Friday, October 28, 2011

kueh lompang




sumber : cute oven small kitchen

yang pasti resepi ni menjadi, jadi tc panjangkan lagi zakat ilmu ni, terima kasih naz

kueh lompang (adunan ni tc dapat 14 biji - jika diisi 3/4 acuan)

bahan A (adun sebati)
50gram tepung beras
50 gram tepung ubi
100 ml santan

bahan B (dimasak sehingga gula larut dan disejukkan)
125 gram gula
100 ml air
1 helai daun pandan

bahan C
parutan kelapa dicampur garam

satukkan kesemua bahan A dan B, gaul sebati
bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka
isikan adunan kedalam acuan - tc isi setakat 3/4 bahagian acuan aja
kukus sekitar 10 minit
nak tau jadi atau tidak kueh lompang ni, cuba perhatikan ditengahnya, akan ada lekuk/berlompang...maka baru lah boleh dikatakan kueh lompang

Thursday, October 27, 2011

kueh bakar berempah



mengunakan bancuhan adunan yang sama seperti reesepi kueh bkar diposting terdahulu
cuma kali ni tc buat 1/2 adunan dan menggunakan oven bukan seperti biasa dimasak diatas dapur gas
lebihkan telur...lembut aja kueh nya

ayam goreng




malam ni teringin nak makan ayam goreng sahaja.
balik kerja singgah kekedai beli bahagian dada, sampai rumah bersihkan, toskan dan lap kasi kering
kemudian tc pecahkan sebiji telur
celupkan kedalam telur kemudian salutkan dengan tepung,
goreng sehingga garing...sedap pula makan panas2 semasa sejuk musim hujan ni

untuk tepungnya (campurkan dan gaul rata):
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili
1/2 sudu makan garam halus

Wednesday, October 26, 2011

kari ayam yougrt



bahan2 yang diperlukan

1.5 kg ayam - dipotong ikut suka dan dibersihkan

2 biji bawang besar dimayang
1-1/2" halia - dikisar/ditumbuk
6 ulas bawang puteh - dikisar/ditumbuk

3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili (untuk warna yang cantik)

rempah penumis
daun kari
daun ketumbar

3 biji tomato dipotong 4
3 biji kentang belah 4
3 biji cili hijau dibelah dua (jangan putus)
dua bekas kecil yougrt perisa asli (140ml setiap satu)
perahan air asam jawa / 3 keping asam gelugur

panaskan minyak
masukkan rempah penumis, bawang besar yang dihiris dan juga daun kari
tumis sehinnga bawang layu dan agak kekuningan
masukkan halia dan bawang puteh yang dikisar
tumis sehingga garing
masukkan rempah kari yang telkah dibancuh dengan air, tumis sehingga rempah pecah minyak
masukkan ayam, goreng sekejap dengan rempah
masukkan air secukupnya, tambahkan kentang, masak sehingga kentang agak empuk
masukkan yougrt, lada hijau yang dibelah
bila kuah agak pekat, masukkan daun ketumbar dan tomato
tambah garam secukupnya

nota:
tc suka kuah kari ni sedikit pekat

apam lagi



buat apam tapai beras lagi...
cuma kali ni kelapanya terlupa nak letak
yang pasti licin

pulut panggang







teringin nak makan pulut panggang, ari tu buat le sikit terlanjur serunding masih bersisa.
tanak pulut (jangan lembik)
layurkan daun pisang
ambil pulut yang masih panas, letakkan atas daun pisang, letakkn serunding, balut dan gunakan stapler untuk mencantumkan hujung daun pisang
sapukan sedikit minyak pada daun pisang sebelum memanggang..untk mengelakkan daripada hangus
gunakan kuali leper, panggang sekitar 3 minit untuk setiap belah

kaki ayam dengan cendawan



tc biasa lihat rakan sekerja berbangsa cina makan lauk kaki ayam ni, sedap depa kata, dok tanya juga macam mana penyediaannya...jadi bila semua bahan ang diperlukan ada didapur makan operasi pun bermula

bahan A
10 batang kaki ayam (betul ke penjodoh bilangannya tu)
6 kuntum cendawan kering (direndam sehingga lembut)
5 tangkai lada kering (diptong anggaran 1/2 ")
1/4" halia (dihiris nipis/dimayang)
1.2 liter air / stock ayam (kalau tak ada tambah aja serbuk pati ayam)
minyak masak secukupnya untuk menumis
sedikit minyak bijan

