Friday, March 26, 2010

pokok kunyit ku

setelah sekian lama menanti, akhirnya tumbuh juga pokok kunyit tokchik, tokchik mula menyemai benihnya pada pertengahan bulan januari, lama betul kunyit ni ambik masa untuk tumbuh


sotong kering sambal kacang

tokchik masak sotong kering sambal kacang ini khas untuk makbuyung-- ayang, kesian orang mengandung ........ tetapi tak tau le ngam ke tidak dengan selera dia, semasa zaman tokchik masih bersekolah, selalu juga tokchik melihat kakak tokchik menyediakan ramuan/perencah untuk memasak stong kering ni, sebab kakak tokchik berniaga......... masa tu kami panggil sambal sotong kuah kacang ni sebagai sate sotong sebab selepas dimasak, sotong tersebut akan dicucukkan dengan lidi kelapa sawit sebelum dijual, masa tu secucuk 0.15sen / 0.20sen sahaja dah lama sangat, lupa dah tokchik, tetapi masa tu, kakak hanya menggunakan bahagian janggut sotong tu aja.

bahan2nya mudah sahaja
bahan A
kacag tanah - digoreng dan dikisar

bahan B
lada kering
halia
kunyit segar
bawang putih
bawang merah

bahan C
air asam jawa
garam dan juga gula sebagai perasa

cara2nya

kisar bahan B sehingga lumat, panaskan minyak, tumis sehingga garing, masukkan kacang tanah yang telah dkisar, gaul rata biarkan seketika, masukkan air asam jawa, tambah air sekiranya kering sangat

biarkan kuahnya mendidih, masukkan sotong kering yang telah dicelur, masak sehingga kuah menjadi pekat, masukkan garam dan gula mengikut citarasa.

ini lah hasilnya

Wednesday, March 24, 2010

bahulu kukus

semasa ahli keluarga datng bertandang kelmarin, sepapan tokchik beli telur, kesudahannya tak habis dimasak, masih banyak bersisa, menbelek tarikh luputny......

"alamak....... tinggal seminggu lagi, telur masih banyak lagi, apa aku nak buat dengan telur2 ni, takkan nak buat berlangir pula"

jeng---jeng--------jeggggggggggg.......... idea sudah mari, buat aja bahulu..... cuma ada sedikit ubah suai dan di kukus bukan dibakar

1 cawan telur - asing kan kuning dan putihnya
(tokchik guna mug, boleh isi 10 biji telur)

1 cawan tepung
1 cawan gula - kurangkan sedikit..... jika nak mudah, kisar dahulu
1 sudu teh daouble action baking powder
2 sudu teh ovelet
pewarna ikut suka

asingkan kuning dan putih - pukul kuning telur sehingga kembang - ketepikan


campurkan gula yang telah dikisar kedalam putih telur, pukul sampai kembang.. kalau ada bekas tembaga lagi bagus sebab putih telur akan bertindakbalas dengan bekas tembaga dan cepat kembang. tujuan gula dikisar terlebih dahulu adalah bertujuan memudahkan proses - tak perlu nak "pukul" putih telur lama2 sebab gula dah sebati.



campurkan putih telur dan kuning telur yang dipukul secara berasingan tadi, gaul sebati, masukkan baking powder dan juga ovelet, masukkan tepung sedikit semi sedikit, gaul rata. bahagikan kepada 2 bahagian, warnakan 1 bahagian dan 1 bahagin lagi dibiarkan kosong, tuang selapis demi selapis berselang seli warnanya, hasilnya akan jadi macam dalamgambar dibawah ni

kukus selama 45 minit, api kukusan hendaklah kuat, ini le hasilnya, gebu macam tokchik...akan dengan teh o kosong sedap


