Saturday, February 26, 2011

karipap


tc teringin nak makan karipap, nak buat ikut citaras sendiri

inti pertama, keledek

bahan2
keledek dipotong dadu

kisarkan udang kering, bawang merah, bawang puteh
pijarkan minyak, tumis bahan kisar, masukkan daun kari, tumis sehingga garing
masukkan serbuk kari, gaul rata, masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sehingga pecah minyak
masukkan keledek, masak sehingga keledek empuk dan kuahnya memekat
taburkan hirisan daun sup , matikan api...sejukkan

inti kentang dan daging lada hitam


kentang dipotong dadu (kemudian tc panaskan didalam microwave selama 4 minit, kentang jadi lembut)
potong dadu bawang jepun (bawang yang kuning tu)
daging dipotong kecil
sepeket rempah daging lada hitam jenama meggi

panaskan minyak, tumiskan bawanag jepun sehingga layu
masukkan keledek goreng seketika
masukkan sedikit air, kemudian tuangkan rempah daging lada hitam tu, gaul rata
masukkan sedikit gula
biarkan air mengering
angkat dan sejukkan


untuk doh karipap

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air garam
1 sudu majerin/ shortening
1 sudu minyak masak

ramas tepung dengan majerin/minyak masak sehingga menjadi seperti serbuk roti
tuangkan air, gaul rata dan uli doh
kemudian bungkus doh dengan plastik bag selama 30 minit, baru lah dicanai dan dibentuk

tc kelim sendiri kulit karipap, selebihnya tc gunakan acuan...lebih cepat
hehehehe....


dah siap pun

kueh lapis



bahan2nya

1-3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
3-1/2 cawan santan daripada sebiji kelapa
secubit garam
pewarna merah (nak letak warna lain pun boleh)

cara2nya

satukan, gula , santan, tepung dan secubit garam kedalam blender,
kisar sehingga semuanya sebati
bahagikan adunan kepada dua bahagian
warna kan ikut suka
kukus selapis demi selapis sehingga habis

nota:
sapukan minya kedasar loyang, kemudian letakkn plastik
baru dituang bancuhan tepung
dengan cara begini tepung tak melekat kedasr loyang
selamat mencuba

Sunday, February 20, 2011

sirap bandung cincau tokchik



bahan2 diperlukan

150 ml sirap ros (tambah gula jika tak cukup manis)
1 tin susu sejat (tc gunakan susu segar)
i tin air cream soda
secubit garam

ketula ais secukupnya

bancuh sirap dan susu sejatserta secubit garam sehingga rata
kemudian tuangkan air cream soda, jika menggunakan susu sejat teruskan membancuh campuran tersebut bagi mengelakkan susu "terapung"

nota
kelebihan menggunakan susu segar, ianya tak "berkepala" apabila air krim soda dicampurkan

boleh ditambahkn potongan cincau dan biji selasih

mee bandung tokchik



bahan2 diperlukan
mee kuning
sayur sawi
telur
air rebusan daging / tulang
hirisan daging
sotong/sotong kering/sotong kembang***** pilihan
udang segar***** pilihan

kacang tanah yang disangai dan dikisar

bahan kisar
cili kering
bawang merah
bawang putih
udang kering

tumiskan bahan kisar sehingga garing / pecah minyak
masukkan air rebusan daging,
masukkan kacang tanah yang dah dikisar
masukkan daging yang dihiris nipis
didihkan kuahnya
masukkan udang dan sotong
pecahkan telur kedalam kuah (sebiji telur untuk sepingan)
masukkan tomato yang dibelah 4
rasa garam gulanya - kuah mee bandung ni sedikit manis
tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya

celur mee kuning dan juga sawi

untuk menghidang
letakkan mee kuning dan sawi kedalam pinggan, sendukkan kuah, taburkan bawang goreng dan letak limau kasturi

Monday, February 14, 2011

bekam darah


tc mencuba cara pengubatan bekam darah ni sebagai alternatif.
penyedia perkhidmatan bekam darah ni mengenakan bayaran sebanyak rm 5 untuk satu cawan bekam, kebiasaannnya memerlukan 10 cawan bekam tetapi kalau badan besar mcm tc ni mungkin lebih, semasa sessi rawatan tu, tc menggunakan 15 cawan bekam.
sebelum sessi rawatan bermula, dalam minda tc bermain persoalan, sakit ke apabila kulit ditusuk dengan jarum, lepas berbekam tu adakah tc akan mengalami pening2 atau rasa seakan-akan hendak pitam......
apa pun tc teruskan juga hajat nak mencuba


peralatan yang digunakan




sessi rawatan bermula, bahagian belakang tc dibersihkan, kemudian prosess berbekam peringkat pertama bermula....dibekam untuk mengeluarkan angin...kira2 10 minit

perhatikan wap yang terbentuk semasa proses peringkat pertama bekam dilakukan...wap yang terhasil apabila angin dalam badan disedut keluar



selepas 10 minit, cawan bekam ditanggalkan, kulit dibersihkan, peringkat kedua bermula, kulit akan ditusuk dengan jarum, tc mengira juga.....sekitar 30-37 tusukan disetiap tempat yang dibekam. jangan risau, tak sakit sebenarnya, mungkin sebab kulit tc yg tebal....hahahahaha





jelas terlihat darah yang dibekam keluar dan juga wap yang terbentuk (sebab terdapat banyak angin dalam badan)





bekas2 bekam dibadan yang akan kekal sekitar seminggu, tetapi memang rasa sedap badan selepas dibekam

Followers