Saturday, March 24, 2012

pemanggang ajaib - menang glassware





kakak tc bercerita pasal pemanggang ni, katanya bagus sebab mudah digunakan.
bila tc pergi tengok dilaman web menang glassware, tc menyedari pemanggang yang sama dipromosikan juga oleh home idea dgn harga rm 250, ada kawan sekerja yang menjadi agen cosway menjualnya dibawah jenama cosway pada harga kalau tak silap rm 200
tc ke stockist menag glassware yang terdekat, tc difahamkan harganya rm 129.00 seunit. disebabkan kakak tc merupakan ahli dimenang glassware maka tc gunakan akaunnya dan diberikan diskaun 30%
balik kerumah tc cuba le memanggang ayam, cuma letakkan ayam yangd ah diperap, langsung letakkan didapur...tc panggang 15 minit setiap bahagian, hasilnya memang berbaloi
cuba2 le membelinya....ayamnya lembut dan yang penting masak keseluruhan

10 comments:

Mas Odjie said...

bagus...... salam silaturahim,
http://www.masodjie.com/2012/03/10-kalimat-motivasi.html

tok_chik said...

wa'alaikummussalam wrbt

ijan said...

Salam singgah TC,
pertama kali saya dengar nama pemanggang ajaib ni. Mudah lah nak membakar, asap pun tak ada.
Ijan

tok_chik said...

wksalam ijan
sememangnya mudah
bukan nak buat promosi untuk menag glasware cuma nak kongsi bnda yang baik dengan orang lain

apa yg tc seronok...ayam/ikan yang dipanngang akan masak keseluruhan hingga kedalam dan masa memasak lebih cepat...
dan tak ada asap....tak pedihkan mata
hehehehe

MyEiLa said...

salam akak kalau nak no ahli akak utk beli pemanggang ni leh tak.. hehe

tok_chik said...

yng ada keahlian di menang tu adalah kakak tokchik...bukan tokchik

maira ayumaira said...

pinjam no ahli leh...hehehe?

putrajayabiz said...

salam..saya ada jual pemanggang ajaib ni..cod putrajaya.012 2824447.tq

Anonymous said...

awasi penggunaan pemanggang ajaib ni. memang bahan utama untuk buat alat ni ialah dari bahan aluminium, tapi lapisan teflon (lapisan cat hitam) dalam pemanggang itu amat berbahaya. Pengguna akan mudah termakan teflon yang akan tanggal dari lapisan dalam pemanggang itu dan masuk ke usus kita. Begitu juga, terdapat satu lapisan bahan getah sintetik iaitu getah sintetik melapisi bahagaian tepi pemanggang ini. bahan ini semuanya adalah carccinogen, iaitu boleh merubah genetik DNA manusia dan boleh menyebabkan kanser. Jika teflon dibakar, ia boleh menyebabkan gejala sesak nafas, demam, batuk2 berterusan, penurunan bilangan sel darah putih, sakit sendi etc.
Lihat MSDS (material safety data sheet) tentang bahan Teflon ni dari DuPont USA. http://www.mikeholt.com/documents/mojofiles/DuPontTeflonFEP2003MSDS.pdf

Anonymous said...

Betul la tu..tapi pengeluar dah buat kajian mengenai kualiti material yg digunakan mencapai piawaian antarabangsa..lainla produk China yg selalu cancai dan melanggar standard antarabangsa dan membahayakan

Followers