Friday, October 18, 2013

kueh lompang

tc tak berapa ingat daripada mana tc ambil resepi ini....kalau tak silap resepi sweet lily dari my resepi...andai tersilap harap dimaafkan.  Apapun tc nak ucapkan terima kasih kepada pemilik asal resepi ini sebab sudi berkongsi.
tc panjangkan sedekah jariah ilmu beliau.

resepinya

bahan A
1/2 cawan gula pasir (tc kurangkan 3 sudu besar)
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
3 helai daun pandan

campurkan kesemua bahan diatas dan masak sehingga gula cair. sejukkan

nota:
jika hendak menghasilkan kueh lompang berwarna warni...gunakan gula pasir sahaja

bahan B
1-1/2 cawan te[ung beras
 1 sudu kecil tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air

campurkan tepung beras, tepung ubi, air kapur dan air
gaul sebati
kemudian tuangkan air gula dan gaul sebati

bahagikan kan kepada 3 bahagian dan warnakan (jika tidak menggunakan gula merah)

griskan acuan lompang dengan minyak dan kukus selama 5 minit
tuangkan adunan kedalam acuan anggaran 3/4 bahagian acuan
kukus anggaran masa 15 minit
kueh lompang ni akan nampak berlubang apabila dah masak



jagung microwave

nak merebus mengambil masa sedangkan hnya seketul jagung aja
jadi tc gunakan pendekatan yang lebih mudah, masukkan aja kedalam microwave
microwave tc 850watt....jadi tc hanya perlukan 6 minit aja untuk memasak jagung ni
pastikan kulit jangung tidak dibuang, kerana kulit jagung ini akan berfungsi untuk memerangkap haba yang terhasil dan menjadi "steamer " semula jadi untuk mengukus jagung
dengan cara begini kemanisan jagung tak hilang didalam air rebusan

selepas dimasak, tc bungkus dengan aluminium foil untuk mengekalkan kepanasannya




Thursday, September 19, 2013

kueh lapis kopi ros jintan manis

bukan sebab kueh lapis ni ada diletak jintan manis tetapi resepi dari dapur ros jintan manis
tc nak kongsikan resepinya disini ya cik ros.

bahan2nya (cukup untuk bekas kecil macam dalam gambar tc, untuk loyang 7"x7" kena doublekan )

1-1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula pasir
3 cawan santan (225ml santan pekat tc campurkan dgn air hingga mendapat 3 cawan)
1 sudu teh garam

pewarna kuning
perisa kopi

penyediaannya

satukan kesemua bahan diatas didalam pengisar kecuali pewarna
kisar sebati
tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian
1 bahagian diwarnakan kuning
1 bahagian dicampurkan dengan perisa kopi

panaskan pengukus
loyang tc lengserkan dgn sedikit minyak dan dasarnya tc letakkan plastik (mudah nak mengeluarkan kueh)
mulakan melapis
masa masak setiap lapisan bergantung pada ketebalannya
untuk kueh yg tc masak ni sekitar 6 minit
buat sehingga habis
selepas menuangkan lapisan terakhir kukus lagi selama 15 minit
sejukkan sebelum dipotong


Wednesday, September 18, 2013

ayam panggang sate

bahan A

1 ekor ayam

bahan B
4 sudu besar gula melaka
4 sudu besar kicap manis 
3 sudu perahan air asam jawa
800 ml air
minyak untuk menumis......anggaran dalm 4 sudu makan

bahan C (dikisar halus)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang puteh
1-1/2 " kunyit
1-1/2" lengkuas
1-1/2" halia
2 biji buah keras
3 batang serai

bahan D ( disangai dan kisar halus)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus

panaskan minyak
tumiskan bahan kisar sehingga garing/ naik bau
masukkan air asam jawa dan air
tambahkan gula melaka, kicap manis dan ketumbar jintan yang dah disangai serta garam secukupnya
masukkan ayam.....renehkan dengan api kecil hingga ayam masak

angkat ayam
pekatkan kuah yang ada

panaskan oven - 200celcius (oven tc)
salutkan ayam dengan bahan rempah yang dah dipekatkan
panggang ayam selama 45 minit




