Sunday, March 18, 2012

rendang ayam cili merah



ubah suai daripada rendang pedas perak, ini sebenarnya kes tak cukup bahan. bersebab penyakit malas nak kekedai semula tc gunakan aja apa yang ada kat rumah, hasilnya tak menghampakan (ini le akibat jika tak buat check list sblm berbelanja)

1 kilo ayam (tc beli bahagian dada aja) - potong dan bersihkan

i biji kelapa (perah dan ambil santan secukupnya)
3 helai daun kunyit dimayang)
air asam jawa / asam keping secukupnya
kisarkan :
6 batang cili merah segar
3 labu bawang besar
6 ulas bawang puteh
1.1/2" halia
2 biji buah keras
1.1/2" kunyit segar / 1 sudu teh serbuk kunyit
3 batang serai

panaskan minyak
tumis bahan kisar sehingga garing
masukkan ayam dan digoreng dengan rempah
masukkan santan
tambahkan garam dan gula secukupnya
bila kuah agak pekat, masukkan daun kunyit, gaul seketika dan matikan api

2 comments:

NOOR FADZILA HJ WAN TEH said...

tk tok cik saya suka rendang ..tak kesha ayam atau daging .. tk vulli alaeco

tok_chik said...

ada macam2 resepi renddang kan noor
tinggal dipilih mana satu yg sesuai dengan selera
cuma mungkin kesedapan rendang terletak pada kesabaran kita semasas menyediakannya, sebab ambil masa yg pnjang dengan api yg sederhana

Followers