Friday, March 27, 2009

klang ....banjir lah pulak





hujan lebat tak sampai sejam menyebabkan beberapa tempat diklang ni dilanda banjir kilat, yang ketara di Esso batu 1 jalan kapar menghala ke arah TNB jalan kapar (brhampiran dengan MBSB), puncanya mudah aja.....sistem perparitan yang tak berfungsi, tak dapat menampung limpahan air yang banyak, limpahan air yang datang secara mendadak


pegawai polis trafik yang bertugas tak mengira hujan atau panas bagi memastikan keselesaan pengguna jalanraya, itu pun ramai daripada kita tak menghargai bakti sumbangan mereka..




Tuesday, March 24, 2009

masa untuk berpisah

dah siap makan, perut pun dah kenyang, masing-masing pun sibuklah berkemas, pertama kena lah kemaskan pinggang mangkuk serta peralatan memasak yang telah digunakan, tokchik puji le budak-budak ni memang rajin, bergotong royong mereka membersihkan apa yang patut, terima kasih kak oji, kak ana (pak sedara manggil anak sedara akak...kwang...kwang..kwang...)juga ain, fekah, susi dan nadia. dulu masa kecik-kecik depa semua ni tau makan aja, sekrang ni semuanya rajin kedapur, pandai memasak, ain dan kak oji dah ada yang punya, fekah kecik lagi, kak ana tu nak belajar.......... susi dan nadia tu kalau sapa berkenan leh le masuk tender, jumpa tokchik isi borang, nanti tokchik usul kan kepada orang tua mereka......15% service charge sekiranya berjaya (service charge berdasarkan jumlah wang hantaran....heh....hehehe)

" jom........kita beredar balik" kak ayie / mak ayie pangilan mesra anak2 sedara kepada beliau bersuara, sessi salam meyalam bermula, sessi angkut mengangkut barang berterusan, berdedai (bahasa daerah labis ni, maksudnya beratur) semua meninggalkan rumah tokchik....terkebil-kebil tokchik dibuatnya........almaklumlah tetiba rumah dah sunyi dari hiruk pikuk....macam kena langar garuda...


dari kiri....apple (kecik2 masa lahir bulat sangat tu yg di panggil epal, becoknya mulut, atira, anak dara tunggal adik, danial yang kontrol handsome selalu)



sumbat jangan tak sumbat, sampai kan sampah yang tokchik bawa pun herman nak sumbat kan masuk.....semua orang pakat gelak....


aikkkkkkkkkk.....ada lagi ke yang tertinggal


serius sangat budak berdua ni, nadia siap cekak pingang lagi, tengah makan ketupat ke? ntah2 nadia cakap kat ain " kau tengok ain, pinggang aku ni...ramping aja, kau tiru le macam aku" hahahahahaha


" kau jangan le nangis ani, nanti kak ayie nangis juga, kita kontrol jelita, orang tengah nak ambik gambar kita tu"
" ya lah kak ayie, orang kemam-kemam bibir nie, nak tahan jangan nangis"


ni kira gambar kenangan sebelum semua bersurai...

makan time

malam tu semasa landing sambil melayan mata sebelom terlelap, tokchik, ain, nadia, susi dok le mengomel kisah2 lama, kisah masa mereka kecil2
"esok kita nak masak apa untuk makan tengahri pakcik" ain bersuara.
" ya lah tokchik, buat pecal sedap juga" susi menyampuk.
"pakcik, nadia nak makan paceri nenas le" jelas terdebgar suara nadia

apa lagi, tokchik capai pen dan kertas, "jom kita plan nak masak apa esok"
macam2 menu yang keluar, setelah mencapai kata sepakat, persetujuan diambil, menunya adalah, ayam goreng berempah, paceri nenas, ikan masin goreng, urap pucuk ubi + tauge+ kacang pnjang (ada setengah tempat pangil kerabu, tapi urap ni ada campuran kelapa parut) ada tempe goreng, sambal belacan..........kena lak dengan nasi panas........makan beramai, makan berebut2 orang kata.......memang seronok