Tuesday, September 17, 2013

japan cotton sponge cake


resepinya tc ambil dari sini...
http://nasilemaklover.blogspot.com/2010/07/cotton-cake.html

tc copy dan paste semula resepinya (tc doublekan resepi ni semasa membuatnya)

lembut dan gebu aja kek nie



Cotton Cake 棉花蛋糕*makes 2 x (3”x6”) Aluminium tin
(printable recipe)

30g butter
40g cake flour
40g Evaporated milk
3 egg yolk (big size)
3 egg white (big size)
40g sugar
1tsp corn flour ( not in recipe, I added this)

1. In a pot, melt butter over low flame or melt in microwave oven.
2. Pour melted butter in a mixing bowl, sift in cake flour, stir well till a thick paste.
3. Lightly beaten egg yolks using a hand whisk, slowly add in milk, mix well.
4. Slowly pour egg yolk mixture (No3) into butter mixture (No2), whisk till well combine.
5. In another mixing bowl, beat egg white under high speed till foamy (about 1min).
6. Gradually add in sugar, continue beat.
7. Add in corn flour, beat till soft peak form.
8. Take 1/3 of egg white mixture mix with egg yolk mixture (No4) using a hand whisk, stir till well combine.
9. Gentle fold in the balance egg white using a spatula, combine well, but don’t over mix !!
10. Spoon batter into cake pan, smooth the top of the batter, lightly tap cake pans on counter to bring air bubbles to top.
11. Bake over waterbath at 170c for 8mins, reduce to 150c and bake another 20mins.







12. Up side down (Invert) the cooked cake immediately on a wire rack until it's completely cool before remove the cake from cake pan.


note :
untuk oven tc...suhunya tc kena setkan pada 180cel
tc kena masak selama 45 minit (oven cap ayam lah katakan)
jadi masa memasak tu bergantung pada oven masing2

Thursday, September 12, 2013

kari tulang lembu

bahan2nya
bahan A
 1kg tulang lembu ( dapat tulang rusuk segar lagi sedap)

bahan B
sebiji kelapa - asing kan santan pekat dan cair
 3 biji kentang
 2 biji tomato
2 tangkai daun kari
2 batang serai -  dititik
rempah penumis
4 sudu besar rempah kari
1sudu  serbuk cili ( pilihan)
kerisik
garam dan gula secukupnya

bahan C (kisar halus)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang puteh
1-1/2" halia

bahan D (disangai dan kisar halus)
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan kasar
1/4 sudu teh jintan halus

panaskan minyak
masukkan hirisan bawang puteh dan merah ..tumis hingga layu
masukkan daun kari dan rempah penumis
tumis sehingga naik bau.......... masukkan bahan kisar , tumis hingga naik bau dan nampak garing
masukkan rempah yang dah dicampur dengan sedikit air
tumis/masak sehingga rempah pecah minyak.
masukkan santan cair, tulang, serai, ketumbar jintan yang dah disangai
rebus sehingga daging yang ada pada tulang tu empuk.
masukkan tomato, santan pekat serta kerisik.
didihkan kuah sehingga kentang empuk
tambah garam secukupnya dan secubit gula sebagai pelengkap rasa

nota.:
tc masak menggunakan pressure cooker
jadi tc massukkan rempah yang dah siap ditumis, kentang, tulang dan santan cair bersama, tc rebus
selepas tu tc baru masukkan santan pekat dan didihkn semula cara biasa




