semasa kekedai, tc terpandang telur itek yang nampak segar. Betul2 menggamit naluri untuk membelinya.
Dalam hati dah terfikir "masak lemak cili padi best ni". tc beli lah 4 biji.
cara tc mengulai telur itek:
kisarkan :
10 tangkai cili padi (nak pedas tambah lagi)
1-1/2" kunyit segar
6 ulas bawang merah
1/2" belacan
bahan lain:
rm 1 santan pekat
2 keping asam gelugur (dapat buah belimbing buluh lagi umphhh)
tc tuangkan bahan kisar kedalam periuk,
tc tambahkan santan pekat dan asam keping
tambahnkan air anggaran 500ml
masak hingga kuah mendidih dan masukkan telur satu persatu
tambah garam secukupnya
No comments:
Post a Comment