makan le jangan malu-malu

>



semua yang dihidangkang tengahari tu "bersih". . . tokchik suka tengok cara atira makan, dia tak toleh kiri kanan, tumpuan dia hanya pada nasi dan lauk yang ada didalam pinggan dedepan mata, tak bercakap, siap makan dia bangun dan bawa pingan ke sinki

masa untuk makan

dah selesai dengan majlis ringkas untuk nadia tiba lah masa untuk makan, dah kelaparan semuanya, almaklumlah dah hampir jam 11 ketika tu, malam tu tokchik masak sayur labu muda masak bening (kalau kat kg tokchik mereka kata masak air, letak kan daun kunyit....ini le masakan arwah bonda yang tokchik suka, bergenag air mata bila teringat), ikan kembung goerng tepung, ada juga sayur campur style tokchik (kacang panjang + tauhu + tempe + hati dan pedal ayam + soon)

makan time...........


yang baju oren tu susi....cucu tokchik yang paling tua, solo lagi tu



mereka semua ni tengah seronok meratah udang galah yang dibawa oleh herman, yang di goreng menggunakan resepi rahsia kak ojie, orang rumah herman yang tak banyak ckap tu.....


tersandar kekenyangan, yang sebelah kiri tu adik ipar tokchik, sebelah kanan tu pulak abang ipar tokchik..........dah tersandar macam tu pekena kopi o panas........fuh terangkat

selamat ulang tahun nadia

tanggal 21hb mac 2009, adik sekeluarga daripada johor bahru ada datang bertamu, turut serta kakak sekeluarga yang tinggal di gombak dan juga anak saudara yang dok di shah alam.

dihitung2 malam tu ada lah hampir 20 orang kat rumah tokchik, meriah.............
malam tu kakak buat suprise kat anak dia si nadia......... dia dah pesan kan jenny suruh beli kan kek, jadi bila semua dah kumpul, tokchik pun pasang kan lilin kan kek dan bawa keruang tamu lalu ramai-ramai nyanyi kan lagu.....selamat hari lahir dan juga lagu ALLAH SELAMAT KAN KAMU .....selamat ulang tahun ke 23 nadia aka neddd, muga diberiklan tuhan kesejahteran dalam kehidupan, diberikan kehidupan yang sempurna, juga mendapat segala impian dan hajat dimakbulkan


nadia ni sebenrnya terkejut sebab dia tak tau mak dia dah plan semua tu .........suprise.....


macam best ja kek tu.....memang le kegemaran tokchik...perasa cokelat......apa lagi...potong le cepat


masing dah terliur bila tengok kek tu, apa lagi.......jom makan kawan2



terima kasih buat idah dan along jenny yang tolong beli kan kek tu, juga sebab sudi sponsor sebahagian daripada harga kek tersebut.....

Monday, March 23, 2009

kuala selangor


Apa yang ada diKuala Selangor? tarikan pelancungan disini seperti Bukit Melawati,hutan paya bakaunya, disebelah malam boleh melihat ribuan kelip-kelip yang berterbang dihabitat semula jadinya di kuala sungai selangor, juga terdapat penempatan nelayan di muara sungai kuala selangor

lama dah mendengar kisah bukit melawati ni, sehingga lah satu ketika tokchik berkesempatan untuk melihat sendiri tinggalan sejarah berkenan.



kalau malas nak berjalan kaki mendaki bukit melawati, naik aja le trem ni, bayaran yang dikenakan kalau tak silap okchik rm 2. diatas puncak bukit ni terdapat rumah api lama yang masih lagi berfungsi dengan baik, juga rumah pegawai daerah, juga tempat melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh mula berpuasa dan permulaan hari raya.


pemandangan indah kuala selangor dari puncak bukit melawati.