Tuesday, September 10, 2013

sup tulang mamak style

n resepi yang tokchik gunakan

bahan A:
1.5kg tulang lembu

bahan B (tc kisarkan menggunakan pengisar kering)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang puteh
2" halia

bahan C (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu besar garam masala
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar rempah kurma
5 sudu besar rempah sup (tc gunakan jenama faiza)
1/2 sudu besar lada hitam (pilihan )

bahan D
rempah penumis 
daun sup dan daun bawang
bawang goreng 

penyediaannya

panaskan minyak
masukkan rempah penumis, masukkan bahan kisar, tumis sehingga naik bau dan garing
masukkan bahan C yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis / masak sehingga pecah minyak
masukkan air secukupnya dan rebus sehingga daging yng ada pada tulang empuk.
tambahkan garam secukupnya dan taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng semasa nak menghidang.

hidangkan bersama sambal kicap

nota:
tc menggunakan pressure cooker.
bahan tumis tu tc masukkan kedalam pressure cooker dan tc rebus sup tulang tc selama 30 minit (masanya tc ambil kira selepas wisel pressure cooker tc berbunyi)
 

Saturday, September 7, 2013

tart nenas selepas raya

raya dah nak habis, tetiba teringin nak makan tart nenas so kenalah buat.  prinsip tokchik mudah...bila kita buat sendiri, kita akan buat mengikut cara dan citarasa kita.

ni resepi yang tc gunakan (resepi yang tc ambik di blog kak jee aka fauziah samad, dah bnyak kali tc gunakan resepi ini...sedappppppp)

350 gram tepun gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula icing
200 gram butter (tokchik gunakan mentega cap tong)
2 biji kuning telur
pewarna kuning

intinya
2 bahagian parutan nenas (tak kiralah apa bekas yang digunakan untuk menyukat- tc guna mangkuk)
1 bahagian gula
1-1/2 sudu perahan limau nipis
pewarna kuning
1-1/2 sudu 

masak sehingga pekat
sejukkan




penyediaannya:

tokchik ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan gula sebanyak 2 kali
didalam bekas, masukkan tepung yang dah diayak tadi
masukkan butter
ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti
masukkan pewarna kuning dan kuning telur
uli sebati, perapkan dalam 20 minit baru dicanai


untuk oven tc....tokchik setkan suhunya 180celcius dan dibakar selama 35 minit
lain oven lain settingnya
bila buat sendiri boleh bubuh inti banyak2
tu yang tokchik suka



roti john tokchik

tokchik pernah makan roti john....hanya ada dua tempat sahaja yang menepati citarasa tokchik,  yang pertama dipusat penjaja ungku puan johor bahru (didepan kuil india yg berhampiran dengan komplek perniagaan kotaraya), selepas kawasan berkenaan dibangunkan semula, tokchik tak tau kemana peniaga berkenaan meneruskan perniagaannya.

yang kedua...... dimelaka, dipusat penjaja (lupa namanya).  Lokasinya ditepi sungai dan setentang dengan kampung mortem (perkampungan portugis).

Roti john yang dijual dikedua tempat berkenaan kering (tiada resapan telur pada roti) agak garing dan setelah sejuk pun masih sedap untuk dimakan.

pada tokchik, roti john yang sedap adalah bilamana tiada resapan telur didalam roti.  mungkin hidung tokchik ni agak sensitif dengan bau telur. 

merajinkan diri menyediakan sendiri roti john dan yang pasti mengikut citarasa diri sendiri.

