Monday, March 23, 2009

kuala selangor


Apa yang ada diKuala Selangor? tarikan pelancungan disini seperti Bukit Melawati,hutan paya bakaunya, disebelah malam boleh melihat ribuan kelip-kelip yang berterbang dihabitat semula jadinya di kuala sungai selangor, juga terdapat penempatan nelayan di muara sungai kuala selangor

lama dah mendengar kisah bukit melawati ni, sehingga lah satu ketika tokchik berkesempatan untuk melihat sendiri tinggalan sejarah berkenan.



kalau malas nak berjalan kaki mendaki bukit melawati, naik aja le trem ni, bayaran yang dikenakan kalau tak silap okchik rm 2. diatas puncak bukit ni terdapat rumah api lama yang masih lagi berfungsi dengan baik, juga rumah pegawai daerah, juga tempat melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh mula berpuasa dan permulaan hari raya.


pemandangan indah kuala selangor dari puncak bukit melawati.

di puncak bukit melawati ni terdapat ratusan ekor monyet jinak yang bersedia dihampiri, bawakan saja pisang atau kacang, pasti anda akan dikerumuni oleh meonyet-monyet jinak tersebut. tak percaya!!!!!! jom saksikan gambar-gambar ni sebagai bukti....heheheheeeeeeeeeeeee




kesan runtuhan kota bukit melawati yang sudah dibaik pulih, ini merupakan tangga kota bukit melawati


menurut catitan, batu hampar ini merupakan tempat dimana pemerintah kuala selangor dahulu bermain catur, terdapat juga satu lagi cerita yang menyatakan dahulunya di batu hampar ini tempat dimana seorang dayang istana yang bermukah telah dipancung dan darahnya telah ditadah dan disimbahkan kesekeliling kota sebagai semahan juga sebagai peringatan kepada rakyat jelata / penghuni istana yang lain agar tidak membuat kesilapan yang sama

a href="http://1.bp.blogspot.com/_DuI5upoDWEY/ScenxkhpXzI/AAAAAAAAAak/5NC2QbAiF7w/s1600-h/Ks17.jpg">


masa tokchik dok bergambar kat batu hampar ni tokchik terbayangkan masa hukuman pancung tu dijalankan............ngeriiiii siot







No comments:

Followers