di puncak bukit melawati ni terdapat ratusan ekor monyet jinak yang bersedia dihampiri, bawakan saja pisang atau kacang, pasti anda akan dikerumuni oleh meonyet-monyet jinak tersebut. tak percaya!!!!!! jom saksikan gambar-gambar ni sebagai bukti....heheheheeeeeeeeeeeee




kesan runtuhan kota bukit melawati yang sudah dibaik pulih, ini merupakan tangga kota bukit melawati


menurut catitan, batu hampar ini merupakan tempat dimana pemerintah kuala selangor dahulu bermain catur, terdapat juga satu lagi cerita yang menyatakan dahulunya di batu hampar ini tempat dimana seorang dayang istana yang bermukah telah dipancung dan darahnya telah ditadah dan disimbahkan kesekeliling kota sebagai semahan juga sebagai peringatan kepada rakyat jelata / penghuni istana yang lain agar tidak membuat kesilapan yang sama

a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYVkHIYCh1y0HSB_WJXU3FiDM9LRDAJYlLCxPvHwqBmHZNYhrMJKvW-7Yb6jVOLIAZzmwMwY-nt-bh2Y2mr9vySLx3A6hxrbopZO49hPijkS68wHo5VSVHi4BpfXPEEmWgV-wMNu9nMzjG/s1600-h/Ks17.jpg">


masa tokchik dok bergambar kat batu hampar ni tokchik terbayangkan masa hukuman pancung tu dijalankan............ngeriiiii siot







Monday, March 16, 2009

tv baru

dah lama sebenarnya tokchik mengidam tv lcd ni, tiap kali ke shoping complex, pasti laju ja kaki ni melangkah menuju kebahagian barangan elektrik..... melilau mata ni melihat tv lcd yang dipamirkan, dalam hati berkata " bila agaknya aku dapat memilikinya"



setelah sekian kali nya asyik menjenguk ruang pamiran lcd tv maka " boss, kalau saya beli tv ni, bila u boleh hantar" ........ " u mau mana satu boss, petang kita hantar lorrrrrr", ......" ok.......... saya mau yang ini, sharp 37".





bila dah dipasang, dah siap settingnya, tokchik pun try main dvd, fulamakkkkkkkkkkk......... memang meletopppppppppp.....puas hati......... lega sebab hajat dah tercapai

Friday, March 13, 2009

jual barang dah expired

tokchik ke giant diklang parade, ingat nak ke WATSON, nak membeli vitamin C, sampai ke Kang Parade, kaki ni leh lak melencong ke Giant yang terletak diaras bawah,

menyusuri rak2 yang kemas tersusun barang2nya, tetiba mata tokchik ternampak botol vitamin C, setelah diamati....."wah........murah ni.....pek promosi rm 61.70 untuk 90 biji, pulak tu ada sebotol 30 biji lagi percuma.......beli, jangan tak beli" laju ja tangan tokchik mencapai botol vitamin c tu lansung menbalingnya kedalam bakul yang dijinjit....nasib baik tak pecah


lupa dah tokchik kisah nak ke WATSON, selesai membayar, bergegas pulang,




bila ditanya oleh kawan tokchik apa yang dibeli, tokchik korek2 dalam plastic bag,
" ni haaaaaa...........aku beli vitamin C"


tetiba mata ni ternampak...........alamakkkkkkkkkk sudah lupus tarikh rupanya


bergegas semula ke giant, berjumpa dengan penyelia bertugas, minta wang dikembalikan, sempat lah juga tokchik sekolah kan mereka,

tokchik juga dah hantar surat aduan kepada ibupejabat mereka di Shah Alam,

Monday, March 9, 2009

rilex kejap

siapa ludah???


Ada seorang makcik ni berumur 50++. Dia naik bas ekspress dari KL kePerlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. 'Alamak! lecehbetullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing. Adoii... malu pulaklah nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.

Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai.Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebabemergency. 'macam mana nak buat ni' Mak cik ni ada idea. Dekat tingkapbas kan ada tingkap kecik. Lepas tu bas tu berlangsir. 'alahh kencingje lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan jayanya...

Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun angin lah. 'kurang hajar!!!'. Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni punnaik dalam bas dan menjerit. 'sapa yg #@#@##@% ludah kat luar tadihahhh !!!! `Baik korang mengaku!!!'

