malam tu semasa landing sambil melayan mata sebelom terlelap, tokchik, ain, nadia, susi dok le mengomel kisah2 lama, kisah masa mereka kecil2
"esok kita nak masak apa untuk makan tengahri pakcik" ain bersuara.
" ya lah tokchik, buat pecal sedap juga" susi menyampuk.
"pakcik, nadia nak makan paceri nenas le" jelas terdebgar suara nadia
apa lagi, tokchik capai pen dan kertas, "jom kita plan nak masak apa esok"
macam2 menu yang keluar, setelah mencapai kata sepakat, persetujuan diambil, menunya adalah, ayam goreng berempah, paceri nenas, ikan masin goreng, urap pucuk ubi + tauge+ kacang pnjang (ada setengah tempat pangil kerabu, tapi urap ni ada campuran kelapa parut) ada tempe goreng, sambal belacan..........kena lak dengan nasi panas........makan beramai, makan berebut2 orang kata.......memang seronok
makan le jangan malu-malu
>
semua yang dihidangkang tengahari tu "bersih". . . tokchik suka tengok cara atira makan, dia tak toleh kiri kanan, tumpuan dia hanya pada nasi dan lauk yang ada didalam pinggan dedepan mata, tak bercakap, siap makan dia bangun dan bawa pingan ke sinki
No comments:
Post a Comment