dah siap makan, perut pun dah kenyang, masing-masing pun sibuklah berkemas, pertama kena lah kemaskan pinggang mangkuk serta peralatan memasak yang telah digunakan, tokchik puji le budak-budak ni memang rajin, bergotong royong mereka membersihkan apa yang patut, terima kasih kak oji, kak ana (pak sedara manggil anak sedara akak...kwang...kwang..kwang...)juga ain, fekah, susi dan nadia. dulu masa kecik-kecik depa semua ni tau makan aja, sekrang ni semuanya rajin kedapur, pandai memasak, ain dan kak oji dah ada yang punya, fekah kecik lagi, kak ana tu nak belajar.......... susi dan nadia tu kalau sapa berkenan leh le masuk tender, jumpa tokchik isi borang, nanti tokchik usul kan kepada orang tua mereka......15% service charge sekiranya berjaya (service charge berdasarkan jumlah wang hantaran....heh....hehehe)
" jom........kita beredar balik" kak ayie / mak ayie pangilan mesra anak2 sedara kepada beliau bersuara, sessi salam meyalam bermula, sessi angkut mengangkut barang berterusan, berdedai (bahasa daerah labis ni, maksudnya beratur) semua meninggalkan rumah tokchik....terkebil-kebil tokchik dibuatnya........almaklumlah tetiba rumah dah sunyi dari hiruk pikuk....macam kena langar garuda...
dari kiri....apple (kecik2 masa lahir bulat sangat tu yg di panggil epal, becoknya mulut, atira, anak dara tunggal adik, danial yang kontrol handsome selalu)
sumbat jangan tak sumbat, sampai kan sampah yang tokchik bawa pun herman nak sumbat kan masuk.....semua orang pakat gelak....
aikkkkkkkkkk.....ada lagi ke yang tertinggal
serius sangat budak berdua ni, nadia siap cekak pingang lagi, tengah makan ketupat ke? ntah2 nadia cakap kat ain " kau tengok ain, pinggang aku ni...ramping aja, kau tiru le macam aku" hahahahahaha
" kau jangan le nangis ani, nanti kak ayie nangis juga, kita kontrol jelita, orang tengah nak ambik gambar kita tu"
" ya lah kak ayie, orang kemam-kemam bibir nie, nak tahan jangan nangis"
ni kira gambar kenangan sebelum semua bersurai...
No comments:
Post a Comment