bahan B
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawa
3 biji buah pelaga

bahan C
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair (kalau tak ada gantikan aja dgn garam secukupnya)
1 sudu besar kicap pekat
gula secukupnya

kaki ayam dibersihkan dan digoreng garing, toskan dan rendam dalam air sekurang2 1 jam, bertujuan membuangkan minyak yang ada

panaskan minyak masak yang dicampurkan dengan sedikit minyak bijan (kalau mengikut resepi asal, ianya menggunakan minyak bijan, tetapi tc tak suka akan baunya, jadi letak sedikit untuk rasa dan bau)

bila minyak dah panas, masukkan hirisan halia dan cili kering yang dipotong, goreng sehingga layu dan garing

masukkan air, cendawan serta kaki ayam
tambahkan rempah penumis sertam masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram
didihkan dengan api kecil sehingga kaki ayam lembut dan kuahnya tinggal 1/3 sahaja daripada jumlah asal. kalau nak lebih pekat pun boleh

Wednesday, October 19, 2011

jemput2 kelapa sambal tumis



terpandang sambal tumis dan baki kuah ikan gulai lemak tempoyak tetiba pagi ni teringin nak makan jemput2 kelapa. masa kecil2 di kampung, arwah bonda petik kelapa kemantan, diparut baru dibuat jemput2...terasa lemaknya..garing..sedap...kat sini terpaksa le guna kelapa tua

Tuesday, October 18, 2011

kek cokelat lembab




sumber resepi daripada blog teratak impian (rujukan sumber dapur maklang, dapur mamasya)
terliur melihat gambar yang ditempekkan, setelah memastikan semua bahan yang diperlukan ada tc apalagi mulakan projek kek cokelat lembab (orangnya tak lembab ya...hehehehe)
minta izin pada yang berkenaan, minta dihalalkan resepinya, tc nak kongsikan dengan orang lain pula, sebab sedap sangat, lembut, lembab keknya

bahan A (diayak rata)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat of soda

bahan B
4 bii telur
1 cawan susu pekat
1-3/4 cawan gula (tc guna kan gula pasir biasa, kemudian tc kisar halus)
1 cawan minyak masak (tc gunakan minyak jagung)
1-1/2 cawan air panas yang mendidih

penyediaannya :
1. putar gula dan telur sehingga kembang
2. masukkan susu pekat, putar sebati
3. masukkan minyak jagung, gaul sebati
4. masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
5. masukkan air panas, gaul rata (tc guna hand whisk)
6. tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas minyak
7. oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 175celcius, bakar selama 50- 60 minit (ini ukut oven tc)
8. check kek yang dimasak, jika masih belum masak sepenuhnya tambah sedikit lagi mas membakarnya

Thursday, October 13, 2011

sambal asam lada potong



sesuai untuk yang kurang selera makan akibat demam, sebab ada rasa masam, pedas. mudah amat menyediakannya
hiriskan :
bawang besar
cili hijau

perahkan air asam jawa
sedikit belacan

panaskan minyak
gorengkan bawang dan lada sehingga layu, angkat dan toskan minyak
keluarkan minyak dan tinggal sekitar 1 sudu makan
goreng belacan sehingga garing (dihancurkan)
masukkan air asam jawa,
masukkan lada dan bawang yang dah digoreng tadi
tambah garam dan gula secukupnya
didihkan sekita 3-4 minit sahaja

nota :
boleh tambah ikan bilis yang dah digoreng
boleh masukan taucu
boleh masukkan sekali ikan goreng
kalau nak masukkn tempe dan tauhu yang dah digoreng pun boleh cuma kena keringklan kuahnya
daripad asatu resepi leh dapat masakkan yang lain

Monday, October 10, 2011

kek tapai ubi kayu



sekali lagi mencuba resepi dari blog Along Raz@home kreation (resepi asal kak wan @citrarasawan)
komen tc......sedap, anak buah tc yang makan kek ni komen "tak rasa tapai ubi pun" "seakan2 rasa macam cheese cake"
along raz/kak wan, tc tepekkan resepi anda disini ya, terima kasih banyak2 sebab berkongsi resepi yang seedap ni. bahan2 yang digunakan tak banyak, cuma tc groupkan supaya senang.

