sebelum ni hnya membaca rungutan rakan blogger yang lain tentang hasil kerja mereka yang diciplak. kali ni terkena diri sendiri..pemilik akaun facebook resepi bonda telak mengguna pakai gambar daripada blog tokchik...kemudian postkan diwall facebook beliau...
gambar masakan tokchik...masak lemak pucuk meranti dengan keledek yang dipostkan pada tarik 05-09-2010 (masa tu tc tak letaka watermark lagi kat gambar2 diblog tc)
menggunakan gambar yang serupam admin resepi bonda letakkan resepi pucuk manis masak lemak dengan labu..
sebelum ni tc pernh menghubungi admin resepi bonda kerana beliau menciplak gambar dan resepi daripada blog mat gebu...dapur tanpa sempadan...sbb dalam resepi tu ada yang beliau terlupa nak buat nama "mat"
kebetulan tc dah pernah melihat posting berkenaan diblok cik mat gebu
tc dah menghubungi admin resepi bonda minta dikeluarkan gambar berkenaan, nampak gayanya tiada respond daripada beliau.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=485192114872055&set=a.276767502381185.69421.276050199119582&type=1&theater¬if_t=photo_reply
6 comments:
mmg sakit hati bila ada yg suka2 copy & paste gambar kita kan TC.. sebab tu skrg ni sy letak watermark besar2.. biarlah gambar rosak dek watermark tu dari org curi gambar sy tak tak berapa lawa tu...
betul tu madihah
tokchik tak kisah dia nak guna pakai resepi yang ada sebab tc pun memang nak berkongsi, ada ketikanya...resepi tu tc ambik daripada blog kekawan, akan tetapi kita masih lagi memberitahu dari mana sumber resepi tersebut....
yang tc kesalkan apabila dia mencuri sekali gambar yang sedia ada.
Akak pun kena jugal tokcik.amik gambar siap pdam watetmark lg.nampak sgt perampok kan.
tu lah kan cik manggis
kita tak kisah mereka nak copy paste resepi yng ada...ambiklah....sebab kita pun kekadang mengambil daripada blog orang lain tetapi kita tak lupa memberikan kredit kepada pemilik asal
tetapi kita tak pula nak cilok gambar orang
sebab tu watermark tc letak besar2 melintang kat tengah2
sekarang ni tc letak dua watermark
salam tok cik ilahjy pun dah lama dah tegur dia di fb dia awal tahun 2012..kami siap perli dia kat wall dia dia buat dekkk jer..siap gaku bonda punya resepi... dia amek kesemua gmbr dan resepi di kopi dan pasta sekali ke wall..4,5 resepi ilah di amek nya.. ilah ada save gambar wajah dia ..muka dia muka sardin jerr. geram juga..tapi apa nak kata kesemua gmbr di wall fb dia tu mmg hak orang..sbb gaya bergambar tak sekata caca marba..kita ada identiti tersendiri dia tak dee nmpk sgt dia pencuri..
assalam cik ijahjy
betul kata kamu
jenis tak tau malu
tc siap post kat wall dia lagi cakap
"anda sungguh tak bermaruah mencuri gambar dari blog saya dan mengaku itu kepunyaan anda"
kalau kata orang johor....haram tak menyahut....
dah sekian lama tc perasan dan meragui ketulenan gambar yang dipaparkan, sebab tc menyedari akan latarbelakang gambar yang tak pernah sama
ada ketika, hanya sedikit sahaja gambar yg dipaparkan....ini bermkna dia dah crop gmbar tu ambik bahagian yg boleh dipaparkan aja
yang saya pelik tu, orang yang dok komen/like gbr tu tak kan tak menyedari...tajuk resepi...pucuk manis masak dgn labu...gbr yg digunapakai tu ...pucuk meranti dengan keledek...
Post a Comment