resepinya -
 roti perancis atau sebarang roti yang sesuai
telur

 untuk inti

200 gram daging kisar (basuh dan toskan untuk membuangkan darahnya)
2 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang puteh - dicincang
daun sup - dipotong halus
2 sudu makan rempah kari
1/2 sudu makan serbuk cili (kalau tak suka pedas tak perlu dimasukkan)
garam dan gula sebagai perasa

panaskan minyak
masukkan bawang puteh yang dicincang dan bawang besar yang didadu
goreng hingga layu
masukkan serbuk kari dan serbuk cili
tumis sehingga pecah minyak
masukkan daging, gaul rata dan tambahkan air secukupnya

tambahkan garan gula secukupnya
masak sehingga airnya kering.
matikan api, masukkan daun sup...... gaul rata
sejukan inti sebelum digunakan

penyediaannya

didalam bekas, pecahkan telur, masukkan inti, gaul sebati

menggunakan kuali tak melekat, letakkan sedikit butter/  minyak masak
tuangkan inti yang dah bercampur telur, biarkan telurnya masak sedikit


tekapkan roti keatasnya
masak sehingga intinya agak garing
terbalikkan roti dan panggang sekejap bahagian kulit roti


letakkan sos cili dan sedikit mayonis, hirisan timu dan daun salad jika ada










Monday, August 19, 2013

sambal kacang kuah sate

ketupat atau lemang  kalau dimakan dengan sambal kacang memang sedap.  Tc sediakn sambal kacang yang seperti kuah sate.

resepinya :

bahan A (disangai / sangrai)

300 gram kacang tanah

1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan kasar
1/2 sudu besar jintan halus

untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih cepat serta tak penant nak mengoreng kacang didalam kuali, tc panggang aja kacang tanah tu didalam microwave selama 6 minit (microwave tc powernya 850)

bila dikeluarkan daripada microwave dan kacan dah agak sejuk tc ambik sebiji dua dan masukkan kemulut...."oh,.....sedapnya, terasa macam digoreng cuma tak guna minyak" hati tc berbisik. kacang yang dipanggang dalam microwave masak keseluruhan.

kacang tanah yang dah disangrai tu ditumbuk / dikisar kasar2.

ketumbar jintan tu kenalah sangrai dalam kuali dan kisar halus


bahan  B (kisar halus) :

15 tangkai lada kering - nk pedas tambah lagi
2 labu bawanng besar(tc suka guna banyak bawang sebab lebih manis)
5 ulas bawang puteh
1" halia
1" lengkuas
3 batang serai
air asam jawa

bahan C :
gula melaka /gula pasir
garam secukupnya


penyediaannya:

tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan garing, teruskan menumis sehingga pecah minyak
masukkan air dan masukkan kacang yang dah dikisar kasar2
masukkan air secukupnya
masukkan ketumbar jintan yang dah disangrai
rebus sehingga kacang lembut

tambahkan garam dan gula secukupnya (tc guna gula melaka)
kuah kacang ni kena manis ....baru terasa sedapnya

cara mudah yang tc buat
didalam pressure cooker, tc masukkan kacang tanah yang dah ditumbuk kasar. tambahkan air secukupnya.
tuangkan bahan kisar yang dah ditumis garing tadi juga ketumbar jintan yang dah disangai
rebus sekitar 20 minit (masanya bermula apabila wisel dipressure cooker tc mula berdesir)


nota

boleh dicampurkan dengan daging dan ayam tua...
yang ni tc biasa makan dirumah orang bugis kampung pekajang gelang patah johor




Sunday, August 4, 2013

kueh bangkit santan aka bangkit sagu

kueh bangkit santan atau bangkit sagu ni merupakan antara kueh yang menjadi kegemaran tc. Bahan yang digunakan tak banyak tetapi kalau tak kena caranya memang tak nak menjadi kuehnya.
tanya sana tanya sini, ada yang kata santannya kena masak dahulu ada yang kata tak perlu. memberanikan diri mencuba. dimulakan dengan bissmillah........alhamdulillah hasilnya

resepinya:

bahan A (disangrai/ tc masukkan dalam oven selama 10 minit/suhu 180c, disejukan 24 jam )

 450 gram tepung sagu ubi / sagu rumbia (sagu rumbia hasilnya lebih sedap)
50 gram tepung gandum
4 helai daun pandan

bahan B (putar sehingga kembang) :