Sunday, March 21, 2010

berkelah di air terjun sungai gabai (kajang)

sambil dok sarapan pagi tu masa dirumah angah, kami bincang2 le aktiviti untuk hari tu..........semua dah setuju.pakat2 nak berkelah di air terjun sungai gabai kajang.
cuba tengok....seriusnya masing2 dalam mencari kesepakatan, kemana nak dituju

ojie, along dan angah dah senyum bila "kepala" dah setuju nak pergi berendam

sincan dan adiknya dah melompat kegirangan "air terjun, air terjun"

dah kemas semua barang yang nak dibawa, perjalanan pun bermula. along, angah, asri dan am, naik sau kereta, tokchik, herman, ojie dan sincan satu kereta, kreta yang dipandu asri bergerak dahulu, kami menyusul dibelakang.baru bergerak 300 mtr tokchik perasan tayar belakang kereta asri yang sebelah kiri agak kempis, jenuh beri isyarat suruh asri berhenti...baru dia menyedari..kami berhenti ditepi jalan untuk menukar tayar.



along bibi ingat boleh main cabut macam tu aja agaknya.hehehe

jom.......kita tengok pakar yang buat







ini le punca tayar tu pancit....sebatang paku terbenam


muka sedih "sigadis litar"......terbang lagi duit aku............


meneruskan perjalanan setelah selesai proses menukar tayar. sampai juga kami ketempat yang dituju


ramai orang pada ketika kami sampai....





layan kan budak2 2 orang tu mandi, sekitar jam 3 kami balik.....

kuih talam tepung pulut

jangan pelik kalau ada beberapa post semuanya kisah makanan........saja nak kongsi2 dengan sesiapa sahaja yang menjenguk blog tokchik ni

ini juga merupakan kueh yang arwah emak selalu buat,

santan
tepung pulut
sedikit tepung beras
gula merah
gula pasir

kaau arwah mak buat.....gula merah dan gula pasir tu dimasak terlebih dahulu, tokchik pula...........kisar aja, cepat dan jimat masa, kalai dimasak nak kena tunggu sejuk baru boleh dicampur dengan tepung

sedikit santan dicampurkan kedalam air gula, masukkan tepung pulut dan sedikit tepung beras, kisar sebati. kukus sehingga lapisan bawah masak

untuk lapisan atas (arwah mak panggil "kepala kueh"), campurkan tepung beras dan tepung jagung serta secubit garam - cair aja bancuhannnya.apabila lapisan bawah dah masak tuang kan lapisan atas, kukus sehingga masak

dah siap masak dah kuehnya

ini le rupanya kueh tu.......sedappppppppppppppp

bila makan kueh ni..tetiba rsa rindu yang amat angt kat arwah mak........... tapi kena kontrol, nanti anak2 sedara pelik pula......ngapa pula pakcik aku nangis

rempeyek





petang sabtu lepas hujan lebat, nak tidur mat tak nak lelap ... kesudahannya ........ jom kita buat rempeyek, check didapur....semua bahan2 ada.

1/2 kelapa diambil santan anggaran 750ml
1 peket tepung beras
3 sudu tepung pulut
3 sudu tepung jagung
2 sudu ketumbar
1 sudu jintan kasar
1 sudu jintan halus
1 biji telur
udang kering
garam secukup rasa
secubit kapur sirih
kacang tanah

blend kan kesemuanya hingga sebati,panaskan kuali, cara tokchik mudah aja........bila kuali minyak dah panas, kita siramkan tepi kuali tu dengan minyk panas sebelum proses mengoreng bermula

dalam bekas kecil ambil sedikit adunan, campurkan dengan kacang tanah

simbah2kan aja adunan tu ditepi2 kuali, bila nampak tepun mengering, simbahkan minyak panas diatas tepung tu supaya lekang, goreng sehingga garing

asam rebus daun kesum ikan sungai

arwah emak tokchik sememangnya suka memancing, salah satu masakan ikan sungai arwah emak yang mejadi kegemaran kami adik beradik adalah asam rebus daum kesum....... mudah dan simple.....

orang dulu2 kalau memasak...rencah2nya samada digiling atau ditumbuk, zaman berubah, lesung batu dah dok penjuru dinding sampai bersawang, kita blend aja........

bahan asas masakan ni cukup mudah, cili padi atau cili merah, bawang, belacan, juga kunyit segar dikisar halus, daum kesum dan asam keping
petua arwah emak, kalau nak mengulai ikan, letakkan ikan dan bahan sampingan kedalam periuk sebelum dimasukkan kuah,

masukkan bahan yang telah dikisar halus, dapat ditambah tempoyak dan belimbing buluh .........fuhhhhhh ....terangkat beb

siap untuk disajikan

Followers