bahan A:
4 biji puteh telur
a/8 sudu teh cream of tartar

bahan B
225gram butter
160 gram gula kaster (tc guna gula pasir kemudian tc kisar halus)
2 sudu teh ovelate

bahan C
6 biji kuning telur

bahan D
200 gram tapai ubi - dilenyek halus

bahan E
160gram tepung superfine (tc pakai tepung gandum biasa aja sbb tak ada)
30 gram susu tepung

bahan F
2 sudu teh cokelat emulco (tc gunakan serbuk koko)


cara2nya
putar puteh telur dan krim of tartar sehingga kembang / bertanduk

putar bahan B (butter, gula dan ovelate) sehingga kembang/puteh

masukkan tapai yang dah dilenyek, gaul sebati
masukkan kuning telur satu persatu dan gaul sebati
masukkan tepung dan susu tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati
masukkan puteh telur sedikit demi sedikit dan gaul sebati
asingkan 1/4 adunan dan campurkan dengan cokelat emulco/serbuk koko
tuangkan adunan kosong kedalam bekas pembakar, kemudian tuangkan adunan cokelat
ratakan
untuk oven tc, suhu yg tc gunakan 170celsius (along kata 160c) selama 30 minit - api bawah
kemudia tukar kepada api atas bawah dan bakar selama 15 mninit lagi

Sunday, October 9, 2011

hp ku meragam



hari ni my N8 buat hal....tetiba semuanya jem...tetiba semua nya "hang"
yang pasti tc yang "hangin"
skrin sesentuhnya tak berfungsi
on / off button pun tak berfungsi
orang call/sama-- tak leh nak terima, tak boleh nak baca dan reply
dah berkira2 nak htr kekedai
dah berkira2 nak tukar ke samsung galaxy2

alhamdulillah, jodoh tc dgn N8 ni panjang lagi, anak buah tc ajar, jikalau mengalami masalah sedemikian, jangan panik, apa yang perlu dilakukan adalah :

tekan butang *#7370#
jika perlukan password...taipkan sahaja 12345

data yanga da akan didelete dan handphone yang "hang" akan berfungsi semula

asam pedas tetel



dah lama teringin nak makan asam pedas tetel ni, pagi tadi ke pasar, beli sekilo, balik kerumah tc rebsu dulu menggunakan pressure cooker,... jadi masa memasak akan lebih cepat dan daging jadi lebih lembut

bahan yang diperlukan

bahan A
daging tetel
adam keping / perahan air asam jawa
beberapa helai daun limau purut
daun kesum

kisarkan:
30 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang puteh
1-1/2" halia
1/2 " lengkuas
2" kunyit segar
1" belacan
2 biji buah keras

panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing / pecah minyak (pastikan minyak dah rempah terasing, api sederhana aja untuk menggelakkan hangus)
masukkan air asam jawa/asam keping
masukkan air secukupnya...bergantung kepada kepekatan yang diinginkan
masukkan daging tetel yang dah dicelur
masukkan daun limau purut
didihkan sekitar 10 minit
masukkan daun kesum, garam secukupnya
didihkan sekiat 4 minit, matikan api dan sedia untuk dihidangkan

chatni nenas



dah lama mengidam nak merasa chatni nenas ni, mula tau mengenai makan tradisi orang2 disarwak ni menerusi penceritaan kawan tc, dia ada juga tunjukkan gambar chatni nenas yang biasa disajikan semasa majlis kjenduri kahwin disana
bila minta dicarikan resepinya dia tak mampu membantu sehingga lah satu ketika tc terpandang di blog ddayang jack cara penyediaan chatni nenas ni
apa lagi ....terlanjur ada rendang tok, tc masak kan nasi minyak, pelengkapnya tc nak try chatni nenas ni

mengikut resepi dayang jacak ada penggunaan cuka, bersebab tc ni ada gastrik maka tc kena keluarkan cuka dan gantikan dgn air kosong aja

cara penyediaannya
1/2 biji nenas - dihiris kecil
4 sudu makan gula
1/2 sudu teh kunyit serbuk (tc gunakan pewarna kuning)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan air