3 biji kuning telur
200 gram gula icing
1 sudu teh esen vanilla (sbb tc tak suka bau telur yang kuat)

bahan C (di panaskan sekejap dan disejukkan)

250ml santan pekat

penyediaannya :

ayak tepung dan buangkan daun pandan
masukkan 3/4 santan kedalam bahan B, gaulkan rata (sebab nak pastikan gula hancur dan santan bergaul sebati dengan telur dan gula)

tuangkan tepung gaul rata, biarkan dalam 5 - 10 minit.  jangan risau jika terlihat doh seakan tak cukup air kerana tepung ubi mengambil sedikit masa untuk menyerap cecair.

uli doh hingga tak melekat dijari, jika terlihat doh seperti tak cukup air, tambahkan sedikit lagi santan. perapkan doh selama 30 minit

canai dan terap doh mengikut acuan yang digemari.
dulang pembakar tc lengserkan dulu dengan majerin baru tc letakkan doh yang dah diterap




tc bakar dengan suhu 175 celsiuc (ini kena adjust ikut oven masing2) selama 25 minit atau sehingga kueh masak

Wednesday, July 31, 2013

gulai lemak pisang muda dengan tulang ikan kurau

dah lama teringin nak makan sayur pisang.  semasa kekedai....terpandang pisang muda, hajat hati nak membeli barang lain tetapi ternampak pula pisang muda nie.  Apa lagi, beli lah sesisir. kat rumah pula sememangnya dah ada tulang ikan kurau masin.

resepinya :

5 biji pisang muda -  bersihkan dan dicelur
rm 1 santan segar
4 keping tulang ikan kurau masin (boleh jugakan ikan masin lain) - rendam sekitar 30 minit
daun kesum
2 keping asam gelugur
garam

tumbukkan:
4 ulas bawang putih
ikan bilis
sedikit belacan
1" kunyit segar

didalam periuk, masukkan pisang muda yang dah direbus, tulang ikan kurau, asam keping, daun kesum juga bahan tumbuk dan santan pekat dan tambah kan air secukupnya tetapi jangan tercair.

diidhkan dengan api sederhana dan pastikan jangan sampai pecah minyak.
rasa garamnya.


Tuesday, July 30, 2013

gulai lemak cili padi telur itek

semasa kekedai, tc terpandang telur itek yang nampak segar.  Betul2 menggamit naluri untuk membelinya.
Dalam hati dah terfikir "masak lemak cili padi best ni". tc beli lah 4 biji. 



cara tc mengulai telur itek:

kisarkan :

10 tangkai cili padi (nak pedas tambah lagi)
1-1/2" kunyit segar
6 ulas bawang merah
1/2" belacan

bahan lain:
rm 1 santan pekat
2 keping asam gelugur (dapat buah belimbing buluh lagi umphhh)


tc tuangkan bahan kisar kedalam periuk,
tc tambahkan santan pekat  dan asam keping
tambahnkan air anggaran 500ml
masak hingga kuah mendidih dan masukkan telur satu persatu
tambah garam secukupnya



Tuesday, July 23, 2013

karipap inti mee hoon

teringat masa kecil, arwah bonda tc selalu beli karipap yng intinya adalah mee hoon goreng.  Sekadar mengembalikan ingatan, tc buatlah sedikit untuk juadah berbuka puasa.  Apabila makan teringat kepada kenangan dulu


speggetti goreng pedas ala mamak

idea timbul secara tak sengaja
tak salah mencuba, dan hasilnya memuaskan hati tc

bahan2nya

200 gram speggetti  - celur dan toskan

1 keping ddaging kisar (tc gunakan jenama ramly)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram

2 - 3 senduk sambal tumis (langkah palin g mudah kalau malas nak menumis )
beberapa batang sawi
daun sup dihiris

 versi 1 (jika tak ada sambal tumis)
jika tidak, kisarkan :

