Monday, August 30, 2010

jeruk petai

teringat masa kecil2 arwah bonda selalu menyediakan jeruk petai ni, sedap dimakan dengan nasi panas2 atau dicamnpurkan kedalam gulai lemak cili api ikan kembung panggang

nak menyediakannya bukan susah,

1. celur petai dengan kulitnya, tetapi jangan terlalu lama, apabila kulit petai yang berwarna kehijauan bertukar warna, matikan api.
2. asingkan petai daripada kulitnya


3. didalam bekas, masukkan air masak, tambah garam secukupnya dan masukkan petai yang telah dikupas tadi, jeruk boleh dimakan selepas 3 hari

air soya gula merah biji selasih


bahan2nya

air soya (beli aja yang dah siap)
air gula melaka
biji selasih yang telah kembang

satukan kesemuanya, tambah ais,
slurrrrrrp
sememangnya sedap

Saturday, August 21, 2010

cacat hati cacat perasaan


ini benar2 menggambarkan realiti sebenar pemandu kereta ni, terang2 2 lot parking ni dikhaskan untuk mereka yang cacat ataupun untuk orang kurang upaya.
tokchik tak merasakan pemandu kereta ni cacat anggota tetapi mereka ni cacat perasaan dan hati

Thursday, August 19, 2010

ayam tandori style tokchik

3 keping ayam bahagian paha - dibersihkan, dibuang kulitnya

perapkan bersama:
1/2 " halia yang dikisar
5 ulas bawang putih yang dikisar
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh garam masala (boleh digantikan dengan serbuk kari)
1 sudu perahan lemon
i sudu teh cili serbuk
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh lada hitam
6 sudu teh yogurt
1 sudu teh pewarna merah
2 sudu minyak masa
gaul kesemuanya dan perapkan selama 4 jam

selepas diperap selama 4 jam, masukkan kedalam loyang pembakar dan bakar selama 1 jam dengan suhu 230darjah celcius

ini le hasilnya

Wednesday, August 18, 2010

sotong masak berempah


bahan2nya

sotong - dibersihkan kemudian dicelur sekejap didalam air mendidih (sekitar 2 minit)

halia - dikisar/ditumbuk
bawang merah - dimayang
bawang putih - dimayang
cili padi dibelah dua

1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk jintan kasar
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh sebuk ketumbar

air asam jawa
daun ketumbar
garam sedikit gula

cara menyediakannya

panaskan minyak
tumiskan bawang yang dihiris serta cili padi
apabila bawang sudah layu, masukkan halia yang dikisar, tumis sehingga wangi
masukkan serbuk kunyit,serbuk cili, serbuk jintan dan serbuk ketumbar, gaul rata, tambahkan air asam jawa
biarkan mendidih, masukkan sotong, garam dan daun ketumbar, gaul rata, biarkan seketika dan angkat
sotong jangan dimasak terlalu lama, supaya tidak liat

dalca tumis darat tokchik

dalca ni sedap dimakan dengan nasi minyak/nasi beriani/nasi tomato. menyediakannya juga mudah

bahan2 yang diperlukan

kacang dal - direndam terlebih dahulu

kaki/leher ayam - jika suka

kacang panjang
lobak merah
kentang
tomato

150gram santan pekat
halia yang dititik
serbuk kunyit
sedikit serbuk cili - pilihan

bawang merah yang dimayang
bawang putih yang dimayang
2 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur
garam secukupnya

cara2nya

rebus kacang dal yang telah direndam bersama dengan halia yang dititik, masukkan kunyit serbuk, sedikit serbuk cili dan juga kaki/leher ayam.
apabila kacang kembang, masukkan kentang dan juga lobak merah,
apabila kentang sudah empuk, masukkan kacang panjang,
apabila kacang sudah agak layu, masukkan santan
tambahkan garam dan biarkan ianya mendidih beberapa ketika, angkat daripada dapur dan ketepikan

panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih, daun kari serta halba campur sehingga bawang kekuningan,

tuangkan bahan tumisan kedalam periuk dan tutp periuk cepat2,

apabila sampai waktu makan baru dibuka tudung periuk tersebut, keharuman pasti memenuhi ruang dapur ketika itu


selamat mencuba

koyok atau plaster berubat


masa kecil2 dulu kalau demam, pasti arwah bonda tempekkan dengan koyok, orang kampung tokchik selalu cakap begini " aikkkkkkkk.........demam ke????? dah tampal stem ni nak poskan kemana?"
nostalgia dulu bermain diminda apabila tokchik sendiri berkoyok, lepas agak kebah daripada demam, badan tokchik rasa sakit2, dah masuk angin orang cakap.

