Wednesday, May 16, 2012

kueh lapis

teringin sangat nak makan kueh ni. Betul ....beli aja mudah rm 1 dapat le 2 / 3 ketul tetapi ianya tak dibuat ikut citarasa kita. merajinkan diri kedapur, maka lepas le hajat dijiwa bahan2nya : bahan A (dimasak dan disejukkan) 3 cawan air 1-1/4 cawan gula 3 helai daun pandan bahan B 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung ubi 1 cawan santan pekat garam secukupnya pewarna ikut suka (tc gunakan pewarna merah aja, sebab nak lapiskan merah dan puteh...warna bendera dan juga ikut style dulu2) kisar tepung gandum, tepung ubi berserta garam dengan air gula yang dah sejuk bila adunan dah sebati, masukkan santan dan kisar sekejap aja, jangan terlebih kisar nanti kueh jadi berminyak bahagikan adunan kepada dua, sebahagian dibiarkan kosong dan sebahagian diwarnakan merah kukus setiap lapisan selama 5 minit / sehingga masak buat le selapis demi selapis sehingga habis selepas menuangkan lapisan terakhir, kukus ueh selama 20 minit baru dimatikan apinya sejukkan sebelum dipotong nota: loyang pengukus tc lengserkan dengan minyak masak, kemudian tc letakkan plastik sebagai alas, jadi senang nak mengeluarkan kueh setelah dikukus

No comments:

Followers