Monday, March 2, 2009

klang ku yang permai









projek menaik taraf jalan ditengah-tengah pusat bandar klang bermula pada penghujung tahun 2007 dan dijangkakan siap penghujun tahun 2009, TETAPI kalau berdasarkan keadaan semasa, tokchik tak yakin ianya mampu disiapkan mengikut jadual. tiang jejambat pun tak nampak bayang lagi, yang selalu terbayang dibenak fikiran warga klang adalah KESESAKKAN yang mereka terpaksa tempuhi saban hari

bayangkanlah azabnya setiap hari yang ditempuhi, untuk laluan daripada hadapan bangunan Tabung Haji Klang sehingga melepasi jambatan yang merentangi sungai klang dah mengambil masa hampir 30 minit, padahal bukannya jauh mana pun. tak caya!!!!!!!!
tengaok aja gambar2 yang tokchik sertakan.

masa tersangkut dalam jem tu rasa-rasanya kita patut pakat ramai-ramai menyanyikan lagu bangau oh bangau, tapi tok chik dah tukar liriknya

bangau oh bangau
mengapa jalan jem

MACAM MANA JALAN TAK JEM
KONTRAKTOR BUAT KEJA LAMBAT SANGAT

bangau oh bangau
mengapa lambat sangat

MACAM MANA TAK LAMBAT
FULUS LAMBAT MASYUKKKKKKKKKKKKKKKK

tiap2 hari pasti sumpah seranah berbakul dilontarkan kepada kontraktor terbabit dan juga MPK. tetapi kan menyumpah mpk apa yang kita dapat...MPK tu kan majlis perbandaran klang, tapi bagus juga menyumpah mpk, sbb kalau menyumpah orang pasti buat menambah dosa ja,

No comments:

Followers