Tuesday, January 15, 2013

persandingn mohd hidayat dan ain

pada tanggal 13-1-2013 anak buah tc mohd hidayat abd rahman (pangkat anak saudara sebab bapa beliau adalah sepupu tc) melangsungkan pernikahan dengan pasangan nurulain midin di masjid damansara damai.









majlis resepsinya berlangsung di dewan komuniti TTDI jalan Athinahappan di Taman Tun Dr. Ismail.
satu bus pak ueth bawa rombongan daripada kluang untuk turut sama meraikan majlis persandingan dayat aka along pada hari tersebut.
seperti biasa, tc pun menyibuk juga seketika..








 tc dan imran,...bushhhhhh...bussshhhhh ...bila dia nampak bus

 uda mamat sedang menyalin url blog tc daripada herman, semasa ni lah boleh berjumpa dengan saudara mara yang dah lama tak bersua muka
 selepas berkhatan, semakin naik badan sincan
 pengantin datang...pengantin datang
 ain " amacam..ramping tak aku??"
 bapa penganting yang tukang payung kan , semangat gitu
 kompang man...kompang mana....pukul le cepat kompangnya dah melengas ni berdiri dibawah terik matahari
 sama cantik sama sepadan  hidayat dan ain
 masa untuk makan, pujian ikhlas, nasi dan lauk pauk yang dihidangkan sememangnya sedap terutamanya ayam masak merah, sambalnya cukup ummmppphhhhhh..

akhir kata selamat pengantin baru buat mohd hidayat dan nurul ain. semuga jodoh kalian berkekalan hingga kehujung usia.  semuga diberikan kebahagian dalam hidup berkeluarga.

Wednesday, January 9, 2013

sambal biji cempedak


 sambal biji cempedak


sekarang ni cempedak tgh banyak. semalam tc beli sebiji.  bila dibuka...padat isinya...berwarna oren, manis dan harum.


tc goreng untuk dijadikan juadah minum petang. sambil menikmati cempedak goreng, tetiba ingatan mengimbau kezaman kecil dahulu.
kalau kami makan nangka atau cempedak, arwah bonda selalu pesan suruh kumpulkan bijinya.
nanti kakak tc akan rebus biji nangka/cempedak.  Dicampurnya garam sebagai perisa.


sedap biji nangka/cempedak ni...lemak2 gitu rasanya.
 bonda /kakak tc akan belah biji cempedak ni.
lepas tu bonda akan buatkan sambal tumis, bonda masukkan ikan bilis tamban yang dah dibelah 4.
bonda  akan masukan pati  santan.
bonda akan masukkan hirisan daun kunyit.
kemudian bonda akan masukkan biji nangka/cempedak yang dah dihiris tadi (semestinya dah siap direbus)
bonda akan goreng ikan masin dan rebus pucuk ubi.
ya allah...tak terkata sedapnya.......
jauh melamun ....
biji cempedak yg ada tc kumpulkan dan  rebus empuk
kemudian tc belahkan 4
tc buatlah sambal tumis macam biasa. bila sambal dah jadi....atau dalam erti kata lain dah siap, tc masukkan biji cempedak ni dan tc renihkan beberapa minit




Followers