Saturday, February 23, 2013

penebusan mata ganjaran kad kredit

tc dimaklumkan oleh pihak bank bahawa mata ganjaran kad kredit yang dikumpul pada / sebelum tahun 2010 akan luput selepas march 2013.
kebetulan katelog tahunan untuk mata ganjaran baru sahaja dihantar...belek punya belek tc berkenan lak dengan Console oven PRO-910 (jenama pensonic)



isi borang untuk penebusan, fax kan kepada pihak bank, hari ke 4, tc dah pun terima barang nya yang dihantar ketempat kerja.

alhamdulillah....gumbiranya hati dapat ini barang ....hehehehehe


boss kata... lepas ni saya boleh makan ayam panggang lah ya
heheheheheeh

 

Thursday, February 21, 2013

kek cokelat kukus lembab

moist chocolate cake / kek cokelat kukus lembab
sumber resepi k.nor@secubitgaram

dah lama simpan resepi ni, baru kelmarin mencubanya.  memang terbaik rasa dan teksturnya tambahan pula selepas 24 jam dan disejukkan.


bahan2nya:
250gram butter
1-1/2 cawan gula (tc kisarkan dulu gula)
(resepi asal...1 cawan gula castor, 1 cawan gula perang)

4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu segar suam
1-1/4 cawan tepung berserbuk penaik
1/2 cawan serbuk koko (resepi asal 3/4 cawan.)

caranya:
panaskan kukusan.
griskan loyang
ayak tepung dan serbuk koko
putar butter dan gula sehingga kembang
masukkan esen vanilla.......putar lagi
masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang/gebu
masukan tepung berselang seli dengan susu suam,  kaup balik sehingga sebati
 tuang kedalam loyang dan kukus sehingga masak (45 -60 minit)
sejukkan kek sebelum dituang topping

tc masukkn dalam bekas plastik dan kukus selama 20 minit 
masa mengukus bergantung kepada saiz bekas yang digunakan


untuk ganache
150gram cokelat masakn- diracik halus
1 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan susu segar / air panas
1 sudu besar butter

campurkan kesemua bahan diatas kecuali butter
menggunakan teknik double boil.....panaskan sehingga cokelat mencair sepenuhnya
masukkan butter dan gaul sebati
tuangkan diatas kek yang telah sejuk

Thursday, February 14, 2013

hamnpeh punya orang -

sebelum ni hnya membaca rungutan rakan blogger yang lain tentang hasil kerja mereka yang diciplak.  kali ni terkena diri sendiri..pemilik akaun facebook resepi bonda telak mengguna pakai gambar daripada blog tokchik...kemudian postkan diwall facebook beliau...

gambar masakan tokchik...masak lemak pucuk meranti dengan keledek yang dipostkan pada tarik 05-09-2010 (masa tu tc tak letaka watermark lagi kat gambar2 diblog tc)

menggunakan gambar yang serupam admin resepi bonda letakkan resepi pucuk manis masak lemak dengan labu..
sebelum ni tc pernh menghubungi admin resepi bonda kerana beliau menciplak gambar dan resepi daripada blog mat gebu...dapur tanpa sempadan...sbb dalam resepi tu ada yang beliau terlupa nak buat nama "mat"
kebetulan tc dah pernah melihat posting berkenaan diblok cik mat gebu


tc dah menghubungi admin resepi bonda minta dikeluarkan gambar berkenaan, nampak gayanya tiada respond daripada beliau.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=485192114872055&set=a.276767502381185.69421.276050199119582&type=1&theater&notif_t=photo_reply


Followers