2 sudu makan kismis

tc satukan nenas, gula, aiar, pewarna kuning, kulit kayu manis (sikopakkn kecil2) serta bunga cengkih
didihkan dengan api kecil sehingga nenas layu/nampak lembik dan air tinggal sedikit sahaja
masukkan kismis gaul seketika (slm 1 - 2 minit) dan matikan api
sememangnya sedap chatni nenas nie

Saturday, October 8, 2011

rendang tok



anak saudara tc bercerita dia ada memask rendang tok...aduhai...menggangu minda betul cerita rendang tok tu... maka tc pun kena lah merendang...kali ni memang leh panggil rendang tok sbb tokchik yang masak.....hehehehehe
bahan yang diperlukan

1 kilo daging..dipotong ikut suka
1/2 kilo santan

1/2 biji kelapa dibuat kerisik
120 gram gula melaka/gula merah
garam secukupnya
daun kunyit
daun limau purut

rempah penumis
perahan air asam jawa/ asam keping

bahan kisar (goreng dulu)
25 tangkai cili kering ( nak pedas tambah lagi)
5 btang serai- hiris halus
10 biji bawang merah - hiris halus
6 ulas bawang puteh - hiris halus
2" halia - hiris nipis

gorengkan juga (guna minyak)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar

kisarkan bahan yang digoreng (lada kering, halia, bawang puteh, bawang merah)
masukkan daging kedalam pressure cooker, tuangkan bahan kisar, air asam jawa
masukkna ketumbar jintan yang dah digoreng (jangan ditumbuk)
masukkan rempah penumis
masak menggunakan pressure cooke hanya mengambil masa sekitar 25 minit untuk mengempukkan daging
pindahkan daging kedalam kuali, tambahkan santan, masukkan gula merah, masukkan daun limau purut,
didihkan dengan api sederhana/kecil
bila kuah sepruh pekat, masukkan daun kunyit yang disiat2
masak sehingga hampir pekat, tambahkan garam,
rasa masin manisnya,
masukkan kerisik, masak sehingga kering

nota:
untuk rendang yang agak kering dan berderai, kerisik yang dibuat jangan terlalu hancur,
guna kan dia jenis kerisik, satu yang lumat dan berminyak, satu lagi yang dikisar kasar.
setelah rendang agak kering matikan api, selepas disejukkan beberapa jam, panaskan semula, maka renadang akan nampak lebih cantik

kueh kukus bawang goreng



resepi diambil dari alongroz@home kreation
tergoda melihat gambarnya, lepas tu teringin nak tau bagaimana rasanya kueh yang manis diletakkn bawang goreng diatasnya...bila dah buat, bila dah merasa.... sememangnya sedap. Along Roz, tc minta izin nak share kan resepinya disini ya (tetapi dengan sedikit ubah suai)

bahan A (loyang 8" x 8")
160 gram tepung gandum (asal 3/4 cawan + 2 sudu makan )
50gram (asal 1/4 cawan)
3/4 cawan gula pasir (asal 1/2 cawan)
3 cawan santan daripada sebiji kelapa (asal 2 cawan)
secubit garam
pewarna hijau + pandan emulco

1/2 genggam bawang goreng (tc buat sendiri)

blenderkan aja kesemua bahan A sehingga sebati
tuangkan adunan kedalam loyang pengukus
taburkan bawang goreng
kukus selama 40 minit


terima kasih along raz untuk resepi yang sedap
kalau tak nak letak bawang goreng...kukus kosong dan taburkan kelapa paurt camnpur garam pun sedap rasanya

Thursday, October 6, 2011

rendang kari daun kunyit



bahan yang diperlukan:
1.5 kg ayam - potonglah ikut suka (gaulkan dengan garam dan kunyit dan digoreng terlebih dahulu)

rm 2 santan pekat
3 sudu makan kerisik

3 sudu rempah kari (tc gunakan rempah faiza...raja kari)
1/2 sudu serbuk cili

rempah penumis
daun kunyit
daun limau purut
perahan air asam jawa
garam dan gula secukupnya

kisarkan
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang puteh
1/2" halia
1/4" lengkuas
3 batang serai

cara memasaknya :
panaskan minyak
tumiskan rempah penumis
kemudian masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing
masukkan serbuk kari dan juga serbuk cili (untuk warna yang lebih menarik)
tumis sehingga pecah minyak
kemudian masukkan santan dan ayam,aiar asam jawaserta tambah sedikit air,masukkan daun limau purut dan juga daun kunyit yang disiat2
didihkan sehingga kuahnya pekat. Tambahkan garam dan gula secukupnya serta masukkan kerisik
masak sehingga kuahnya pekat
sedap dimakan dgn nasi himpit/ketupat

