Monday, February 14, 2011

bekam darah


tc mencuba cara pengubatan bekam darah ni sebagai alternatif.
penyedia perkhidmatan bekam darah ni mengenakan bayaran sebanyak rm 5 untuk satu cawan bekam, kebiasaannnya memerlukan 10 cawan bekam tetapi kalau badan besar mcm tc ni mungkin lebih, semasa sessi rawatan tu, tc menggunakan 15 cawan bekam.
sebelum sessi rawatan bermula, dalam minda tc bermain persoalan, sakit ke apabila kulit ditusuk dengan jarum, lepas berbekam tu adakah tc akan mengalami pening2 atau rasa seakan-akan hendak pitam......
apa pun tc teruskan juga hajat nak mencuba


peralatan yang digunakan




sessi rawatan bermula, bahagian belakang tc dibersihkan, kemudian prosess berbekam peringkat pertama bermula....dibekam untuk mengeluarkan angin...kira2 10 minit

perhatikan wap yang terbentuk semasa proses peringkat pertama bekam dilakukan...wap yang terhasil apabila angin dalam badan disedut keluar



selepas 10 minit, cawan bekam ditanggalkan, kulit dibersihkan, peringkat kedua bermula, kulit akan ditusuk dengan jarum, tc mengira juga.....sekitar 30-37 tusukan disetiap tempat yang dibekam. jangan risau, tak sakit sebenarnya, mungkin sebab kulit tc yg tebal....hahahahaha





jelas terlihat darah yang dibekam keluar dan juga wap yang terbentuk (sebab terdapat banyak angin dalam badan)





bekas2 bekam dibadan yang akan kekal sekitar seminggu, tetapi memang rasa sedap badan selepas dibekam

4 comments:

Anonymous said...

bekam ini sunnah nabi..buang darah kotor..buat badan rasa sihat..3 bulan boleh mencuba kembali..

Mohd Kamal said...

MasyaAllah banyaknya darah kotor TC. Alhamdulillah semua sudah keluar toksin dalam badan TC.

tok_chik said...

kali pertama tc mencubanya

alhamdulillah
tak sakit
tak ada kesan sampingan seperti rasa loya atau nak pitam
orang yg buat kerja bekam tu juga tertib dan berhemah kerjanya
yang pasti tc akan buat lagi selepas ni

Anonymous said...

lepas bekam darah bolehlah mencuba derma darah pula..ia baik utk kesihatan..tolong menolong sesama insan yg memerlukan..

Followers