Sunday, April 19, 2009

birthday DATUK

malaysia ni negara majmuk yang dihuni oleh pelbagai suku kaum, satu hobi tokchik.....suka memerhati, suka bertanya kalau ada yang tokchik rasakan pelik..

baru-baru ini kat tempat keja tokchik, tokchik terperasan yang boss tokchik tapau berbungkus2 nasi lemak, ada kari ayam, gulai kambing, telur rebus, pisang, roko daun le......
"you orang nak buat apa semua ni" tokchik bertanya.
" ini hali aaaaaaa.....latuk punya birthday, mau kasi sembahyang maaaaaaa" itu jawaban yang tokchik dapat.


ni le rupanya datuk yang menyambut birthday tu, tapi jangan silap, bukan yang berbaju kotak2 tu, yang tu cucunya aja (hehehehehe) datung nya tu.....yang didalam...papan sekeping juga setongkol batu yang ada tulisan macam cakar ayam, konon-kononnya tulisan jawi


kalau nak tau, "datuk" yang mereka sembah ni merupakan "datuk" melayu, ada lagi satu datuk yang konon2nya berfungsi sebagai penjaga keselamatan rumah, patung datuk ni lengkap berbaju melayu, bersamping, bersongkok, setiap kali menyembahnya, ada keminyan yang dibakar, ada rokok daun serta tembakau dan sirih, acara menyembah datuk ni sebulan dua kali, setiap 1hb dan 15 hb, semasa hari menyembah datuk mereka tak akan makan daging babi...... mengapa tak boleh makan........"itu datuk marah, lu tak tau ke, itu datuk melayu, tak suka itu empat kaki"


tak tau tokchik bagaimana mula nya ada datuk melayu dalam penyembahan orang cina, juga sepakara lagi yang tokchik difahamkan, bomoh-bomoh mereka ni, kalau menurun, selalunya diresapi oleh roh datuk melayu, panglima melayu, ada juga yang mendakwa almarhum sultan abdul samad juga raja2 selangor dimasa silam menjadi pendamping si tok bomoh tu......

setiap kali sembhyang besar, yang tak tinggal........air sirap

No comments:

Followers