10 tangkai lada kering (nak pedas tambah lagi)
4 ulas bawang puteh
1 labu bawang besar (tc suka lebih bawang)

tumis semua bahan ni sehingga naik bau, garing dan pecah minyak, tambah garam gula secukupnya
masukkan daging kisar dan masak sehingga daging empuk
masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato
gaul sebati,
masukkan batang sawi (sbb lmbat empuk) bila batang sawi dah layu masukkan daunya dan speggetti yg dah dicelur
gaul sebati. rasa garam gulanya dan tabujkan hirisan daun sup


versi kedua (jika ada sambal tumis)

tc dadukan sebiji bawang besar, tumis hingga layu
tc masukkan daging kisar dan masak hingga daging empuk
masukkn sos cili, sos tomato, sos tiram, gaul rata
masukkn btang sawi, goreng hingga layu
masukkn daun sawi dan speggetti, gaul sebati
last tc taburkan daun sup



Wednesday, July 17, 2013

sup ekor thai style

bulan puasa ni....bila berbuka dengan sesuatu yang pedas dan sedikit masam lebih menggoda selera tc.
maka petang semalam tc menyediakan sup ekor ala thai (macam kat kedai tomyam tu tetapi versi tc le...heheheh)

resepinya:

500 gram ekor 
1 bungkus sup bunjut
1" halia - dititik

tc masukkan kesemua bahan diatas kedalam pressure cooker dan rebus. anggran dalam 35 minit tetapi ini berganung kepada kuantiti bahan yang direbus.  cara tc mengira masanya adalah dgn mengambil kira daripada mula wisel yang ada di pressure cooker tc berbunnyi/berdesir.  selepas 20 minit wisel berbunyi tc matikan api. dah empuklah bahan yang direbus


bahan B
3 ulas bawang puteh - dititik
 2 biji limau nipis - diambil airnya
 1 labu bawang besar - hiris bulat
10 biji cili padi - dititik
4 helai daun limau purut - buang tulangnya
2 biji tomato - dibelah 4
1 batang serai - dipotong serong
1 batang calery - dipotong serong
sedikit daun ketumbar

 masukan bahan B kecuali perahan air limau nipis dan daun ketumbar kedalam rebusan ekor tadi dan didihkan semula sekitar 5 minit
tambah garam secukupnya
kemudian masukkan perahan jus limau nipis, didihkan sekejap dalam seminit
matikan api dan taburkan hirisan daun ketumbar



keli goreng berempah

menu semasa berbuka puasa bersama anak2 saudara tempohari

1 kg ikan keli - pilih yang kecil2 lagi sdap

kisarkan :

5 ulas bawang puteh
1-1/2" halia
1-1/2" kunyit segar
1/2 sudu makan ketumbar

gaul kan ikan keli dengan bahan kisar dan garam
perapkan sekurang2nya 1 jam


bancuhkan :

3 sudu makan tepung beras
1-1/2 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
air secukupnya (anggaran - 150ml)
sedikit kapur makan
1 sudu teh cili serbuk

gaul sebati semua bahan diatas, kepekatan adunan seperti adunan kueh ketayap
panaskan minyak (goreng terendam)
masukkan ikan kedalam bancuhan tepung saduran, bila minyak dah cukup panas, masukkan ikan
goreng sehingga garing


Friday, July 5, 2013

beras rendang aka wajik sirat

lama sungguh tak makan kueh ni.  dikampung tc ianya dipanggil beras rendang.  Mungkin bersebab pulutnya kena disangrai terlebih dahulu. Ada jug yang memanggilnya dengan nama wajik sirat.

resepinya :