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri. 'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni.'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.

Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...' Lepas tu terusdipotong percakapan makcik tu. 'Makcik diam!', kata Mamat tu. 'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia' jeritMamat ni. Then takde seorang pun ngaku. Mamat ni check tiap lelaki kat dalam bas tu. 'pelik!?!? tak de yang bermisai.


Dia pun turun dari bas dengan perasaan hairan & marah2 dan terus blah...


...........................................................................

kali pertama...hehe


Malam itu bulan mengambang penuh
Sejuk dan sunyi
Seolah-olah merestui apa yang akan ku lakukan
Namun jantungku berdebar kencang

Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya


Sejak awal malam lagi aku sudah mula risau
Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang saja
Dialah yang pertama bagiku

Malam sudah hampir subuh
Aku masih terpaku lagi
Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku
Orang lain semua masih tidur
Kata orang inilah masa yang paling sesuai
Sebelum subuh
Sebelum matahari terbit

Ahhhhhhhhh!!
Aku lelaki
Aku mesti boleh melakukannya
Mesti mesti mesti
Ku beranikan diri
Ku pandang saja
Dia diam saja
Ku renung matanya
Dia masih diam
Aku tahu dia menunggu aku
Akulah yang mesti melakukan
Mesti mesti mesti

Denyutan jantungku bertambah kencang
Kuberanikan diri lagi
Ku pegang kepalanya
Dia masih diam
Perlahan, ku raba belakangnya
Oh! Dia bergerak
Mungkin geli
Denyutan jantungku tidak terkira lagi

Ku pandang punggungnya yang bulat
?besar? terlintas di fikiranku
gatal di hatiku makin menjadi
ku pegang punggungnya yang pejal
ku dengar deru nafasnya
jantungku hampir meletup kurasa
geramku tidak tertahan lagi
kini aku sudah nekad
ku pegang susunya
ohhhh! Alangkah lembutnya
alangkah halus kulitnya
ku ramas perlahan
dia menoleh!!
Hampir pengsan ku rasa
Namun aku tahu aku sudah bersedia
Dia tahu aku akan?..
Aku terus duduk
Aku sudah tidak malu lagi
Aku sudah tidak takut lagi
Aku kangkangkan kedua kakinya
Ku letakkan kedua tanganku pada susunya
Besar dan penuh
Ku ramas pelahan
Lagi dan lagi
Kini aku sudah tahu
Kini aku sudah rasa
Bagaimana seronoknya
Memerah susu lembu...


hehe...nie mesti korg sume pk lain ble first time bce kan..


.....................................................................................

Mazlan


Johan pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

Kenapa ni sayang? tanya Johan. I diserang sakit jantung, jawab isterinya. Johan berlari kebawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Johan mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian.Johan menarik Mazlan keluar dan berkata,"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"


................................................................................

kisah lawak.....tapi....cetak rompak ja,sudi2kan membaca

Driver Teksi Baru


Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Fasha menahan teksi untuk menghantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik" Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa.

Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak di depan untuk mengambil duit di ATM. Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan.

Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah. Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"

Fasha: "Laaa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"

Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"

Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"

Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "patutla..."

.............................................................................

janji ye bang!!!


Suatu ketika, mandilah seorang lelaki di air terjun nan indah¡­ Mandilah dia dengan menanggalkan semua pakaiannya.. . Dan berkecipak-cipuk bermain dengan air¡­

Dari kejauhan datanglah seorang Maknyah berjalan Dan mendekati, lalu mengintip lelaki tersebut yang sedang mandi¡­ maknyah sedang asyik menikmati pemandangan tersebut. .. lalu¡­ oOoopsS !!! Maknyah tersebut tidak sengaja terpijak ranting¡­ ¡°KKKRRRIIIIIEEEEK¡
Lelaki itu terperanjat !!! Lelaki : SIAPA TU??
Maknyah : (diam saja¡­ Takut kantoi,­ Oleh kerana tidak ada yang menjawab, lelaki tersebut meneruskan mandinya,

Tetapi Maknyah tersebut sekali lagi kantoi, dia jatuh terpeleot, "GUUUBRAAK"
Lelaki : SIAPA TUH AAAA ? KALAU GUA DAPAT GUA RODOK MULUT LU PAKAI **** GUA!!! Maknyah tersebut keluar dari persembunyiannya sambil senyum manja lalu berkata "JANJI YA BANG, JANGAN MUNGKIR"

...................................................................................