Wednesday, October 5, 2011

kek lapis bumi



tergoda tengok gambar kek ni semasa menjengok blog teratak impian, jadi tc cuba le, cuma hasil kerja tc tak secantik mereka sebab tc guna loyang saiz 8" x 8" (tak ada loyang yang kecil)
minta izin ya kepada semua yang terbabit dengn resepi ni tc nak tempek kan kat sini

KEK LAPIS BUMI
Sumber: Dzana@Inspirasiku
(Sumber : HaSue: I Love My Life)
Bahan2 (Untuk separuh adunan biasa) akak guna loyang bulat 7 " x 7 "
• 220g Mentega
• 90g /1/2 Gelas gula halus-kurangkan kpd 80g jika x suka manis
• 110g /1 Gelas tepung gandum
. 1/4 cawan horlick
• 5 Biji telur
• 150g seri kaya
• 190g/ 1/2 tin kecil susu pekat manis -susu tin rendah boleh rujuk sini
• 1/2 sudu teh serbuk nescafe + 1 susu serbuk koko(campurkan dengan 1 sudu air panas)
• 1/2 penutup botol esen vanilla
• Pewarna Hijau dan Kuning secukupnya


Cara-cara : Ikut cara Dayang@dapurku Sayang
1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis.
5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
6. Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
7. Masukkan tepung dan diadun sekata.
8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair.
11. Akhir sekali ialah adunan nescafe. Ulangi proses hingga habis.
12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
13. Sejukkan kek sebelum dipotong.


komen tc :
tc rasakan kek ni agak berminyak, tetapi rasanya memang sedap, mungkin kalau nak buat sekali lagi tc nak kurangkan penggunaan mentega nya

Monday, October 3, 2011

bingka labu



bahan A
500gram labu (dikukus dan dilenyek)

bahan B
500ml santan
250 gram tepung gandum
220 gram gula
3 biji telur
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

kisar semua bahan B sehingga sebati kemudian masukkan bahan A dan kisar sebati
tuangkan kedalam acuan loyang berlubang tengah dan bakar diatas dapur gas dengan api paling kecil sekitar 50 - 60 minit atau sehingga masak

Sunday, October 2, 2011

tips membuang sisik ikan



cara mudah nak membuang sisik ikan dan yang pasti sisik ikan tu tak berselerakkan didapur.
ambil sehelai beg plastik yang agak besar, masukkan sehelai surat khabar didalamnya dan letakkn ikan,
mulalah "menyikat" sisik ikan berkenaan, yang pasti sisik ikan tersebut tidak akan berterbangan kerana semuanya terperangkap didalam beg plastik

apam yougrt



jenguk kat blog kak ros "my kuali", terliur dengan apam yougrt, buat setengah adunan, cuma tokchik guna warna merah dan kuning.... warna bendera selangor
tokchik tepek kan resepi yang tokchik cilok dari blog my kuali

1-1/2 cawan gula castor (kak ros guna 1-1/3 cawan)
1 sudu teh ovellete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yougrt
2 biji telur
1/2 sudu teh double action baking powder
1 sudu teh esen vanilla ( tokchik yg letak sebab tak suka bau telur)

tc gunakan pewarna merah dan kuning

satukan kesemua bahan kecuali pewarna kedalam bekas dan putar sehingga kembang dan likat, seperti nak buat bauhulu
asingkan 2 senduk kecil dan setiap senduk diwarnakan ikut suka

tuangkan aduan kosong kedalam acuan kemudian letakkan adunan yang ada warna sedikit diatasnya
buat sehingga selesai
kukus sekitar 15 minit (jika acuan kecil) kalau yg agak besar tambahkan sedikit masa mengukusnya

Followers