Thursday, May 24, 2012

puding agar2 buah naga

resepinya bahan A (dikisar dan ditapis) 1 biji buah naga - anggaran berat 700gram 500 ml air masak bahan B (dimasak sehingga gula larut) 750 ml air 230gram gula bahan C 1 paket serbuk agar2 seberat 10 gram 9bancuh dengan sedikit air) caranya: 1. kisarkan buah naga dengan air masak, tapis dan ketepikan 2. masak gula dan air sehingga mendidih, kemudian masukkan agar2 yangd ah dibancuh air, didihkan 3. matikan api dan tuang buah naga yang dikisar tadi, kacau sebati 4. tuang dalam bekas dan sejukkan

Monday, May 21, 2012

macaron

dah lama menyimpan resepi ni..orang lain dah berkurun membuatnya cuma tc baru semalam tergerak nak mencuba. tc ikut semua penerangan dari blog ita masam manis ... terima kasih kerana tunjuk ajar tu dan percubaan tc menjadi... cuma pada tc...terlalu manis macaron ni.... dah lepas kempunan nak merasa.... agak2nya kalau di kurangkan sepruh gula tu menjadi tak macaron ni, takut2 dari macaron jadi mengkarung

Wednesday, May 16, 2012

kueh lapis

teringin sangat nak makan kueh ni. Betul ....beli aja mudah rm 1 dapat le 2 / 3 ketul tetapi ianya tak dibuat ikut citarasa kita. merajinkan diri kedapur, maka lepas le hajat dijiwa bahan2nya : bahan A (dimasak dan disejukkan) 3 cawan air 1-1/4 cawan gula 3 helai daun pandan bahan B 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung ubi 1 cawan santan pekat garam secukupnya pewarna ikut suka (tc gunakan pewarna merah aja, sebab nak lapiskan merah dan puteh...warna bendera dan juga ikut style dulu2) kisar tepung gandum, tepung ubi berserta garam dengan air gula yang dah sejuk bila adunan dah sebati, masukkan santan dan kisar sekejap aja, jangan terlebih kisar nanti kueh jadi berminyak bahagikan adunan kepada dua, sebahagian dibiarkan kosong dan sebahagian diwarnakan merah kukus setiap lapisan selama 5 minit / sehingga masak buat le selapis demi selapis sehingga habis selepas menuangkan lapisan terakhir, kukus ueh selama 20 minit baru dimatikan apinya sejukkan sebelum dipotong nota: loyang pengukus tc lengserkan dengan minyak masak, kemudian tc letakkan plastik sebagai alas, jadi senang nak mengeluarkan kueh setelah dikukus

kerabu apple hijau

tc sagatkan sebiji apple hijau tc kisarkan cili padi dan belacan yang dibakar tc hiriskan bawang besar tc perahkan asam jawa dengan air masak kesemua bahan diatas tc gaulkan bersama, tc tambahkan sedikit garam dan gula sedap makan dengan nasi panas

Wednesday, May 9, 2012

ayam goreng style kfc

pernah buat sebelum ni amat mudah bahan2nya: kepak / paha ayam - dibasuh, ditoskan dan dilap menggunakan tuala dapur 1 biji telur - dipukul sekejap menggunakan garfu bahan untuk tepung salutan (gaul sebati): 1 bahagian tepung gandum 2 bahagian terpung beras 2 bahagian tepung jagung 2 bahagian tepung ubi 1 bahagian serbuk kari 1 bahagian serbuk cili 1/2 bahagian garam halus panas kan minyak celupkan kepak ayam kedalam telur, kemudian celupkan kedalam tepung salutan goreng sehingga garing

Thursday, May 3, 2012

rendang nangka berdaging

300gram nangka muda - direbus 300 gram daging (tc rebus dulu ) 1 biji kelapa 3 sudu besar rempah kari 2 sudu besar kerisik 3 helai daun kunyit 3 batang serai dititik 3 keping asam gelugur/perahan air asam jawa garam dan gula secukupnya rempah penumis disangai dan dikisar : 1 sudu teh ketumbar 1/2 sudu teh jintan kasar 1/2 sudu teh jintan halus bahan kisar 7 ulas bawang merah 5ulas bawang puteh 1" halia 1/2" lengkuas panaskan minyak tumis rempah penumis masukkan bahan kisar dan tumis sehingga kekuningan/naik bau masukkan rempah kari yang dah dibancuh dgn air, tumis sehingga pecah minyak masukkan santan, daging dan nangka...didihkan apabila kuah sudah separuh pekat, masukkan daun kunyit tambah garam dan gula serta kerisik dan masak sehingga pekat (seperti buat rendang biasa)

Followers