Surat Untuk Ayah


Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas,

Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

.................................................................................

Makcik yang Mai dari Kampung


Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali
pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan
orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut
membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in'
di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang
pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.

Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan
ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling.
Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk
di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak
ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei
jangan nak tipu orang la" Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut
kononnya untuk menutup malu pada Bibah.

Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif..."

.......................................................................


teh singgit


Suatu hari,seorang pemuda datang ke sebuah gerai mamak dan memesan satu gelas air teh.
pemuda : "mamak..teh RM1.00 satu"
mamak : "alright...."
Setelah penat menunggu,akhirnya teh yang di order telah pun siap.
mamak : "nah..nie die teh RM1.00"
pemuda : "mamak!!kenapa di dalam teh nie ade lipas(dgn nada yg marah)
dengan selamber mamak menjawab,: "takkanlah hanya dgn RM1.00,kamu boleh mengharapkan kambing di dalamnye!!!!!"


.................................................................................

Muke


Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..
Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,
Babi : "Eish, boring la plak kan kerbau.."
Kerbau : "AAh, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie.."
Babi : "Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kao."
Kerbau : "Hmmm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau".
Babi : "Ok. Kau dok diam2.."
5 minit kemudian,
Babi : "Hah, dah siap, nah.."
Kerbau : "Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau.."
Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
5 minit kemudian,
Kerbau : "Nah dah siap muke kau yang lawa ni.."
Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)"Ape yang kau lukis nie Kerbau???"
Kerbau : "La betul la ape yang aku lukis tu."(Kerbau tak puas hati)
Babi : "Nie bukan muke aku,­ Nie muke BABI.."

...............................................................................
kenapa mati hari jumaat


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. .beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9....00 am ...



tiba-tiba... .....






Pintubilik ICU itu terbuka....

Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..

Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut.... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan. . vacuum cleanernya.. ..

................................................................................

Sameon


Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum “
” Walaikumsalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Sunday, March 8, 2009

pengorbanan.....demi anak bangsa


tamat krusus penghujung tahun lepas, debaran didadanya memuncak, tokchik yakinkan dia......... "jangan takut..paling jauh pun kena tendang ke sabah/sarawak", lagi le bengkek hati nya mendengar cakap2 tokchik. untuk menyedapkan hatinya, tokchik cakap...."jangan takut, kamu nanti dapat mengajar kat area kl". tup....tap....tup...tap.... dihantar ke sarikei

a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNnNPIhVj7sPJvGv6l1G4D20pVAbeXMnVHtxYApfizN6DPs_YzWtgzsd3QAqyqfzg7MgIUVH6L2Y1g0cb4u7gIWO9L7wp9MGw8mHIyrhmrOe0OUX2-K0dubziq5RCuiNs4FKPKYlASxBYh/s1600-h/Image0751.jpg">

ni le sekolah tempat adik angkat tokcik ditempatkan....



kesiannya dia...........meredah selut.............



gambar yang dihantar kepada tokchik, menurut kata mie, kalau masa hujan ni le akibat yang mereka kena tanggung, tok selalu usik dia semula........." kamukan selalu cakap, demi anak bangsa keceruk dunia pun kamu sanggup...........hahahahahahaha" tapi nasib baik juga dia tak le kena campak ke ceruk pendalaman yang memerlukan dia naik bot meredah sungai dan jeram...



amboi........kalau dah cikgunya rambut tercacak macam nie, anak muridnya harus rambut macam duri durian, tak pon cukur botak ja macam tokchik......botak tu sexy tau....hahahhhhhhhhhhhhhhhhh



Followers