500 gram beras pulut - disangrai dan dikisar
1/2 biji kelapa dijadikan kerisik
2 cawan santan pekat (tambah sedikit air jika pulut masih keras)
300gram gula dijadikan gula hangus (nk gunakan gula melaka pun boleh)

penyediaannya:

sangrai beras pulut dan kisar halus. Disebabkan tc malas nak mengorengnya didalam kuali, tc letakkan didulang dan masukkan kedalam oven, dengan suhu 230celsius tc panggang beras pulut ni selama +/- 25 minit,  sempat lah nampak oven berasap....yang penting berasnya sekata aja dipanggang dan tangan pun tak lenguh sebab nak kena selalu "mengacau" dikuali.


gaulkan beras pulut yang dah dikisar dengan kerisik
menggunakan kuali tak melekat, tc panaskan gula sehingga mencair (buat gula hangus) kemudian tc tuangkan kedalam santan.  campuran gula hangus dan santan tu tc didihkan.  pastikan ianya dikacau supaya tak pecah minyak.


masukkan beras pulut kisar yang dah dicampur dengan kerisik, kacau sebati sehingga masak. jikalau terlihat beras pulutnya masih utuh/keras tambahkan sedikit air.
kacau sehingga kelihat likat dan berkilat. ketika ini terasa seperti mengacau dodol pulak.

tuangkan kedalam loyang yang dah dilapik dengan plastik /daun pisang (untuk memudahkan jika hendak dikeluarkan )
sejukkan sebelum dipotong.













Thursday, July 4, 2013

kueh kole kacang

resepi tc gunakan daripada blog rosmarlina@jintanmanis.com
minta izin tc copy dan paste kat sini ya

Kuih Koleh Kacang Hijau
Sumber resepi: Citarasawan@myresipi.com
Telah dicuba oleh : rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahan ( saiz 10" loyang empat segi )

Bahan A
400ml santan pekat KARA 150ml air 1 helai daun pandan 1/4 sudu teh garam

Bahan B
225 gm tepung kacang hijau 750ml air ( ros guna tepung kacang hijau cap Kijang)

Bahan C
350 gm gula merah/gula melaka 50 gm gula pasir 100ml air ( ros guna gula merah)

Bahan D
1 1/2 cawan pati santan secubit garam
Cara-cara

1.Masak bahan C hingga gula larut. Biarkan sejuk.

2.Masak bahan D sehingga menjadi tahi minyak. Tapis dan biarkan 2 sudu besar minyak didalam periuk.

3.Sebatikan bahan B, gaul rata dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam supaya tepung kacang sebati sepenuhnya.

4.Satukan semua bahan A, B dan C. Gaul rata dan tapis. Tuang kedalam periuk yang berisi minyak tadi.

5.Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga adunan kental dan berminyak. Angkat dengan segera dan masukkan kedalam loyang. Ratakan permukaannya.

6.Taburkan tahi minyak di atas kuih dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.

pulut kelongsong

dikampung tc sekitar tahun 70an-80an jikalau ada majlis kenduri cukur jambul atau majlis perkahwinan pasti akan ada pulut kelongsong yang ditengahnya dicucukkan bunga telur.

bunga telurnya akan dibuat sendiri.  Pulutnya pula ada yang menggunakan pulut kuning ada juga yang menggunakan pulut bantai atau pulut pukul.
pulut bantai atau pulut pukul ni penyediaannya agak rumit tetapi rasanya memang sedap.  pulut dikukus kemudian dicampurkan dengan tahi minyak, untuk memastikan pulut dan tahi minyak sebati maka sudip besar yang seperti pengayuh sampan tu digunakan untuk memukul/membantainya.
dipukul kemudian dibalikkan dan proses tu dibuat berulang kali sehingga pulut dan tahi minyak sebati. cuma pulut bantai ni mudah basi.

sempena majlis persandingan anak saudara tc (mohd farhan) tc menyediakan pulut kelongsong untuk diberikan sebagai cenderamata kepada keluarga pihak perempuan.

masak pulut kuning, kemudian bungkus didalam kelongsong daun pisang, bungkus molek2, cucukkan bunga telur ditengahnya...............siappp




Followers