sediakan:
cendawan tiram /kelabu
cili padi - dikisar
belacan - dikisar
bawang merah - dikisar
bawang putih - dikisar
udang kering/ ikan bilis - dikisar
cara-caranya
tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan garing, masukkan cendawan, gaul rata, masukkan garam secukupnya dan tambahkan sedikit gula
ini lah hasilnya
Wednesday, June 30, 2010
sup tulang rusuk tokchik
bahan-bahanya
tulang rusuk - tokchik rebus terlebih dahulu menggunakan periuk tekanan
halia - dikisar
bawang merah - dikisar
bawang putih - dikisar
ketumbar - digoreng
jintan kasar - digoreng
jintan halus - digoreng
rempah penumis
daun bawang
daun saderi
bawang goreng
cara-caranya
ketumbar jintan yang telah digoreng, ditumbuk kasar kemudian dibungkus menggunakan kain jarang. kiranya buat rempah punjut le gamaknya
panaskan minyak, tumiskan rempah penumis, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dikisar, tumis sehinnga naik baunya dan garing.
masukkan tulang rusuk berserta air rebusan, tak perlu dimasak terlalu lama kerana daging yang ada pada tulang rusuk tersebut telah pun lembut, tambahkan garam secukupnya
tokchik masukkan mee hoon, letakkan pegedil, taburkan bawang goreng dan juga daun sup serta daun bawang, sediakan juga sambal kicap........ apa lagi......... jom makan

ayam masak sos
bahan2
isi ayang yang dipotong kecil
bawang putih - dicincang
bawang besar - dihiris
kacang panjang - dipotong anggaran 1-1/2"
bunga kobis - dipotong kecil
sos tiram
tomato sos
cili sos
garam secukupnya
secubit gula
cara-caranya
gaul isi ayam dengan tepung jagung dan perapkan seketika
goreng isi ayam yang telah diperap tadi, angkat dan ketepikan
tumiskan bawang putih sehingga kekuninggan
masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, goreng seketika,
masukkan sedikit air,
masukkan kacang panjang dan bunga kobis, goreng seketika,
masukkan isi ayam yang telah digoreng, gaul sebati, masukkan bawang besar yang dihiris
tambahkan sedikit garam dan gula secukupnya
dan ini lah hasilnya

Friday, June 25, 2010
penawar kecing manis
masih ingat pasah catitan tentang kawan tokchik yang diotong ibu jari kakinya akibat kencing manis?
tadi dia ada menunjukkan kepada tockhik sejenis pokok renek yang tumbuh melata dan mudah dijumpai,tepi2 jalan ada, kalau kita rajin menanam/berkebun perhati2kan lah
pokoknya yang berdaun halus2 tu
kalau nak dibuat ubat, kena ambik dengan akarnya sekali, pastikan dibelakang daunnya ada buah, yang jenis ini yang boleh dibuat ubat.
ambil secekak, rebus, minum 2 kali semingggu, menurut kata beliau, airnya agak pahit,
hasil pemeriksaan doktor menunjukkan kandungan gula dalam darah beliau adalah terkawal
kalau lelaki yang minum, ada tambahan "tenaga dalaman", kebenaranyatokchik tak tau sbb tokchik tak pernah minum
hahahahaaaaaaaaaaaa
ikan bayan
kalai pertama tokchik melihat kewujudan ikan ni kira2 sekitar tahun 1997 dahulu. semasa tu tokchik tak tau pun apa kenamanya ikan ni, cuma terbetik dihati:
"erkkkkkk ikan apa ni, pelik nya rupa dengan warna yang sebegitu"
menerusi pembacaan akhbar sisipan berita harian - joran, barulah tokchik tau, ikan ni dipanggil ikan bayan
jangan tanya bagaimanakah rasanya ikan ni, sebab tokchik sendiri tak pernah makan.
potong sendiri le
ikan panggang bersambal
bahan2nya (tokchik tak ada sukatan khusus - main agak2)
cili kering
bawang merah
bawang putih
halia
serai
belacan
sedikit kunyit
air asam jawa
cara2nya
kisar kesemua bahan diatas, tumiskan sehingga garing, masukkan garam dan sedikit gula sebagai pelengkap rasa, masak sehingga sambal pekat, senang cerita seperti nak menyediakan pes untuk asam pedas, cuma tak ada saun kesum aja
panaskan kuali tak melekat, lapikkan dengan daun pisang, panggang ikan sehingan 3/4 masak, kemudian tuangkan sambal diatasnya, biarkan beberapa minit sehingga ikan betul2 masak
sedap dimakan panas2, pekena pula dengan kangkung belacan....... fuyoooooooo
Tuesday, June 22, 2010
air asam mangga muda
bila otak mula kuning
oren bodoh
semasa tokchik kecil2 dahulu, kehidupan agak susah, sesekali dapat menjamah oren bodoh ni dah cukup menyeronokkan. kalau tak silap masa tu sebotol harganya sekitar rm0.20sen.. beli sebotol, bancuh gula dengan air masak, campurkan oren bodoh tu, kami minum le adik beradik, wak emon supervisornya
kelmarin semasa berjalan2 ternampak orang menjual oren bodoh ni, sekrang ni sebotol dah berharga rm2.00
beli sebotol, sekadar mengembalikan semula memori lalu.
pucuk ubi sambal kicap
kalai pertama tokchik mendengarnya..pucuk ubi dibuat ulam dan dicicah dengan sambal kicap, tak pelik pasal ulam tu tetapi pelik tentang bahan pencicahnya, selalunya air asam atau sambal belacan/sambal tumis/sambal tempoyak
tokchik paksa balang bawa balik sambal kicapnya untuk dicicah dengan pucuk ubi, akhirnya merasa juga lah tokchik....... sambal kicapnya adalah.kicap yang diperahkan dengan asam limau kasturi, ditambah hirisan bawang dan cili
not bad rasanya, tapi kalau makan dengan ikan bakar lagi sedap
sambal tempoyak
tokchik suka buat sendiri tempoyak, arwah mak ajar, isi durian tu campurkan dengan garam dan sedikit gula, orang dulu2 letak dalam balang tutp ketat2, tahan berbulan2.
kita sekarang ni lagi mudah, dah buat/bancuh masukkan dalam bekas plastik, sumbat aja dalam peti sejuk
nak buat sambalnya mudah aja, kisarkan lada dengan garam kemudiaan gaulkan aja dengan tempoyak
kalau ada ulam petai ke, pucuk ubi ke, ada ikan singgang.....berselera makan
sayur labu campur pucuk manis
bahan2nya
labu
pucuk manis
rm 1 santan
bawang
ikan bilis
sedikit belacan
serbuk kunyit
garam secukupnya
caranya
satukan kesemua bahan yang diatas kecuali PUCUK MANIS kedalam periuk, masak dengan api yang sederhana sehingga labu empuk, baru masukkan pucuk manis, tambahkan garam secukupnya... pastikan santan jangan pecah minyak,
Monday, June 21, 2010
tahniah - rozila basir
lepak2 rumah angah
hari ahad tockhik dan anak2 sedara yang lain berkunjung kekajang lebih tepat lagi kerumah angah.
masa tokchik sampai, angah tak ada dirumah, yang ada hanya wak emon, wak sir, along, L, ojie, ujang, awin, cumi, asri, sincan dan kiteritsu, am sedang lena, almaklumlah baru balik kerja malam
bila sampai, kami lepak2, sembang2, makan macam2 idea lah keluar ......cerita apa nak dimakan, hehehe.........
makan
makan
makan
makan
ni masa tengah bincang nak masak apa
keputusan diambil, buat pecal, nakar/panggang ikan, tokchik, along dan balang yang kekedai.
dua budak kecil yang comot selepas makan aiskrim
kenal tak tangan sapa nie....cepat teka......
proses menyediakan air asam dan sambal kacang untuk pecal.... cheff bertugas...cik sal dan cik cumi, yang baju t.shirt putih belang merah tu dok terjenguk2 kat belakang tu mengapa??........ ohhhhhhhhhh.... nak check prosedur yang dibuat tu betul ke tidak ya.............hehehehe
proses menyediakan bara arang untuk memanggang ikan......kita serahkan pada balang, tapi dah sejam arang masih tak nak menyala,siap bakar arang atas dapur lagi sehinggalah wak sir membawa kipas angin, surrrrrrrrrrr......kejap ja dah menyala.......
ikan dah mula dipanggang,
"podeh mata den" kata balang
kitaretsu pun sama menyibuk, pot pet pot pet........ pelat bercakap, susah nak faham, hahaha...balang ja yang boleh layan
siap masak kita makan, sedap sambal kacang cik sal, berasap rasanya air asam cumi.... ilmu dah diturunkan, jangan pula malas lepas nie, tak tau atau lupa..calling2 aja tc.
dulu mak suapkan anak, sekarang anak yang suapkan mak..........

