Friday, July 5, 2013

beras rendang aka wajik sirat

lama sungguh tak makan kueh ni.  dikampung tc ianya dipanggil beras rendang.  Mungkin bersebab pulutnya kena disangrai terlebih dahulu. Ada jug yang memanggilnya dengan nama wajik sirat.

resepinya :

500 gram beras pulut - disangrai dan dikisar
1/2 biji kelapa dijadikan kerisik
2 cawan santan pekat (tambah sedikit air jika pulut masih keras)
300gram gula dijadikan gula hangus (nk gunakan gula melaka pun boleh)

penyediaannya:

sangrai beras pulut dan kisar halus. Disebabkan tc malas nak mengorengnya didalam kuali, tc letakkan didulang dan masukkan kedalam oven, dengan suhu 230celsius tc panggang beras pulut ni selama +/- 25 minit,  sempat lah nampak oven berasap....yang penting berasnya sekata aja dipanggang dan tangan pun tak lenguh sebab nak kena selalu "mengacau" dikuali.


gaulkan beras pulut yang dah dikisar dengan kerisik
menggunakan kuali tak melekat, tc panaskan gula sehingga mencair (buat gula hangus) kemudian tc tuangkan kedalam santan.  campuran gula hangus dan santan tu tc didihkan.  pastikan ianya dikacau supaya tak pecah minyak.


masukkan beras pulut kisar yang dah dicampur dengan kerisik, kacau sebati sehingga masak. jikalau terlihat beras pulutnya masih utuh/keras tambahkan sedikit air.
kacau sehingga kelihat likat dan berkilat. ketika ini terasa seperti mengacau dodol pulak.

tuangkan kedalam loyang yang dah dilapik dengan plastik /daun pisang (untuk memudahkan jika hendak dikeluarkan )
sejukkan sebelum dipotong.













4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam tc..
sedap ni... sy suka juga.. tp jarang dah berjumpa. dulu2 time yasinan kat kg selalu juga org buat... terliur tgk tc tayang kat sini.. kalau rajin bolehlah cuba nnt.. t.kasih berkongsi cara mudah membuatnya tu.. hehe..

tok_chik said...

sama2 madiha
nak merendang beras pulut tu yg ambik masa

kueh lama nie sedap sebenarnya

ساريده سنين said...

Salam Ramadan tok chik...

Teringat arwah mak sy tak sempat belajar dgn ny...nsib baik jumlah resipi ni...tqvm tok chik kerana share resipi ni...

Sya dh follow...sudi2lah bertandang ke blog teratak sy ye...

tok_chik said...

assalam
samalah dengan tc
arwah bonda selalu buat masa tc kecil dahulu
ada pengisarnya untuk menghancurkan beras pulut

insyallah

Followers