Sunday, August 5, 2012

penawar gastrik terbaik

sekian lama, tc memang menghidap gastrik, TETAPI itu bukan alasan untuk tidak berpuasa.
mengapa tc berkata begitu? sebabnya....pada hari2 biasa pun bukan sepanjang masa kita akan diserang gastrik. setiap kali lepas berbuka, makanan yang dimakan hanya mampu bertahan dalam perut tc sekitar 1 - 2 jam, selepas tu semua akan dimuntahkan semula.
tc juga tak boleh makan pada awal pagi, kalau makan, sekitar jam 9 pagi, perut akan mula meluas dan muntah.
bercerita pasal gastrik, rakan kepada rakan tokchik memberikan petua untuk mengatasi masalah tersebut.
menurut kata beliau...cukup mudah untuk mengatasi masalah gastrik
apa yang kita perlukan adalah :
2 tin air krim soda
1 tin susu cair

didalam periuk, campurkan air krim soda dan susu, gaul sebati dan didihkan,
apabila nampak bancuhan tu mendidih/meruap. matikan api
minum secawan setiap hari (bulan puasa ni selepas berbuka) , bakinya boleh disimpan didalam peti sejuk.
tc pun mencuba petua yang diberikan, hari pertama meminumnya.....perut tak le meragam sangt ..ada juga muntah sedikit.
masuk hari kedua...."aikk......tak muntah pun malam ni:" tc berkata dalam hati
teruskan kehari ketiga dan nak dijadikan cerita, subuh tu tc terjaga, tc minum secawan milo, makan potongan tembikai dan kemudiannya tc menjamah pengat pisang. Perut tak rasa pedih atau meragam.
alhamdulillah, pada siang harinya...langsung tak rasa nak muntah atau rasa pedih pada perut.
tc minum sehingga habis "ubat gastrik" tu dan sehingga kehari ni....alhamdulillah.....gastrik tc tak melanda dan tc boleh menjamah makanan dipagi hari.
untuk makluman....tc menghidap gastrik ni sejak umur tc 15 thn.






Followers