kukur kelapa
rasanya ramai diantara generasi sekarang yang tak kenal/tau tentang alat untuk mengukur kelapa. generasi yang dilahirkan dan dibesarkan sebelum era 80an mungkin pernah melihatnya
sewaktu singgah dihentian rehat dengkil (kalau tak silap) tokchik terpandang disalah satu gerai ini alat untuk mengukur kelapa. snap gambar, sebab nak kongsi apa yang dilihat dengan orang lain
menggunakan kukur lebih mudah berbanding memarut tetapi menggunakan parut, hasilnya lebih memuaskan, lebih halus cuma mengambil masa yang lebih lama berbanding mengukur
Friday, June 18, 2010
kuih koci pulut hitam
mudah aja nak membuatnya
bahan2 untuk inti
kelapa parut - dapat yang mudah sedapnya
gula pasir
gula merah
daun pandan
santan pekat - ditanak dan dicapur sedikit tepung beras untuk memekatkannnya
satukan kesemuanya didalam kualai, gaul rata, masak sehingga gula cair sepenuhnya
sejukkan
bancuhkan tepung pulut dengan air yang dah dicampur sedikit garam (baru ada rasa)
uli sebati, jangan terlalu lembik/keras
ambil adunan tepung pulut, bulatkan dan lubangkan ditengah, isikan dengan inti kelapa, tutup/bulatkan semula
tuang sesudu santan pekat diatas daun pisang, letakkan bebola tepung pulut tadi, tuangkan sesudu lagi santan pekat diatas bebola tepung pulut tu, bungkus molek2 dengan daun pisang
dah selesai membungkus kesemuanya, kukus lah selama +/- 20 minit
inilah hasilnya, jangan malu2 jom lah makan
tetapi tak boleh lawan dengan kuih koci wak emon dan kuih koci makngah ke'dah. ada kesempatan tokchik nak mengorek rahsia dan juga resepi dengan makngah

Wednesday, June 16, 2010
tempe goreng sambal kicap
tempe yang dihiris nipis
bahan B
tepung gandum - 1 bahagian
tepung beras - 1 bahagian
tepung jagung - 1/4 bahagian
tepung pulut - 1/4 bahagian
air garam secukupnya
1 biji telur
ketumbar/jintan kasar
cara2nya
kisar kesemua bahan B sehingga sebati,
panaskan minyak, celup tempe yang dihiris nipis kedalam bancuhan tepung
goreng sehingga garing
makan dengan sambal kicap
Subscribe to:
Posts (Atom)