Monday, March 9, 2009

kisah lawak.....tapi....cetak rompak ja,sudi2kan membaca

Driver Teksi Baru


Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Fasha menahan teksi untuk menghantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik" Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa.

Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak di depan untuk mengambil duit di ATM. Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan.

Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah. Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"

Fasha: "Laaa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"

Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"

Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"

Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "patutla..."

.............................................................................

janji ye bang!!!


Suatu ketika, mandilah seorang lelaki di air terjun nan indah¡­ Mandilah dia dengan menanggalkan semua pakaiannya.. . Dan berkecipak-cipuk bermain dengan air¡­

Dari kejauhan datanglah seorang Maknyah berjalan Dan mendekati, lalu mengintip lelaki tersebut yang sedang mandi¡­ maknyah sedang asyik menikmati pemandangan tersebut. .. lalu¡­ oOoopsS !!! Maknyah tersebut tidak sengaja terpijak ranting¡­ ¡°KKKRRRIIIIIEEEEK¡
Lelaki itu terperanjat !!! Lelaki : SIAPA TU??
Maknyah : (diam saja¡­ Takut kantoi,­ Oleh kerana tidak ada yang menjawab, lelaki tersebut meneruskan mandinya,

Tetapi Maknyah tersebut sekali lagi kantoi, dia jatuh terpeleot, "GUUUBRAAK"
Lelaki : SIAPA TUH AAAA ? KALAU GUA DAPAT GUA RODOK MULUT LU PAKAI **** GUA!!! Maknyah tersebut keluar dari persembunyiannya sambil senyum manja lalu berkata "JANJI YA BANG, JANGAN MUNGKIR"

...................................................................................


Surat Untuk Ayah


Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas,

Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

.................................................................................

Makcik yang Mai dari Kampung


Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali
pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan
orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut
membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in'
di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang
pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.

Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan
ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling.
Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk
di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak
ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei
jangan nak tipu orang la" Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut
kononnya untuk menutup malu pada Bibah.

Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif..."

.......................................................................


teh singgit


Suatu hari,seorang pemuda datang ke sebuah gerai mamak dan memesan satu gelas air teh.
pemuda : "mamak..teh RM1.00 satu"
mamak : "alright...."
Setelah penat menunggu,akhirnya teh yang di order telah pun siap.
mamak : "nah..nie die teh RM1.00"
pemuda : "mamak!!kenapa di dalam teh nie ade lipas(dgn nada yg marah)
dengan selamber mamak menjawab,: "takkanlah hanya dgn RM1.00,kamu boleh mengharapkan kambing di dalamnye!!!!!"


.................................................................................

Muke


Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..
Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,
Babi : "Eish, boring la plak kan kerbau.."
Kerbau : "AAh, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie.."
Babi : "Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kao."
Kerbau : "Hmmm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau".
Babi : "Ok. Kau dok diam2.."
5 minit kemudian,
Babi : "Hah, dah siap, nah.."
Kerbau : "Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau.."
Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
5 minit kemudian,
Kerbau : "Nah dah siap muke kau yang lawa ni.."
Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)"Ape yang kau lukis nie Kerbau???"
Kerbau : "La betul la ape yang aku lukis tu."(Kerbau tak puas hati)
Babi : "Nie bukan muke aku,­ Nie muke BABI.."

...............................................................................
kenapa mati hari jumaat


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. .beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9....00 am ...



tiba-tiba... .....






Pintubilik ICU itu terbuka....

Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..

Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut.... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan. . vacuum cleanernya.. ..

................................................................................

Sameon


Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum “
” Walaikumsalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

No comments:

Followers