2 malam berturut2 tokchik menampal koyok kat belakang badan tokchik, alhamdulillah......... lega rasanya sekarang ni.

tokchik beli dikedai ubat cina dan mereka cadangkan jenama ini..sepeket rm3.00

asam pedas batang keladi



bahan2
keladi - dibersihkan dan dicelur

ikan bilis / udang kering - dikisar
lada kering - dikisar
kunyit segar - dikisar
bawang putih - dikisar
bawang merah - dikisar
halia - dikisar
belacan - dikisar

daun kesum
asam keping /asam jawa

cara2nya
tumis kesemua bahan yang dikisar sehingga garing,
tambahkan air
masukkan keladi yang telah dicelur
masukkan daun kesum
tambahkan garam

teh bunga kekwa

menurut kawan2 berbangsa cina, teh bunga kekwa ni bagus untuk menyejukkan badan.
menyediakannya juga mudah

beli sepeket bunga kekwa yag kering, basuh dan toskan

masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan bunga kekwa kering yang telah dibasuh tadi, didihkan selama 1 atau 2 minit sahaja, matikan api ddan biarkan ianya tersendam seketika, jangan direbus terlalu lama sebab ianya akan menyebabkan rasa teh menjadi sedikit pahit.

tapis dan campurkan airnya dgn sirap gula batu, tambah air jika terlalu pekat, sedia dihidangkan panas atau pun sejuk

bingka ubi kayu

bahan2
1kg ubi kayu - diparut/blender (ditoskan)

3 senduk kecil gula perang - cari dalam posting tokchik terdahulu gambr senduk tu
1 senduk kecil gula pasir
2.1/2 senduk tepung gandum
250ml santan dari sebuji kelapa
3 biji telur ayam
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

cara2nya
ubi kayu yang diparut/diblender


satukan kesemua bahan2 diatas, termasuklah pati/mendapan ubi kayu yang terdapat semasa parutan ubi kayu ditoskan. lenserkan loyang pembakar dengan majerin, tuangkan adunan kedalamnya,

bakar didalam oven selama 1 jam dengan suhu 250darjah celcius dan inilah hasilnya, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong

Sunday, August 15, 2010

nasi beriani tokchik

tokchik memasak tak pernh ada sukatan yang khusus, tu yang susahnya, jenis masak stye orang dulu2, main agak2

3 cawan beras basmathi- dibasuh dan direndam sekurang2nya 30minit (1:1 sukatan air)
150 gram yogurt perisan asli
sedikit kismis
2 sudu makan rempah beriani
minyak sapi secukupnya un tuk menumis

halia - dikisar
bawang merah - dikisar
bawang putih - dikisar

rempah penumis, bawang putih dan bawang merah yang dim ayang

daun pudina dan daun ketumbar
2 sudu besar sunquick
garam secukupnya
secubit gula

air rebusan tulang /daging atau serbuk pati ayam

cara2nya
panaskan minyak sapi (jangan terlalu banyak nanti nasi terlalu berminyak)
masukkan bawang yang dimayang dan juga rempah penumis
tumis sehingga bawan kekuningan
masukkan bahan yang dikisar
tumis sehingga garing
masukkan 2 sudu makan serbuk rempah beriani, gaul rata, tuang terus kedalam periuk berisi beras,
tambahkan yogurt, sunquick, garam dan secubit gula
bila air mengering, masukkan kismis
biarkan nasi sehingga tanak

Thursday, August 12, 2010

bubur som-som /lompat tikam

bahan2nya (resepi tokchik le)

