sehingga likat baru dimasukkan pulut
pulut tu pula tak boleh lembik, nanti jadi nasi manis bukan wajik, sebab wajiknya pulutnya agak keras, macam pulut ditanak kurang air
so kali ni kita tengok gambar aja lah ya

kueh keria aka kueh tayar



kalau beli selalunya kurang keledek yang lebihnya tepung, kueh ni senang nak menyediakannnya.

lenyek keledek yang dah direbus, campurkan tepung gandum secukup,

bentukan menjadi seperti bentuk tayar, nak jadikan tayar kereta kancil ke viva ke, tayar bas ke tayar lori ke...... terserah

panaskan minyak, goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan

untuk proses menyira / menyalutnya :
cairkan gula secukupnya dengan menambahkan sedikit air, masak sehingga gula menjadi likat, masukan kueh yang telah digoreng tadi, gaul rata, angkat dan sejukkan

hadiah percuma punya pasal




agaknya berapa ramai diantara kita yang membeli sesuatu barangan kerana sememangnya diperlukan atau kerana tertarik dengan promosi yang dijalankan atau bersebab oleh tawaran hadiah yang disertakan

seperti yang tc alami, tc ni bukan le penggemar nascafe, sewaktu muda2 dulu, kalau minum nascafe, selalu timbul rasa tak selesa ditengkuk. sewaktu menyinggah ke jusco, terpandang pek promosi nescafe, yang menarik perhatian tc adalah set cawan dan piring yang disertakan sebagai hadiah.

tawaf beberapa kali, akhirnya tc sambar juga lah pek promosi tu, untuk nescafe gold 200gram....harga biasa (tanpa hadiah) rm 28.90 kalau tak silap, pek promosi ni dijual pada harga rm 25.90.

ada alcohol rupanya




singah di7e, tc beli sepeket gula untuk sakit tekak, apabila dah dibuka bungkusan baru menyedari ada tercatat, ianya mengandungi dichlorobenzyl acholol 1.2mg

Sunday, September 5, 2010

ayam selasih


orang cina percaya, ayam selasih ni bagus untuk ibu2 yang dalam pantang, kebiasaannya mereka buat sup, dicampur dengan herba. penyediaannya dengan cara "double boil".
dimana ayam dan herba dimasukkan kedalam bekas tembikar dan ditutp, kemudian diletakkan didalam periuk berisi air, dimasak selama beberapa jam untuk mendapatkan jusnya.
kebiasannya mereka hanya minum jusnya sahaja

assam laksa style tokchik

bahan2nya

ASSAM LAKSA - resepi asal noormasri - www.cari.com.my

500 g laksa } direbus/celur hingga lembut
800 g ikan parang/kembung/selayang
2 1/2 pt (1500 ml) air
1/2 cawan asam jawa *
ASAM KEPING
1 pt (600 ml) air *
sedikit gula
garam secukup rasa
potongan nenas
bunga kantan
Daun kesum
petis udang jika suka

Bahan kisar:

1 btg serai
1 inci lengkuas
10 ulas bawang merah
8 tangkai cili kering
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1 inci belacan
nenas

Ulaman/hiasan:

1/4 biji nenas (dipotong kecil)
1/2 btg timun (dipotong halus)
4 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dimayang)
beberapa tangkai daun pudina


Cara membuat:

Masukkan air & ikan ke dlm periuk. Bila mendidih, perlahankan api biarkan mereneh selama 10 minit. Tutup api, keluarkan ikan dan simpan air rebusan ikan tadi.
Asingkan tulang/kepala dgn isi ikan dan hancurkan isi ikan tersebut (tak perlu blend cukup sekadar hancurkan kasar2 dgn garpu/tangan)

Masukkan ke dalam periuk air rebusan ikan, bahan kisar, air asam jawa,asam keping, bunga kantan, daun kesum, kepingan nenas, petis (jika suka) dan garam secukup rasa, biarkan sehingga mendidih. Masukkan isi ikan dan renehkan selama 30 min.(lebih lama lebih bagus)


Utk menghidangkan letakkan laksa di dlm mangkuk diikuti dgn bahan hiasan/ulaman dan tuangkan kuah diatasnya.
Hidang panas-panas.

tart nenas

terima kasih kepada cikgu din yang sudi berkongsi resepi ni dengan tc
sememangnya sedap

bahan2nya
250 gram butter
2 biji kuning telur
50 gram susu tepung/2 sudu makan susu pekat
esen vanilla

600 gram tepung berserbuk penaik

cara2nya :
putar butter,kkuning telur, susu serta esen vanilla sehingga kembang

masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh,

canai doh setebal 1/2", terap dengan acuan tart, letakkan inti,
bakar selama 20 minit, suhu 175darjah

inilah hasilnya

jem nenas



untuk kuih tart, tc suka menyediakan sendiri jemnya
kebiasannya tc blend aja nenasnya, tak larat nak memarutnya

sukatan tc untuk penyediaan jem nenas adalah
2 bahagian nenas
1 bahagian gula - (1/2 bahagian gula pasir, 1/2 bahagian gula perang)
sedikit pewarna kuning
2 sudu perahan limau nipis
i sudu besar butter/majerin

jika suka, boleh tambahkan :
bunga cengkih

satukan kesemua bahan didalam kuali, gaul rata, masak sehingga likat
sejukkan dan boleh digunakan

serawa durian / kuah durian



bahan2nya
isi durian
santan
gula melaka
gula pasir
daun pandan

pulut

cara2nya:
satukan santan, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan secubit garam didalam periuk
didihkan dengan api sederhana, sehingga gula mencair dan sebati dengan isi durian
matikan api

sambal daging berpetai


bahan2nya

daging - dipotong, dibersihkan dan direbus sehinnga empuk
petai - dibelah dua
bawang besar dihiris kasar
sedikit pati santan
air asam jawa

bahan kisar :
lada kering
bawang merah
bawang putih
belacan

caranya:
panaskan minyak
tumiskan bahan kisar sehingga garing,
masukkan daging, goreng dengan sambal seketika
masukkan petai
tambahkan pati santan dan perahan air asam jawa
tambahkan bawang hiris
tambah garam dan gula secukupnya
apabila bawang hiris kelihatan layu, matikan api

pucuk meranti masak lemak bersama labu


bahan2nya
pucuk meranti - dibersihkan
labu - dipotong ikut suka
bawang merah - dimayang
ikan bilis / udang kering - dibersihkan, dihancurkan kasar
sedikit belacan
garam secukupnya
santan

satukan santan, labu, ikan bilis/udang kering, bawang hiris dan belacan didalam periuk.
didihkan dengan api sederhana, pastikan jangan pecah minyak
bila labu sudah lembut, masukkan pucuk meranti, gaul seketika, tambahkan garam
secukupnya. matikan api

Followers