tokchik pernah makan roti john....hanya ada dua tempat sahaja yang menepati citarasa tokchik, yang pertama dipusat penjaja ungku puan johor bahru (didepan kuil india yg berhampiran dengan komplek perniagaan kotaraya), selepas kawasan berkenaan dibangunkan semula, tokchik tak tau kemana peniaga berkenaan meneruskan perniagaannya.
yang kedua...... dimelaka, dipusat penjaja (lupa namanya). Lokasinya ditepi sungai dan setentang dengan kampung mortem (perkampungan portugis).
Roti john yang dijual dikedua tempat berkenaan kering (tiada resapan telur pada roti) agak garing dan setelah sejuk pun masih sedap untuk dimakan.
pada tokchik, roti john yang sedap adalah bilamana tiada resapan telur didalam roti. mungkin hidung tokchik ni agak sensitif dengan bau telur.
merajinkan diri menyediakan sendiri roti john dan yang pasti mengikut citarasa diri sendiri.
resepinya -
roti perancis atau sebarang roti yang sesuai
telur
untuk inti
200 gram daging kisar (basuh dan toskan untuk membuangkan darahnya)
2 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang puteh - dicincang
daun sup - dipotong halus
2 sudu makan rempah kari
1/2 sudu makan serbuk cili (kalau tak suka pedas tak perlu dimasukkan)
garam dan gula sebagai perasa
panaskan minyak
masukkan bawang puteh yang dicincang dan bawang besar yang didadu
goreng hingga layu
masukkan serbuk kari dan serbuk cili
tumis sehingga pecah minyak
masukkan daging, gaul rata dan tambahkan air secukupnya
tambahkan garan gula secukupnya
masak sehingga airnya kering.
matikan api, masukkan daun sup...... gaul rata
sejukan inti sebelum digunakan
penyediaannya
didalam bekas, pecahkan telur, masukkan inti, gaul sebati
menggunakan kuali tak melekat, letakkan sedikit butter/ minyak masak
tuangkan inti yang dah bercampur telur, biarkan telurnya masak sedikit
tekapkan roti keatasnya
masak sehingga intinya agak garing
terbalikkan roti dan panggang sekejap bahagian kulit roti
letakkan sos cili dan sedikit mayonis, hirisan timu dan daun salad jika ada
No comments:
Post a Comment