Monday, April 20, 2009

klang


hari tu tokchik kena temankan boss ke kedai komputer yang terletak di shaw centerpoint, parking kat aras 5 bangunan tersebut, keluar ja dari kereta boss mata tokchik melilau melihat sekeliling, bergerak menuju ketepi tembok penghadang, memandang kebawah, memerhatikan keadaan dipersekitaran bangunan shaw centerpoint......

ini le punca kesesakkan yang menghantui penduduk klang, kesesakkan yang bermula sejak oktober 2007........ikutkan jadual asal, projek menaikkan taraf ni siap pada penghujung 2009.......tokchik rasa tak mungkin boleh siap, sebab sebatang taing pun belom tegak lagi

pemandang disekitar bangunan shaw centerpoint


yang ni nampak ok lagi

yang ni nampak berserabut

yang ni berserabut nya

Sunday, April 19, 2009

demi sesuap nasi

semasa menunggu bus untuk ketempat kerja, tokchik terpandang kelibat seorang perempuan yang asyik menyelongkar longgokkan sampah, mencari bahan buangan yang boleh dikumpulakn untuk dijual semula untuk dijadikan sumber pendapatan menyara keluarga

berdasarkan pengamatan tokchik, wanita ini bukan warga tempatan, tetapi bukan itu yang tokchik nak war-warkan.......kesungguhan dia mencari rezeki, siapa kata bumi malaysia ni tak makmur...............rajin atau malas sahaja kata kuncinya.


'REZEKI TAK AKAN DATANG DENGAN HANYA MENADAH TANGAN MEMOHON KEPADA TUHAN TANPA USAHA SERTA IKHTIAR" lain le kalau menadah tangan meminta sedekah....

ini le wajah wanita berkenan yang tokchik curi2 ambik gambarnya

birthday DATUK

malaysia ni negara majmuk yang dihuni oleh pelbagai suku kaum, satu hobi tokchik.....suka memerhati, suka bertanya kalau ada yang tokchik rasakan pelik..

baru-baru ini kat tempat keja tokchik, tokchik terperasan yang boss tokchik tapau berbungkus2 nasi lemak, ada kari ayam, gulai kambing, telur rebus, pisang, roko daun le......
"you orang nak buat apa semua ni" tokchik bertanya.
" ini hali aaaaaaa.....latuk punya birthday, mau kasi sembahyang maaaaaaa" itu jawaban yang tokchik dapat.


ni le rupanya datuk yang menyambut birthday tu, tapi jangan silap, bukan yang berbaju kotak2 tu, yang tu cucunya aja (hehehehehe) datung nya tu.....yang didalam...papan sekeping juga setongkol batu yang ada tulisan macam cakar ayam, konon-kononnya tulisan jawi


kalau nak tau, "datuk" yang mereka sembah ni merupakan "datuk" melayu, ada lagi satu datuk yang konon2nya berfungsi sebagai penjaga keselamatan rumah, patung datuk ni lengkap berbaju melayu, bersamping, bersongkok, setiap kali menyembahnya, ada keminyan yang dibakar, ada rokok daun serta tembakau dan sirih, acara menyembah datuk ni sebulan dua kali, setiap 1hb dan 15 hb, semasa hari menyembah datuk mereka tak akan makan daging babi...... mengapa tak boleh makan........"itu datuk marah, lu tak tau ke, itu datuk melayu, tak suka itu empat kaki"


tak tau tokchik bagaimana mula nya ada datuk melayu dalam penyembahan orang cina, juga sepakara lagi yang tokchik difahamkan, bomoh-bomoh mereka ni, kalau menurun, selalunya diresapi oleh roh datuk melayu, panglima melayu, ada juga yang mendakwa almarhum sultan abdul samad juga raja2 selangor dimasa silam menjadi pendamping si tok bomoh tu......

setiap kali sembhyang besar, yang tak tinggal........air sirap

Tuesday, April 7, 2009

malaysia boleh



ni le perangai orang malaysia, semua nak mudah, ada peraturan tak mahu diikuti, bila dah kena saman mula nak membebel. kat tempat ni selalu berlaku kemalangan, itu pun masih ramai yang tak serik-serik dan mengambil ikhtibar, agaknya bila dah tercabut nyawa baru nak menyesal..........masa tu berbaloi ke penyesalannya

tampal aja le......lu punya suka



lupa kan sejenak kisah along yang tak ada kaitan persaudaraan dengan kita semua.
sepekara yang menarik perhatian tokchik adalah kehadiran iklan-iklan yang menyemakkan dan mencacatkan pandangan mata. iklan ...rumah/bilik untuk disewa, iklan ceti haram, iklan ubat kuat untukk lelaki le dan pelbagai lagi


kat sini patutnya ada peta panduan jalan sekitar Klang, tapi yang terlihat gambar khir toyo...

kat sini pun ada


orang-orang yang menampak iklan-iklan ni semuanya tak ada kesedaran sivik, tak tau ke mereka perbuatan mereka tu dah mencacatkan pemandangan. terfikir juga tokchik mengapa kah pihak berkuasa (Majlis Perbandaran Klang) tak nak mengambil tindakan terhadap mereka yang "gatai tangan" dok tampal iklan haram ni, bukannya susah, no telefon mereka ada tertera, saman aja

alalalalalong long lelong long long


jambu dipotong bergaul petis
disantap orang dikala petang
terbeliak mata memandang notis
ceti haram menuntut hutang

mukadimah tokchik kalai ni dimulakan dengan berpantun, almaklum le.....orang lama, menyusuri jalan nak menuju ketempat keja, tampalan notis yang banyak dikanan jalan yang tokchik lalui menarik minat tokchik...."apa kehalnya nie" hati berbisik..... sejenak langkah terhenti......"alamak.......tulisan cina le pula, mana aku nak faham, kalau dulu aku masuk sekolah cina pasti best, pasti aku dapat faham apa yang ditulis",


tokchik pun keluarkan hand phone, lalu tokchik ambik le gambar, bawa ketempat keja, tokchik tanyakan dengan rakan sekerja berbangsa cina apa yang tercatat kat kertas tu, "aiyaaaaaaaaa pakcik, lu tatak tau ka, ini olang sudah pinjam itu along, wang tada bayar, along kasi notis le" ...."lu aaaaa jangan main-main sama itu along tau, lubang cacing pun dia kasi korek tau " bersungguh-sunguh apek tu menerangkan, dalam hati tokchik gelak juga.........."lubang cacing!!!!!...aku yang comel ni mana le muat kalau nak menyorok dalam lubang cacing" ...... kwang......kwang......kwang


along tu dah tampal juga butiran peribadi si peminjam dan juga gambar 2nd wife dia........mana mau lari beb............ kan wa dah pesan sama lu, itu along bukan along bibi, bukan along jeny juga bukan paklong L, itu along tak boleh bikin kawan, itu along potong kepala punya.......

ingat ya, jangan pinjam dengan along.......... nanti lari masuk kolong, jangan pinjam dengan ceti, wang tak bayar lu orang mati

Followers