Monday, November 21, 2011

tapai ubi goreng



tapai ubi ni selain dimakan begitu sahaja juga sedap bila digoreng.
kalau tak percaya cuba le.....
tepung untuk menyadur sama seperti yang digunakan untuk menggoreng pisang,sedap dimakan bersama kopi o panas

onde-onde / buah melaka



buah melaka atau onde-onde kebiasaanya berwarna hijau dan perisa pandan tetapi kali ni tc lari daripada kebiasaan tersebut. tc tambahkan oren emulco semasa mengadun.

nota:
untuk 250gram tepung pulut, tc tambahkan 1 sudu besar tepung gandum

apam beras lagi



buat apam beras lagi
kali ni tc tambahkan perisa oren dan keladi....
setelah dibancuh dan diperap adunan semalaman, sebelum mengukus tc campurkan 1/2 sudu teh eno kedalam 1-1/2 cawan bancuhan tepung baru dikukus selama 10 minit

Sunday, November 13, 2011

asam pedas ikan kembung



maska asam pedas lagi
cuma kali ni selain daripada daun kesum tc ada tambahkan beberapa helai daun limau purut

sup tulang



bahan2nya
1 kg tulang lembu

2 sudu makan ketumbar - digoreng....angkat dan diketepikan
rempah penumis
bawang goreng
daun sup
garam secukupnya

kisarkan:
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang puteh
1-1/2" halia

panaskan minyak
tumiskan rempah penumis
masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing
tuangkan kedalam periuk tekanan ("PRESSURE COOKER")
masukkan tulang yang telah dibersihkan, air secukupnya
masukkan ketumbar yang telah digoreng tadi

kunci rapat penutup periuk tekakanan,letakkan didapur, apabila terdengar bunyi berdesir kecilkan sedikit api dan biarkan ianya mendidih selama 20 minit...
kemudian bolehlah dimatikan api.
sebelum menghidang, tambahkan garam secukupnya
taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng

tapai ubi


kalau tapai beras (nasi), tapai pulut sememangnya tak menjadi masalah kepada tc untuk menyediakannya...sebab dah banyak kali buat dan ianya menjadi.beberapa hari lepas sewaktu menyinggah kekedai terpandang tc longgokan ubi kayu yang masih segar, beli lah 3 ketul...dalam hati berkata, " aku nak cuba buat tapai ubi"yang menjadi sedikit kekalutan difikiran adalah "ubi ni nak kena rebus setakat mana, adakah perlu betul2 empuk atau sekadar 3/4 masak"seorang saudara tc merupakan antara penjual tapai ubi yang terkenal dipasar2 malam sekitar johor bahru. Berpandukan ingatan sewaktu melihat beliau memproses ubi kayu sehingga menjadi tapai, tc nekad mencuba sebab kalau tak dicuba sampai bila pun kita tak tau.siap membersihkan ubi, tc merebusnya, setelah ubi benar2 sejuk maka proses meragi pun bermula, siap meragi, ubi2 berkenaan tc masukkan kedalam bekas plastik untuk proses penapaian yang mengambil masa antara 2 - 3 malam sebelum tapai itu betul menjadi disebabkan tc meraginya pada sebelah malam (khamis malam) maka tc jangkakan ubi tu akan "masak pasa sbtu petang. Alhamdulillah.... terbang kerisauan didada...tapai tc menjadi.

Monday, November 7, 2011

lemang segera



bahan yang diperlukan
daun pisang - dicelur dalam air panas/dilayur
aluminium foil

700 gram pulut - direndam 4 jam
600 ml santan (tc beli 300ml santan pekat dan campur dgn 300ml air)
garam secukupnya sedikit gula (gaulkan kepada santan dan rasa kemasinannya)

campurkan santan dan pulut, kukus sekitar 30 minit/ sehingga pulut masak

bentangkan daun pisang, letakkan pulut diatasnya dan bentukkan seperti silinder
padatkan pulut dan bungkus sepenuhnya dengan daun pisang, ikat kedua hujung daun pisang
bungkuskan dengan aluminium foil
masukn kedalam oven dan masak selama 45 minit dengan api 180celcius
jikalau hendak pulut sedikit garing dibahagian tepinya, buangkan aluminium foil dan panggang lagi selama 10 minit diddalam oven

tapai aiskrim



tapai pulut yang digunakan hendaklah disejukkan terlebih dahulu
isikan 1/3 gelas dengan tapai
kemudian sendukan aiskrim vanilla dan letakkan diatas tapai pulut
sedia untuk dinikmati

Wednesday, November 2, 2011

asam pedas ikan kembung



4 ekor ikan kembung- dibersihkan dan dipotong 2

10 biji kacang bendir
daun kesum
4 helai daun limau purut (pilihan)
4 keping asam gelugur

kisar halus:
20 tangkai lada kering
1 biji bawang besar / 10 ulas bawang merah kecil
6 ulas bawang puteh
1-1/2" halia
1-1/2" kunyit segar
1/2" belacan

panaskan minyak
tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minya (apabila mninyak dah bahan kisar terpisah)
masukkan anggaran 700 ml air
masukkn ikan
masukkan bendir, asam keping, daun limau purut dan daun kesum
didihkan sehingga ikan masak dan kuah agak pekat
tambah garam secukupnya

talam delima




terpandang di blog yatimemories/yatie cooking, berkenan sangat dengan warna merah puteh tu, yang pasti sememangnya sedap
tc buat 1/2 adunan aja dan menggunakan loyang 6" x 6"
yatie..... tc minta izin copy dan paste kan resepi yang ada diblog kamu kat sini, juga terima kasih pada along raz dan cheff asma untuk kueh yang sedap ni

LAPISAN BAWAH:(loyang 10x10x2")
• 500 gm Beras Pulut
• 300 ml Santan Pekat
• 300 ml Air
• 2 sudu kecil Garam
• 20 gm Sagu kecil- rendam dgn air & pewarna merah/pink dan toskan
CARA2:
1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
2. Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dgn santan, air & garam.
3. Masukkan dlm loyang yg telah di lapik plastik.
4. Kukus selama 30 minit.(Kukus dngn loyang yg berlainan tidak berlubang)
5. Apabila pulut masak,gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan pulut di dlm loyang dan sapu sedikit batter/ adunan tepung.
LAPISAN ATAS:
• 250 gm gula kastor/halus
• 100 gm tepung kastard
• 400 ml santan pekat
• 400 ml Air
• 4 biji telur
• 1/2 sudu kecil garam
• Beberapa titik Esen Vanilla
• Pewarna Kuning
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn sehingga sebati (ikut turutan di atas) dan tapiskan.
2. Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
3. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
4. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.

kepak ayam goreng lada hitam




8 keping kepak ayam - dibersihkan, kemudian dilap dengan tuala dapur

1 biji telur- dipukul dengan garfu

bahan salut (dicampurkan dan digaul rata)

1 bahagian tepung gandum
1 bahagian tepung beras
1 bahagian tepug jagung
1 bahagian tepung ubi
1/2 bahagian serbuk kari
1/3 bahagian garam halus
1/4 bahagian serbuk lada hitam

celupkan ayam kedalam telur
kemudian golekkan kedalam campuran terpung sehingg tepung menyaluti keseluruhan ayam
goreng sehingga garing (goreng secara terendam)

Followers