100 gram tepung hongkue - warna hijau (tak gunakan pun tak apa)
1 cawan tepung beras
pes pandan
secubit garam
santan cair

bancuh kesemua bahan diatas, masukkan kedalam kuali, kacau sehingga likat/tepungnya masak



tuang kedalam bekas - sejukkan

tuang kan santan dan gula melaka yang telah dicairkan, sedia untuk dimakan






untuk kuah nya:
1.sediakan air gula melaka
2.masak santan, campurkan dengan secubit garam, bila mendidih, tambahkan bancuhan tepung jagung

Sunday, August 8, 2010

nasi tomato sungai udang

bahan2 yang diperlukan:

2 cawan beras basmathi -
dibasuh dan direndam dengan 2 cawan air dan garam secukupnya selama 30minit atau lebih
tomato puri
halia - dikisar
bawang merah - dikisar
bawang putih - dikisar

1 bekas kecil yogurt

cara2nya

panaskan minyak sapi, tumis rempah penumis, kemudian masukkan halia, bawang merah dan bawang putih yang dikisar, tumis sehingga garing, masukkan tomato puri, gaul rata dan goreng seketika biar sebati




tuangkan kedalam periuk nasi, masak sehingga tanak

Saturday, August 7, 2010

rojak mee sungai udang

tokchik memang suka makan rojak mee. nak mendapatkan resepi yang tepat tak mudah, kali ni tokchik berjaya.
jadi tokchik berminat nak berkongsi dengan yang lain:

500 gram keledek - direbus
15 tangkai lada kering - digoreng
2 sudu teh cili serbuk
sebiji bawang besar dihiris nipis dan digoreng sehingga sedikit kekuningan

bijan yang disangai
kacang tanah - digoreng dan dikisar

gula merah
gula pasir
air asam jawa

cara2nya:
keledek yang telah direbus, bawang dan lada kering yang digoreng, dikisar bersama sehingga lumat.
masukkan bahan2 yang dikisar kedalam periuk tambahkan air asam jawa, didihkan sehingga kuahnya agak pekat, tambah gula merah, gula pasir, garam, kacang tanah yang dikisar dan juga bijan
didihkan sebentar dan matikan api (tmbah sedikit bancuhan tepung jagung jika kuah agak cair)


bahan pelengkap hidangan:

timun dan sengkuang serta tauge

sediakan juga cucur untuk dimasukkan kedalam ramuan rojak mee, tauhu dan tempe goreng


campurkan bahan2 seperti timun, sengkuang, tauhu, tempe, tauge, mee kuning serta telur rebus, tuangkan kuah

sms semasa memandu monorail


tc tak pasti samada pemandu monorail diberikan kebenaran untuk menggunakan hp semasa bertugas, sewaktu tc menggunakan perkhidmatan monorail untuk ke bukit bintang, dalam leka memerhati, tc menyedari petugas yang memandu monorail pada petang tersebut bersms dengan seseorang ketika memandu. Dia tidak menyedari tc snap gambar dia yang sedang leka bersms

Friday, August 6, 2010

kari ikan bawal

bahan2nya

ikan bawal
santan
rempah kari
bendi
halia
bawang merah
bawah putih
daun kari
halba campur

cara-caranya
panaskan minyak, masukkan halba campur,bawang merah dan bawang putih yang dimayang juga daun kari

bila bawang dah kekuningan, masukkan bahan kisar (halia, bawang merah dan bawang putih), tumis sehingga garing

kecilkan api, masukkan serbuk kari, gaul rata, masukkan air asam, masak sehingga rempah pecah minyak

masukkan santan, ikan, biarkan mendidih dan pastikkan kuah tidah pecah minyak



tambahkan bendi dan tomato yang dibelah 4,rasa garam dan kari ikan bawal sedia untuk dihidangkan

kerabu pucuk paku + tauge

mudah menyediakannya, tergantung pada kita apakah jenis sayuran yang hendak digunakan.
Bahan-bahannya :
pucuk paku - dicelur
tauge - "
kacang panjang - "

cili merah
belacan bakar
kelapa parut

garam dan gula secukupnya

kisar lada, belacan yang dibakar, garam dan gula, selepas itu masukkan kelapa parut dan kisar seketika


tuangkan bahan kisar tadi kedalam bekas yang berisi sayuran yang telah dicelur, gaul rata

sedia untuk dihidangkan

Followers